BANGALORE, India, 12 Julai 2018 /PRNewswire/ --
Status sasar untuk percepat penerimaan dan penggunaan Microsoft Azure untuk Pelanggan
Microland, pemecut digital untuk perusahaan global, hari ini mengumumkan bahawa ia kini menjual melalui program Penyedia Penyelesaian Awan Microsoft. Model pelesenan ini membolehkan Microland menjadi pusat hubungan pelanggan dengan menyediakan pengebilan langsung, menjual gabungan tawaran dan perkhidmatan, selain memperuntukkan, mengurus dan menyokong terus produk dan perkhidmatan. Kelebihan memperoleh status Penyedia Penyelesaian Awan membolehkan Microland menjual dalam pasaran AS, UK dan India.
Menerusi strategi global yang mendasari prinsip-prinsip asas Aplikasi dan Infrastruktur, Microland berusaha melengkapi strategi awan Microsoft. Status ini membolehkan Microland menjual dengan mudah penyelesaian awan Microsoft dan membantu pelanggan memacu nilai perniagaan baharu melalui awan dengan memiliki seluruh proses pengebilan dan mengurus terus sokongan bagi membawakan penyelesaian hujung-ke-hujung yang bersepadu sebagai satu perkhidmatan terurus melalui Microsoft Cloud.
"Kedudukan kami sebagai Penyedia Penyelesaian Awan untuk Microsoft Azure bukan sahaja mengukuhkan himpunan teras keupayaan dan perkhidmatan kami, malah turut membolehkan kami memberi nilai kepada kumpulan Pelanggan dan rakan kongsi baharu dalam strategi transformasi digital mereka. Tumpuan kami adalah untuk terus meluaskan skop perkhidmatan bernilai tambah dan meningkatkan pengalaman pelanggan untuk Pelanggan yang benar-benar inginkan infrastruktur yang boleh diskala demi memenuhi keperluan perniagaan mereka," kata Bobby MD, Naib Presiden Kanan - Global Microsoft Business.
"Program Penyedia Penyelesaian Awan ini meletakkan Microland sebagai pusat hubungan pelanggan," kata Gavriella Schuster, Naib Presiden Korporat, One Commercial Partner, Microsoft Corp. "Rakan-rakan kongsi seperti Microland yang menjual melalui Penyedia Penyelesaian Awan memperlihatkan dedikasi dalam membantu pelanggan bersama kami untuk memacu transformasi digital mereka."
Dilengkapi status sebagai Penyedia Penyelesaian Awan baharu, Microland merancang untuk mengukuhkan kedudukannya di peringkat global. Syarikat akan memberi penilaian untuk ekosistem aplikasi Pelanggan mereka dan menasihati mereka berhubung teknologi dan pemodenan pusat data mereka sekaligus mengurus seluruh proses pelaksanaannya.
Latar Belakang Microland:
Microland mempercepatkan usaha perjalanan Transformasi Digital untuk perusahaan global dengan mendayakan mereka dalam menyediakan hasil perniagaan bernilai tinggi kepada pelanggan mereka. Beribu pejabat di Bangalore, India, Microland mempunyai lebih 3,800 ahli profesional merentasi pejabat-pejabatnya di Australia, Eropah, India, Timur Tengah dan Amerika Utara. Microland membolehkan perusahaan global menjadi lebih tangkas dan inovatif menerusi penyepaduan antara teknologi baru muncul dan aplikasi kecerdasan pengautomatan, analitik dan prediktif dalam proses perniagaan mereka.
Untuk maklumat lanjut: https://www.microland.com