Media penerbitan antarabangsa kagum dengan penambahbaikan kecekapan pemprosesan grafik didayakan GPU Turbo
HONG KONG, 11 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Honor, e-jenama telefon pintar penetap trend yang baharu, baru-baru ini memperkenalkan GPU Turbo, teknologi pemecutan pemprosesan grafik revolusioner di Beijing. Teknologi rintis ini menerima pengiktirafan daripada pelbagai outlet media global, yang kagum dengan keupayaan GPU Turbo untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan penggunaan tenaganya.
"Prestasi grafik yang lebih baik biasanya akan menjejaskan hayat bateri, namun kini tidak lagi. GPU Turbo memberikan prestasi permainan yang jauh lebih baik sekaligus turut mengurangkan penggunaan kuasa," kata En. George Zhao, Presiden Honor. "Kami berbesar hati kerana inovasi kami diterima dengan sangat baik oleh pengulas dan wartawan seluruh dunia."
GPU Turbo ialah teknologi pemecutan pemprosesan grafik bersepadu perkakasan-perisian. Ia membina semula rangka kerja pemprosesan grafik tradisional pada sistem lapisan lebih rendah, meningkatkan pengalaman pengguna dengan ketara. Teknologi ini menambah baik kecekapan pemprosean grafik sebanyak 60% sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga SoC (Sistem pada Cip) sebanyak 30%, menukar ganti keseimbangan tradisional antara prestasi telefon pintar dengan penggunaan tenaga. GPU Turbo akan memberi manfaat kepada pengguna khususnya mereka yang bermain permainan mudah alih yang menginginkan kecekapan pemprosesan grafik yang tinggi, meningkatkan prestasi dan mengoptimumkan pengalaman permainan pengguna dengan dramatik.
Inovasi baharu oleh Honor ini menerima pujian daripada rakan media perniagaan dan teknologi global. South China Morning Post, akhbar perniagaan berpengaruh yang berpangkalan di Hong Kong, menekankan bahawa "Huawei (Honor) menjadikan permainan untuk pemain mudah alih dengan teknologi 'berkuasa turbo' yang dapat mengalahkan semua pesaing Android, serta Apple." Android Authority, laman berita teknologi antarabangsa tersohor berpangkalan di AS, turut berasa kagum, "Permainan lebih lama, lebih baik dengan teknologi GPU Turbo baharu Honor." T3, outlet media teknologi tersohor yang berpangkalan di UK berkata, "Teknologi baharu 'GPU Turbo' Honor dapat menawarkan prestasi permainan mudah alih yang dipertingkat. Tech Radar, laman berita teknologi pengguna berpangkalan di UK yang terbesar menyebutkan, "Ia (GPU Turbo) sememangnya pencapaian yang mengagumkan. Gizmo China, blog teknikal yang terkenal, turut menekankan bahawa "Teknologi revolusioner yang digelar sebagai GPU Turbo yang akan mengubah cara kita melihat grafik telefon pintar."
Latar Belakang Honor
Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Honor secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui:
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/honorglobal
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180709/2181848-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180709/2181848-1-b