omniture
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_header_shtml
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

Peak Sport meterai Perkongsian dengan Jawatankuasa Olimpik Belgium

2018-07-14 02:06

BRUSSELS, 14 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Pada 9 Julai, 3 petang waktu tempatan, jawatankuasa Olimpik Belgium mengadakan satu sidang akhbar di Brussels bagi mengumumkan perkongsian strategik mereka dengan jenama sukan Cina, Peak. Lewat tahun ini iaitu pada bulan Oktober semasa Sukan Olimpik belia Argentina, delegasi Belgium akan dilengkapi dengan peralatan sukan yang direka khas dan dikeluarkan oleh Peak di podium Olimpik, serta semasa sukan Eropah Minsk pada tahun hadapan dan juga Sukan Olimpik Tokyo dalam tempoh 2 tahun akan datang.

Peak sport dan jawatankuasa Olimpik Belgium tandatangani perjanjian untuk kerjasama strategik di Brussels.
Peak sport dan jawatankuasa Olimpik Belgium tandatangani perjanjian untuk kerjasama strategik di Brussels.

"Penandatanganan bersama jawatankuasa Olimpik Belgium merupakan satu lagi pencapaian penting untuk Peak dalam melaksanakan strategi antarabangsanya. Dengan meningkatnya ekonomi China, jenama-jenama Cina semakin diiktiraf dan disokong oleh institusi-institusi serta organisasi-organisasi antarabangsa," kata pengerusi Peak, Jingnan Xu dalam majlis penandatanganan tersebut.

Safer, Naib Presiden jawatankuasa Olimpik Belgium turut memuji rakan kongsi baharu mereka dengan berkata: "Kami telah lama mengetahui bahawa Peak ialah standard untuk jenama-jenama sukan Cina dan mereka mempunyai pengaruh yang mantap di China. Kami percaya kerjasama penuh kami bersama Peak akan memainkan peranan yang amat besar dalam mempromosikan sukan di Belgium dan kami mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa dengan sokongan dinamik daripada Peak, pemain-pemain Belgium akan lebih bermotivasi untuk bersaing dan mendaki PUNCAK (PEAK) mereka."

Menjadi negara penting dalam Kesatuan Eropah, Belgium menunjukkan daya saing yang hebat dalam sukan bola sepak, berbasikal, olahraga, hoki dan sukan-sukan lain bersama sekumpulan atlet yang mempunyai potensi tanpa had. Di Sukan Olimpik Rio, Belgium berjaya merangkul 6 pingat termasuk dua pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa.

Bahkan, Peak telahpun mempunyai sejarah yang panjang dalam menjalin kerjasama dengan Eropah, yang bermula sejak sukan permainan bintang-bintang terkemuka bola keranjang Eropah 2005 yang ditaja secara rasmi oleh Peak. Pada masa kini, Peak menjalin hubungan yang kukuh dengan Jerman dan persatuan bola keranjang kebangsaan Serbia, serta jawatankuasa Olimpik kebangsaan Slovenia. Peak juga merupakan rakan kongsi global untuk bintang-bintang bola keranjang Eropah, Tony Parker dan Teodosic.

"Eropah menjadi salah satu pasaran luar negara paling penting untuk Peak dan penandatanganan bersama jawatankuasa Olimpik Belgium akan membantu meningkatkan pengiktirafan dan pengaruh Peak di Belgium dan seluruh Eropah. Peak dan jawatankuasa Olimpik Belgium akan mula bekerjasama dengan erat bagi meningkatkan prestasinya dalam pasaran-pasaran antarabangsa," kata timbalan pengurus besar Peak, Bingrui Wu.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180712/2185570-1

 

Source: Peak Sport
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_releases_right_column_video_module_shtml

Featured Video

Related Keywords:

Sporting Events

Sports

Contracts

Licensing/marketing agreements

from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_footer_shtml
Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us