omniture

Financial PR Berubah ke arah Digital

Financial PR
2018-07-17 18:54 802

SINGAPURA, 17 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Financial PR ("FPR" atau "Kumpulan"), agensi Perhubungan Pelabur yang terkemuka di Singapura mengorak langkah penting menuju penyediaan perkhidmatan digital.

Kumpulan ini telah memeterai perjanjian dengan penyedia platform digital FINFO bagi memperkenalkan beberapa aplikasi perisian kepada kumpulan pelanggannya.

FINFO ialah perniagaan penyelesaian digital berpangkalan di Asia Pasifik yang membolehkan syarikat-syarikat senaraian mengurus semua komunikasi perhubungan pelabur mereka pada satu platform. Platform perisian sebagai satu perkhidmatannya dibangunkan bagi membantu syarikat-syarikat senaraian mengurus komunikasi perhubungan pelabur mereka dengan lebih baik. Susulan pelancaran rasminya di Singapura pada April 2018, FINFO berhasrat untuk mengembangkan platformnya di Australia dan Malaysia lewat bulan ini.

Mengulas mengenai perkembangan terkini Kumpulan, Kathy Zhang, Pengerusi dan Pengasas Financial PR berkata, "Dinamik dari segi fungsi perhubungan pelabur sedang berubah menerusi peralihan ke arah peningkatan permintaan pelabur terhadap maklumat pasaran digital pada waktu nyata. Kolaborasi kami dengan FINFO akan membolehkan kami menyediakan pelanggan kami dengan cara yang holistik untuk berhubung dengan kumpulan pelabur mereka. Syarikat-syarikat boleh menggunakan aplikasi FINFO untuk mendekati pelabur secara proaktif manakala platform pula menyediakan pemahaman mendalam terhadap sentimen dan data pasaran, membolehkan syarikat-syarikat mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam memahami kebimbangan pemegang saham. Selain itu, syarikat-syarikat akan berupaya mengesan apa yang diperkatakan tentang mereka melalui media sosial dan arus perdana, membolehkan mereka menyertai perbualan bagi menangani kebimbangan pasaran dengan segera."

Cik Zhang menambah, "Di FPR kami sentiasa mencuba untuk memastikan kami memberikan sokongan dan alatan terbaik kepada pelanggan kami untuk meningkatkan nilai pasaran mereka. Kolaborasi yang transformatif ini merupakah langkah selanjutnya dalam membantu pelanggan kami mencapai objektif-objektif mereka."

Pengasas Bersama FINFO John Neal mengulas, "Perjanjian dengan Financial PR ini menandakan satu pencapaian penting untuk syarikat. Kami telah mengagumi kepimpinan mereka dari jauh sebagai agensi perkhidmatan IR di Singapura dan di seluruh rantau. Peluang menjalin kerjasama dengan mereka adalah sesuatu yang amat kami banggakan."

Kedua-dua Financial PR dan FINFO bersetuju bahawa segmen digital menjadi semakin penting dalam memberikan syarikat-syarikat dengan alatan yang lebih baik untuk mendekati semua kategori pelabur. Hasilnya, penglibatan dalam talian yang aktif seterusnya akan memberikan pelabur dengan maklumat berkualiti dan tepat pada masanya yang diperlukan oleh mereka demi membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat.

Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju bahawa transformasi kepada digital untuk perhubungan pelabur masih ketinggalan di belakang profesion lain dan agak terlambat untuk melaksanakan penyusunan semula secara drastik.

Latar Belakang Financial PR 

Financial PR ialah pakar perhubungan pelabur memenangi anugerah yang mempunyai kehadiran serantau di Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Tanah Besar China. Disokong oleh pengetahuan berfokus sektor dalam kewangan dan pelaburan, selain hubungan yang luas dalam komuniti media dan pelaburan, Kumpulan tersebut membantu syarikat-syarikat senaraian di rantau tersebut untuk mereka bentuk dan melaksanakan program-program perhubungan pelabur yang strategik serta untuk berkomunikasi dengan komuniti-komuniti pelaburan di seluruh Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Tanah Besar China.

Hari ini, Financial PR ialah salah satu jenama perhubungan pelabur yang terkemuka di Asia. Ia merupakan sebuah syarikat bersekutu BlueFocus Communication Group, sebuah syarikat senaraian dalam Bursa Saham Shenzhen dan merupakan agensi Perhubungan Awam yang dibangunkan di dalam negeri yang merupakan yang terbesar di Tanah Besar China. BlueFocus mengungguli tempat ke-9 dalam Kedudukan Global 25 Teratas 2018 The Holmes Report.

Melalui jaringan serantau dan tumpuan terhadap inovasi berterusan, Financial PR berkedudukan baik untuk membawakan piawaian dan amalan terbaiknya kepada pasaran-pasaran antarabangsa yang berkembang pesat tatkala ia beraspirasi untuk menjadi bukan sahaja firma Perhubungan Pelabur No.1 di Singapura, tetapi juga di seluruh Asia dan selanjutnya.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari laman sesawang kami di www.financialpr.com.sg atau kunjungi halaman LinkedIn di https://www.linkedin.com/company/financial-pr.

Latar Belakang FINFO 

FINFO ialah Platform Komunikasi Perhubungan Pelabur SaaS, dipacu AI dan berbilang saluran yang membantu pelanggan meningkatkan cara mereka membawakan, mengurus, menganalisis dan mengedarkan kandungan kepada pelabur & bakal pelabur.

FINFO berkembang di peringkat serantau dan akan berada di 7 bandar Asia menjelang akhir tahun 2018.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.finfo.solutions

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Financial PR
En. Kamal Samuel
Emel: Kamal@financialpr.com.sg
Tel: +65-6438-2990

FINFO
En. Adnan Zaman
Emel: adnan@finfo.solutions
Tel: +65-6911-6739

Source: Financial PR
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Contracts Corporate Expansion