omniture

Yadea Lancar Moped Edisi Berlian di 77 Negara

Yadea Inc.
2018-07-17 17:32 943

SHANGHAI, 17 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Pada 8 Jun yang lalu, Yadea Inc., pengeluar dan pengeksport moped yang terkemuka, mengadakan majlis pelancaran di Shanghai bertemakan "Revolusi demi Kualiti Lebih Baik". Syarikat turut serta bersama-sama 16 vendor utama seperti Panasonic, Bayer, Beckers dan LG untuk melancarkan moped edisi berlian. Moped edisi berlian memenuhi keperluan industri yang ketat.

Di majlis pelancaran, kumpulan pertama edisi berlian (E7, Zhanrui dan Leite) julung kali diperkenalkan. Edisi ini akan dilancarkan serentak di 77 negara dengan lima kelebihan kompetitif utama, sebagai contoh kuasa yang lebih hebat, keselesaan, pemanduan lebih selamat, kitar hayat lebih panjang dan prestasi lebih tinggi. Yadea telah melanjutkan tempoh jaminan kenderaan untuk edisi berlian. Kini, tempoh jaminannya adalah dua kali leb ih lama berbanding moped biasa, meliputi perkhidmatan jaminan tambahan untuk komponen yang biasanya tidak dijamin.

Yadea and its world's 16 largest suppliers launched color-diamond edition product
Yadea and its world's 16 largest suppliers launched color-diamond edition product

En. Frank Muller, Ketua Pegawai Operasi Persatuan Moped Jerman mengiktiraf edisi berlian Yadea dan mengulas bahawa "ia setanding dengan kualiti Jerman". Penjual AS, En. Timothy Allan memberi pujian tinggi untuk penampilan fesyen dan kualiti mantap produk-produk Yadea dan mengharapkan pelancaran edisi berlian dalam pasaran AS dibuat secepat mungkin.

Yadea kini dijual di 77 negara seperti AS dan Jerman. Pada tahun 2018, Yadea menjadi Penyokong Serantau moped dua roda pertama bagi FIFA World Cup™ 2018 dalam sejarah, yang menunjukkan cita-citanya dan sasaran berwawasan dalam membangunkan "jenama bertaraf global".

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180716/2187464-1

Source: Yadea Inc.
Keywords: Auto Transportation New products/services