omniture
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

Sterlite Power Menang 6 Projek Transmisi Baharu di Brazil

2018-07-13 22:26

MUMBAI, India, 13 Julai 2018 /PRNewswire/ --

  • Syarikat muncul sebagai syarikat India pertama labur hampir USD 2 bilion dalam sektor transmisi kuasa Brazil
  • Projek libatkan 23 substesen; 2,000 CKM talian transmisi dan 5,500 MVA kapasiti transformasi

Dalam lelongan yang selesai baru-baru ini untuk projek-projek transmisi di Brazil, Sterlite Power muncul sebagai pemenang terbesar, memperoleh 6 bahagian dengan pelaburan kira-kira USD 1 bilion, menguasai kira-kira 65% perbelanjaan modal di bawah lelongan tersebut. Projek-projek kritikal ini sebahagian besarnya akan membantu mengalihkan kuasa boleh diperbaharui dari bahagian utara dan timur laut Brazil dengan kawasan-kawasan selatan dan selatan timur di mana letaknya pusat-pusat beban. Menjelang tahun 2026, jumlah penggunaan kuasa elektrik negara diramalkan meningkat kepada 741 TWh, menunjukkan purata pertumbuhan tahunan sebanyak 3.7% setahun. Bagi menampung peningkatan permintaan ini, penambahan sebanyak 64.1 GW kapasiti yang dipasang untuk Sistem Saling Hubung Negara (SIN) dirancang sepanjang tempoh 10 tahun akan datang.

Menyebut tentang Brazil dan pelaburan syarikat di kawasan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sterlite Power, Pratik Agarwal, berkata, "Brazil memerlukan tambahan 61,800 km talian transmisi dan peningkatan kapasiti sebanyak 199,200 MVA. Ini menjadikan pasaran tersebut amat menarik kepada kami dan kami telahpun menyatakan komitmen sebanyak ~USD 1.7 bilion daripada USD 4 bilion yang dirancang di kawasan berkenaan. Kami berhasrat untuk memeterai perkongsian global bagi melaksanakan portfolio projek global kami."

Sektor kuasa Brazil dicirikan dengan kematangan dasar dan pengawalseliaan. Dengan adanya rangka kerja kontrak yang kukuh termasuk tempoh konsesi jangka panjang (30 tahun), pendapatan yang dilindungi inflasi (yang membantu merendahkan risiko pertukaran asing) dan pembidaan berasaskan lelongan untuk projek-projek yang berlaku menurut turutan yang diumumkan sebelum ini, pasaran Brazil menyediakan persediaan yang ideal untuk mana-mana pengusaha transmisi persendirian.

Latar Belakang Sterlite Power 

Sterlite Power ialah pemaju bertaraf global yang terkemuka bagi infrastruktur transmisi kuasa, memiliki projek-projek melibatkan lebih 12,000 litar kms dan 20,500 MVA di India dan Brazil. Menerusi portfolio konduktor kuasa, kabel EHV dan OPGW yang utama dalam industri, Sterlite Power turut menawarkan penyelesaian bagi menaik taraf, menambah baik dan mengukuhkan rangkaian sedia ada. Syarikat turut menetapkan penanda aras baharu dalam industri melalui penggunaan teknologi terkini dan pembiayaan yang inovatif. Sterlite Power juga merupakan penaja IndiGrid, iaitu Amanah Pelaburan Infrastruktur ("InvIT") bagi sektor kuasa pertama India, yang tersenarai dalam BSE dan juga NSE.

Untuk butiran lanjut, layari: http://www.sterlitepower.com

Perhubungan media:
Balaji Krishnaswami
Telefon: +91-9971757474
Emel: balaji.krishnaswami@sterlite.com

Source: Sterlite Power Grid Ventures Limited

Featured Video

Related Keywords:

Banking/Financial Service

Oil/Energy

Utilities

Financing agreements

Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us