omniture

Suning Logistics Tandatangani Perkongsian Strategik dengan Baidu Apollo Percepat Teknologi Pandu Sendiri

Suning
2018-07-11 08:23 1599
  • Perkongsian dapat saksikan pengeluaran besar-besaran kenderaan penghantaran tanpa pemandu menjelang 2020

NANJING, China, 11 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Suning Logistics, subsidiari Suning Holdings group, hari ini mendedahkan ia telah menandatangani satu perkongsian strategik dengan Baidu Apollo bagi mempercepatkan aplikasi komersial teknologi pandu sendiri yang dapat menyaksikan pengeluaran besar-besaran kenderaan penghantaran tanpa pemandu seawal tahun 2020.

Suning dan Baidu mengumumkan perkongsian ini dalam acara "Baidu Create 2018" di Beijing. Kedua-dua pihak turut memperkenalkan kenderaan penghantaran tanpa pemandu yang digelar sebagai "MicroCar". Dilengkapi dengan sistem kecerdasan kelas-L4 Baidu, MicroCar direka bentuk untuk menyelesaikan isu yang disebut oleh Suning sebagai "masalah penghantaran 5km terakhir".

Microcar, dilengkapi dengan sistem pintar kelas L4 Baidu
Microcar, dilengkapi dengan sistem pintar kelas L4 Baidu

Suning turut memperkenalkan sistem logistik pintarnya, yang melibatkan senario penghantaran terminal bagi menyediakan peluang untuk teknologi pandu sendiri Baidu Apollo dilaksanakan untuk tujuan komersial. Senario penghantaran terminal Suning melibatkan: Komuniti Pintar (kereta penghantaran tanpa pemandu + kabinet pengambilan automatik); Penghantaran Segera Tempatan (kedai serbaneka Suning + kereta penghantaran tanpa pemandu) dan Pengedaran Bergerak (kereta pengedaran tanpa pemandu + laluan pengedaran tetap).

Suning merancang untuk memperkenalkan teknologi pandu sendiri untuk kegunaan komersial buat julung kalinya dalam perkhidmatan Penghantaran Segera Tempatan. Pada masa kini, kedai serbaneka Suning menyediakan perkhidmatan penghantaran dalam jarak 3km dan kenderaan penghantaran pandu sendiri tanpa pemandu itu akan menjadi tambahan kepada perkhidmatan kiriman pantas, membolehkan perkhidmatan penghantaran 24 jam dibuat demi menyediakan khidmat yang lebih baik kepada masyarakat setempat.

Lu Junfeng, Naib Presiden Suning Logistics berkata, "Dengan menggabungkan senario komuniti pintar dan beraneka yang dibangunkan oleh Suning dan teknologi pandu sendiri tanpa pemandu termaju yang dihasilkan oleh Baidu dalam program Apollonya, kini kami nyata sekali semakin hampir untuk merealisasikan pengkomersialan teknologi pandu sendiri yang berautonomi sepenuhnya. Pada masa depan, menerusi jalinan kerjasama mendalam yang berterusan antara Suning dan Baidu, satu bentuk komuniti logistik pintar baharu akan memberi manfaat yang lebih baik kepada orang awam dengan menjadikan kehidupan mereka lebih mudah."

Pada tahun 2018, Suning Logistics membuat pelaburan besar dalam pengkomersialan pemanduan sendiri, dengan melancarkan beberapa kemudahan logistik tanpa pemandu. Pada bulan Mei, Suning berjaya menyelesaikan ujian jalan raya untuk trak pandu sendiri tugas berat "Strolling Dragon", iaitu trak tugas berat pandu sendiri yang pertama dibangunkan oleh syarikat e-dagang Cina yang melepasi ujian kampus logistik dan ujian jalan raya senario lebuh raya di China. Pada bulan April, Suning secara rasminya melancarkan gudang Kenderaan Berpandu Automatik (AGV) di Jinan, menyediakan penyelesaian "barangan-kepada-orang ramai" yang menggunakan robot bagi memendekkan proses pengambilan dan pemilihan dalam gudang kepada 10 saat, iaitu lima kali ganda lebih cekap berbanding kerja manual.

Perkongsian bersama Baidu Apollo merupakan sebahagian daripada strategi Suning untuk menyediakan penyelesaian logistik automatik sepenuhnya yang dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI). Suning berkata ia akan terus berkolaborasi dengan firma-firma teknologi bagi membangunkan sistem logistik pintar yang mana trak pandu sendiri, kenderaan dan robot automatik dapat berfungsi dengan lancar bagi menyelesaikan tugasan penghantaran untuk manusia.

Latar Belakang Suning

Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam masing-masing di China dan Jepun. Pada tahun 2017, Suning Holding menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan milik persendirian yang utama di China dengan jualan tahunan mencecah 65.7 bilion USD (412.95 bilion RMB). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentasi Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit untuk Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Media & Hiburan, Sukan dan Pelaburan, yang mana Suning.com berada dalam senarai Fortune Global 500 tahun 2017.

Untuk maklumat lanjut layari www.suningholdings.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180710/2183002-1

Source: Suning
Keywords: Auto Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Transportation Licensing/marketing agreements