omniture

Hublot dan FIFA World Cup(TM): Bersedia untuk Setiap Permainan dan Setiap Kemenangan

Hublot
2018-07-17 19:01 1396

NYON, Switzerland, 17 Julai 2018 /PRNewswire/ --

Susulan kejayaan penglibatan kali ketiganya dalam FIFA World Cup™, Hublot berjaya meraih kemenangan tanpa gagal. Di papan mata, seramai 1,000 tetamu asyik dengan pengalaman World Cup hasil usaha pembuat jam tangan ini, lebih 20 minit keterlihatan yang dipaparkan secara luar biasa menerusi papan rasmi keempatnya, kemasukan ke padang bagi jam tangan bola sepak paling menjadi kegilaan menerusi Big Bang Referee 2018 FIFA World Cup Russia™ dan teknologi garisan gol pada pergelangan tangan pengadil dan pengukuhan kehadiran di negara tuan rumah menerusi pembukaan butik baharu di St Petersburg. Satu siri kemenangan buat Hublot! Tiada cara yang lebih baik untuk meraikan kejayaan globalnya melainkan Pesta Hublot? Pesta penutup menghimpunkan para tetamu dan rakan kongsi jenama dari dunia bola sepak, di kelilingi oleh Matriochkas, maskot rasmi acara berkenaan. Pembuat jam tangan ini mengakhiri bulan bola sepak ini dengan persembahan muzik menerusi pertunjukan oleh DJ Snake-peminat Hublot dan permainan hebat tersebut-artis bertaraf global yang juga merupakan duta terkini Hublot, menyertai keluarga Hublot Loves Music. Hublot menyukai bola sepak dan apabila anda menyukai sesuatu, wang bukanlah penghalangnya!

generated by system

generated by system

generated by system

"Bulan bola sepak yang sengit, bersemangat dan menginspirasikan, yang melangkaui setiap jangkaan sesiapa jua dalam perlawanan akhir, Hublot telahpun memenangi World Cupnya. Setelah lebih 20 minit dipaparkan di kaca televisyen, atau bersamaan dengan berjuta-juta pelaburan iklan, 1,000 tetamu mengambil bahagian dalam program Hublot Loves Football kami dan bersama-sama dalam keghairahan 64 perlawanan, jam tangan bola sepak terhubung-Big Bang Referee 2018 FIFA World Cup Russia™ yang merekodkan 169 jaringan gol dan akan menyimpan mata dan pemenang bagi World Cup ke-21 ini dalam memori digitalnya, serta butik ketiga bagi mengukuhkan kehadiran kami di Rusia. Ganjaran paling besar untuk pasukan kami selepas sebulan dengan kerja-kerja yang gigih ini ialah keseronokan dapat berkongsi emosi sukan paling popular dan kesyukuran serta keriangan pada wajah-wajah tetamu kami serta rakan kongsi jenama dari dunia bola sepak. Kami bersama-sama menyukai bola sepak dan kami berusaha memperhebatkannya!" 

Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot 

Gambaran keseluruhan acara kemuncak World Cup ke-21 ini, gaya Hublot. 

Keghairahan adalah untuk dikongsikan, dengan mengundang pelanggan dan rakan kongsi jenama untuk turut bersama-sama berada di tempat duduk stadium.

Dari segi anugerah, pembuat jam tangan ini sekali lagi mencapai keterlihatan maksimum di 12 stadium, semasa 64 perlawanan, berjumlah lebih 20 minit masa permainan.

Dari segi keterlihatan

Pergelangan tangan pengadil telah bergetar 169 kali hasil Big Bang Referee 2018 FIFA World Cup Russia™ yang terhubung dengan sistem pengadil bantuan video. Jam tangan unggul untuk peminat bola sepak sebenar menerajuinya untuk World Cup, pada masa sebenar, mengumumkan perlawanan 15 minit sebelum bermula, menandakan kad kuning, kad merah dan penggantian, apatah lagi gol, pastinya! Kesemua ini dilengkapi dengan statistik permainan, mata, bilangan kad, nama penjaring gawang, penggantian dan tempoh permainan.

Dari segi kehadiran

Setelah pembukaan Metropol dan Tsum Boutique, Hublot membuka butik ketiganya di Rusia pada 15 Jun di gedung serbaneka tertua di St Petersburg, terletak hanya sejauh beberapa langkah dari Muzium Hermitage. Keluasan 26 m2 dikhususkan untuk penggabungan bahan dan bola sepak.

Dari segi sambutan dan publisiti

Diiringi bunyi-bunyian majlis penutupan, Hublot menghimpunkan para tetamu dan rakan kongsinya dari dunia bola sepak ke pesta yang dikhususkan untuk World Cup pada 14 Julai. Pada akhir malam itu, pembuat jam tangan ini mempersembahkan minatnya yang lain - muzik. Rentak elektronik oleh William Grigahcine, atau dikenali sebagai DJ Snake menetapkan iramanya. Peminat tegar Hublot dan bola sepak, artis bertaraf global, yang membuat penampilan di festival, pertunjukan lagu hit dan persembahan, merupakan duta terkini Hublot. Selepas dicalonkan untuk Anugerah Grammy atas kolaborasi beliau dengan Lady Gaga pada tahun 2011, beliau turut menghasilkan semula lagu-lagu terkenal untuk Kanye West, AlunaGeorge dan Major Lazer sebelum mencipta tiga lagu untuk album Artpop Lady Gaga, salah satunya menampilkan Justin Bieber. Hublot mengesahkan minatnya terhadap seni. Masanya telah tiba untuk menikmatinya!

Hublot mengucapkan tahniah kepada Didier Deschamps dan Perancis atas kemenangan FIFA World Cup Russia™ 2018.

www.hublot.com

Source: Hublot
Related Links:
Keywords: Entertainment Fashion Sporting Events Sports