omniture

STARLUX Tempah 12 Pesawat A350-1000 dan lima A350-900

STARLUX Airlines
2018-07-16 18:02 1906

FARNBOUROUGH, England, 16 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Sebuah syarikat penerbangan baharu di Taiwan, STARLUX Airlines, menandatangan memorandum persefahaman (MOU) dengan Airbus hari ini di Pameran Udara Antarabangsa Farnborough 2018 bagi membeli 17 pesawat A350XWB. Pesanan ini termasuk 12 pesawat A350-1000 dan lima pesawat A350-900, yang dijadual untuk diserahkan kepada STARLUX bermula pada lewat tahun 2021. Perjanjian ini diumumkan oleh K.W. Chang, pengasas dan Pengerusi STARLUX Airlines, Glenn Chai Presiden STARLUX dan Eric Schulz, Ketua Pegawai Komersial Airbus.

STARLUX A350-1000
STARLUX A350-1000

"Sebagai seorang juruterbang, saya secara peribadi mengalami ujian penerbangan pesawat A350-1000. Prestasi luar biasanya benar-benar mengagumkan saya. Pesawat A350XWB sememangnya unik dalam pasaran semasa dan amat sesuai untuk lokasi geografi seperti Taiwan," kata K.W. Chang. Berserta 10 pesawat A321neo STARLUX yang disahkan pemajakannya, STARLUX akan mengendalikan armada dengan kesemua pesawat Airbus dalam pelancaran awalnya. Dalam masa yang sama, ia juga akan menjadi syarikat penerbangan pertama di Taiwan yang menerbangkan pesawat A350-1000.

Antara 17 pesawat A350XWB STARLUX yang termasuk dalam pesanan paling terkini ini, lima pesawat A350-900 dilengkapi dengan enjin Rolls-Royce Trent XWB84 akan diserahkan bermula pada lewat tahun 2021. Dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent XWB97, 12 pesawat A350-1000 akan mula menyertai armada STARLUX pada suku ketiga tahun 2022. Sebanyak 17 pesawat A350XWB akan digunakan untuk laluan transpasifik masa depan STARLUX.

STARLUX mementingkan reka bentuk fiuslaj yang canggih dan kecekapan A350XWB. Ia dibangunkan dengan lebih 70% bahan canggih, menggabungkan 53% komposit karbon, titanium dan aloi aluminium moden bagi mencipta pesawat yang lebih ringan dan lebih berkesan kos. Dengan banyaknya ciri inovatif, ia dapat menawarkan kos operasi lebih rendah, pembakaran bahan api dan emisi C02 sebanyak 25%.

Selain membuat tempahan untuk pesawat A350XWB, STARLUX mengumumkan ia telah menandatangani perjanjian dengan CFM International yang memuktamadkan pembelian enjin ganti LEAP-1A bagi menyokong armada yang terdiri daripada 10 pesawat A321neo dipajak. Syarikat penerbangan ini turut menandatangani perjanjian Kadar setiap Jam Penerbangan (RPFH) selama 12 tahun dengan CFM Services yang mencakupi semua enjin LEAP-1A yang memberi kuasa kepada 10 pesawat A321neo.

STARLUX berdedikasi untuk menjadi salah sebuah syarikat penerbangan terbaik di dunia, menjadikannya penting lantaran ia menerbangkan pesawat dan peralatan paling canggih dalam industri. "Kami berasa amat gembira kerana STARLUX menerima begitu banyak sokongan daripada syarikat-syarikat yang utama dalam industri seperti Airbus dan CFM bagi membantu kami untuk terus maju ke hadapan demi mencapai matlamat kami. Bersama-sama rakan-rakan kongsi luar biasa ini, saya amat yakin STARLUX akan berupaya untuk mula beroperasi pada awal tahun 2020 seperti yang dijadualkan dan menonjol dalam industri penerbangan," kata Chang.

STARLUX kini secara rasminya mengesahkan pengaturan armada awalnya. Syarikat penerbangan ini akan mula menerima penyerahan 10 A321neo Airbus pada Oktober 2019, dengan 17 pesawat A350XWB tiba pada lewat tahun 2021. Armada pesawat STARLUX dijangka melibatkan sehingga 27 pesawat menjelang akhir tahun 2024 bagi menawarkan perkhidmatan kepada lebih 20 destinasi di Asia dan Amerika Utara. Agar selari dengan jadual penyerahan pesawat, STARLUX kini merekrut pelatih juruterbang dan merancang untuk memulakan perekrutan besar-besaran kakitangan darat di lapangan terbang dan anak kapal awal tahun hadapan.

Klip video A350-1000 STARLUX: https://youtu.be/QML0oqkRhAI

Latar Belakang STARLUX Airlines

STARLUX Airlines ditubuhkan pada Mei 2018 oleh Pengerusi K.W. Chang, kapten bertauliah Boeing 777 dan mantan Pengerusi EVA Air. STARLUX merancang untuk mengendalikan penerbangan antarabangsa berjadual dan berkhidmat penuh dari Taipei bermula pada tahun 2020. Dengan pesawat A321neo yang melakukan penerbangan melalui laluan-laluan awal dari Taipei ke destinasi-destinasi tenggara dan timur laut Asia, armada pesawat STARLUX akan membabitkan sehingga 27 pesawat menjelang akhir tahun 2024 untuk menawarkan perkhidmatan kepada lebih 20 destinasi di Asia dan Amerika Utara. STARLUX menjangkakan peluasan jaringannya secara berperingkat-peringkat, menyediakan perjalanan yang terbaik dalam kelasnya kepada penumpang seluruh dunia. https://www.starlux-airlines.com/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180712/2185563-1

Source: STARLUX Airlines
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Transportation Travel Contracts New products/services