omniture

Firma Perisian Global Utama, Ideagen, Tonjol Pertumbuhan Sembilan Tahun Berturut-turut

Ideagen PLC
2018-07-18 00:37 699

LONDON, 18 Julai 2018 /PRNewswire/ --

  • PBT Terlaras meningkat 40% 
  • EBITDA Terlaras meningkat 40% 
  • Pendapatan meningkat 33%

Sebuah syarikat perisian yang terkemuka di dunia berpangkalan di UK, Ideagen PLC (AIM: IDEA), telah memberikan keputusan positif selama sembilan tahun berturut-turut, susulan 12 bulan tempoh pertumbuhan dan pemerolehan organik.

generated by system

Jumlah pendapatan ialah sebanyak £36.1 juta, meningkat 33% berbanding angka pada tahun 2017 sebanyak £27.1 juta, dengan pertumbuhan organik menyumbang sebanyak 11% terhadap peningkatan tersebut. EBITDA terlaras ialah sebanyak £11 juta, meningkat 40% berbanding angka pada tahun 2017 iaitu £7.9 juta, manakala keuntungan terlaras sebelum cukai juga meningkat 40% pada nilai £9.7 juta berbanding £6.9 juta pada tahun kewangan yang lalu. Pendapatan daripada SaaS (perkhidmatan perisian berasaskan awan) meningkat sebanyak 76% menjadi £8.4 juta berbanding £4.8 juta pada tahun 2017.

Pengerusi Eksekutif dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif David Hornsby, berkata: "Tumpuan kami tahun ini adalah untuk meningkatkan pertumbuhan organik dan menggabungkan dengan berkesan pemerolehan terkini kami ke dalam perniagaan tersebut. Saya berbesar hati kerana kami dapat mencapai objektif-objektif ini dan sekali lagi berjaya menonjolkan himpunan keputusan yang sangat baik."

Ben Dorks, yang dinaikkan pangkat daripada Ketua Pegawai Pelanggan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pada bulan Mei lalu berkata: "Salah satu perkara penting ialah pemerolehan firma AS, Medforce pada bulan April, 2018. Medforce ialah sebuah syarikat perisian rawatan kesihatan yang menguntungkan, berkembang dan mampu menjana keuntungan, dikenali kerana membangunkan suit 'Pusat' perisian pengurusan perusahaan, aliran kerja dan pematuhan, yang digunakan oleh lebih 300 penyedia rawatan kesihatan berpangkalan di AS."

"Pemerolehan ini meluaskan hubungan kami dalam sektor yang telahpun kukuh untuk kami, meningkatkan capaian geografi kami dan menyediakan sumber pendapatan berulang tambahan.

"Ideagen kekal komited terhadap strategi beli dan bangun yang berterusan dan kami berharap dapat menyelesaikan pemerolehan selanjutnya pada tahun kewangan ini."

Ideagen membangunkan perisian yang membolehkan syarikat-syarikat dalam sektor-sektor dikawal selia seperti penerbangan, aeroangkasa & pertahanan, perbankan, pengilangan dan farmaseutikal untuk mematuhi keperluan keselamatan, pematuhan, audit dan risiko mereka. Nama-nama tersohor termasuk British Airways, Heineken dan European Central Bank mempercayai Ideagen untuk menyediakan penyelesaian perisian yang penting buat mereka.

http://www.ideagen.com

Perhubungan media:

Joe O'Brien
Perhubungan Awam & Perhubungan Media
Ideagen
+44(0)1629 699100
+44(0)7916-131501
joseph.obrien@ideagen.com

Heather Astbury
The Reputation People
heather@thereputationpeople.com
+44(0)7340-158049

Source: Ideagen PLC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Earnings