BEIJING, 12 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Dengan hanya menggunakan telefon bimbit, anda boleh menaiki kereta api bawah tanah atau bas, membeli belah dalam pasaraya atau kedai serbaneka, membayar bekalan keperluan semasa berada di dalam kampus atau menjelaskan bayaran denda lalu lintas melalui fungsi Quick Pass mudah alih. Kini ia menjadi sebahagian daripada rutin harian buat kebanyakan penduduk di China.
Hari ini, pembayaran mudah alih menembusi aktiviti harian setiap individu dengan lancar dan memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan mereka. Semua mata tertumpu pada China, tatkala negara yang paling padat penduduk di dunia itu menerajui kemasukan ke era pembayaran mudah alih dengan pesat.
China melangkah ke era pembayaran mudah alih yang mudah terlebih dahulu
Tinjauan terhadap 18,000 pengguna di 23 negara dan wilayah oleh Ipsos, firma penyelidikan pasaran antarabangsa yang terkemuka, menunjukkan bahawa 77% daripada semua penduduk Cina menggunakan perkhidmatan pembayaran mudah alih, meletakkannya sebagai negara yang pertama di dunia. Kadar penembusan pembayaran mudah alih di Amerika Syarikat dan Jepun setakat ini masing-masing hanya mencecah 48 peratus dan 27 peratus. Melihatkan saiz populasi penduduk Cina, perbezaannya adalah luar biasa.
Dengan mengambil kira pergerakan harian penduduknya sebagai contoh, perubahan dramatik telah dapat diperhatikan menerusi cara penduduk Cina yang berulang alik dan pengembara membayar apabila mereka menaiki bas atau kereta api bawah tanah atau memandu kereta untuk tiba ke tempat yang dituju, kesemuanya dapat dilakukan menerusi populariti pembayaran mudah alih. Menggunakan pembayaran mudah alih UnionPay untuk menjelaskan bayaran yang dikenakan semasa dalam perjalanan kini merupakan cara yang biasa diterima untuk melakukan perjalanan dari titik A ke titik B di lebih 400 daerah dan bandar raya di seluruh China, dengan peratusan tertinggi penduduk yang telahpun melakukan sedemikian berada di Shanghai, Guangzhou, Tianjin, Hangzhou, Fuzhou dan Jinan.
Dengan mengambil wilayah Hubei sebagai satu contoh, pemilik kereta yang telahpun memasukkan maklumat kenderaan mereka ke dalam aplikasi UnionPay dan menetapkan fungsi pembayaran UnionPay mereka sebagai pilihan pembayaran standard boleh memandu melalui mana-mana plaza tol sepanjang lebuh raya tanpa perlu berhenti dan sistem ini boleh mengenali plat lesen dan membuat bayaran tol lebuh raya secara automatik.
Perkhidmatan pembayaran mudah alih yang mudah untuk semua senario pembayaran
Dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan melalui penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada setiap penduduk di China, projek untuk membuktikan kemudahan pembayaran mudah alih di bawah naungan bank pusat China dikenali sebagai "Projek demonstrasi kemudahan pembayaran mudah alih" menyasarkan kawasan-kawasan yang berkemungkinan tinggi dapat menyentuh kehidupan setiap individu, termasuk apa yang dikenali sebagai sepuluh senario pembayaran utama: perjalanan menggunakan bas atau kereta api bawah tanah, pasar makanan dan membeli belah tempatan secara mudah yang lain, menjamu selera di restoran, membeli belah di pasaraya, menggunakan perkhidmatan awam, mesin layan diri, aktiviti dalam kampus, kafeteria kolej atau universiti, rawatan kesihatan, bayaran denda lalu lintas, antara lain. Pengguna dapat menjelaskan bayaran dengan cepat dan cekap selagi mana mereka menggunakan aplikasi UnionPay, QuickPass mudah alih UnionPay dan pembayaran kod QR UnionPay.
Rangkaian perkhidmatan mudah UnionPay untuk pembayaran mudah alih kini disediakan di 100 bandar raya contoh di seluruh China, dengan kebolehan untuk menggunakan pilihan pembayaran untuk membayar, antara lain, pakaian, makanan, penginapan, pengangkutan, hiburan dan membeli belah. Aplikasi UnionPay dan pembayaran kod QR UnionPay kini disediakan di lebih 38,000 penjual di lebih 1,900 pusat membeli belah serta di 9,000 penjual di 318 kampus kolej. Dari segi pembayaran untuk perkhidmatan awam, pilihan pembayaran disediakan di lebih 300 bandar raya di seluruh China untuk membayar lebih 1,700 item termasuk air, bekalan elektrik dan gas, manakala kesalahan trafik di Tianjin dan Shanghai dapat diselesaikan serta merta menerusi bayaran terus yang dibuat melalui aplikasi UnionPay. Dalam sektor pengangkutan awam, pilihan pembayaran mudah alih UnionPay, termasuk aplikasi UnionPay, menjadi cara yang sentiasa digunakan untuk mengutip tambang dalam bas, kereta api bawah tanah dan teksi, untuk membayar tiket kapal terbang serta mengutip tol lebuh raya.
"Projek Kemudahan Cina" galakkan kesejagatan pembayaran mudah alih
Mengapa China mengambil peranan yang pesat sebagai peneraju dalam pembayaran mudah alih?
Ini sebahagian besarnya lantaran "Projek demonstrasi kemudahan pembayaran mudah alih" bank pusat Cina seperti yang disebutkan di atas dan dipromosikan oleh UnionPay serta bank-bank utama yang lain. Projek ini bukan sahaja merupakan perusahaan komersial, tetapi projek untuk kemudahan penduduk Cina, dengan misi untuk memberi manfaat kepada penduduk umumnya di bawah naungan kerajaan Cina dan sokongan seluruh negara.
Atas sebab-sebab ini, tidak hairanlah China menjadi peneraju dalam era pembayaran mudah alih. Dalam peringkat pembangunan seterusnya untuk ekonomi dunia, China sudahpun dan bersedia menyahut cabaran dan memperluas faedah-faedah ini kepada orang ramai di seluruh dunia.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180709/2180864-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180709/2180864-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180709/2180864-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180709/2180864-1-d