omniture

GCL System Integration Tingkatkan Panduan untuk Separuh Pertama 2018 Kepada RMB 20.41 juta - RMB 30.02 juta

Ubah Kerugian Kepada Keuntungan, Syarikat Bakal Tandingi Prestasi Tahun 2017
GCL-SI
2018-07-16 19:30 1285

SUZHOU, China, 16 Julai 2018 /PRNewswire/ -- GCL System Integration (002506.SZ) (GCL atau "Syarikat"), penyedia yang terkemuka di dunia bagi sistem tenaga bersepadu sehenti dan termaju, menyemak semula unjuran bagi keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham pada separuh pertama tahun 2018, kepada antara RMB 20.41 juta dan RMB 30.02 juta (US$3.05 juta hingga US$4.49 juta), setanding dengan prestasi tahun sebelumnya dan memperlihatkan peralihan ketara daripada kerugian yang diunjurkan dalam laporan pendapatan suku pertamanya.

Dalam laporan suku pertama GSL-SI, kerugian bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham ialah RMB 147 juta, dengan kemerosotan prestasi dalam tempoh yang sama dijangka antara RMB 100 juta dan RMB 0. Keuntungan suku kedua GCL SI dianggarkan sekitar RMB 200 juta yuan.

Menurut pengumuman pada suku kedua, hasil daripada kitaran musim puncak untuk industri fotovolta, GCL SI mendapat tempahan yang mencukupi bagi mengekalkan pengeluaran dan jualan yang berkembang pesat. Meskipun impak yang dicetuskan oleh "Perjanjian Baharu 5.31", seperti pengurangan permintaan domestik untuk produk PV, begitu dirasai dari segi kapasiti pemasangan dalam loji kuasa PV domestik Cina, syarikat telahpun mengalihkan tumpuannya kepada pasaran-pasaran luar negara untuk mempelbagaikan dan meluaskan kumpulan pelanggannya. Bahagian jualan syarikat untuk pasaran luar negara meningkat dengan pesat daripada 14% pada separuh pertama tahun 2017 kepada 50% pada masa kini. Tempahan luar negara yang besar memberi kesan penstabilan kepada prestasi syarikat tatkala industri PV tempatan mengalami ketidaktentuan.

GCL SI, semasa beradaptasi dengan perubahan dalam pasaran, dasar perindustrian dan keperluan pelanggan, turut mempelbagaikan perniagaannya secara proaktif. Dengan menggabungkan sumber-sumber sosial premium, syarikat meninjau perniagaan asas kedua yang mantap bagi meningkatkan ketahanan risiko dan keuntungannya.

Latar Belakang GCL-SI

GCL System Integration Technology Co., Ltd. (002506.SZ) (GCL-SI), merupakan sebahagian daripada GOLDEN CONCORD Group (GCL). GCL-SI menyediakan sistem tenaga bersepadu sehenti dan termaju serta komited untuk menjadi syarikat tenaga solar yang terkemuka di dunia.

Source: GCL-SI
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities