omniture

Destinasi Cina Sanya promosi daya tarikannya semasa jerayawara di London

Sanya Tourism Development Committee
2018-07-19 04:23 936

Persembahan oleh wakil-wakil Miss World tarik perhatian meluas

LONDON, 19 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Kerajaan perbandaran Sanya, sebuah bandar pantai di wilayah Hainan, China, menganjurkan acara jerayawara susulan pelancaran perkhidmatan udara tanpa henti antara London dan destinasi pinggir laut di Westfield Stratford City (bersebelahan Perkampungan Olimpik di Stratford, London Timur), salah sebuah pusat membeli belah paling popular di bandar ini, pada 13 dan 14 Julai lalu. Selain pelancaran penerbangan terus, Suruhanjaya Kemajuan Pelancongan Sanya turut memanfaatkan pelancaran yang dibuat baru-baru ini melibatkan dasar-dasar yang menggalakkan seperti akses tanpa visa yang lebih meluas untuk pelancong dari 59 negara yang tiba di Hainan serta ciri-ciri unik budaya Hainan tempatan bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap Sanya, satu-satunya destinasi percutian pinggir laut di China.

Datuk bandar Sanya A Dong berucap di acara jeyarawara
Datuk bandar Sanya A Dong berucap di acara jeyarawara

Delegasi yang dipimpin oleh Mao Chaofeng, Naib Gabenor wilayah Hainan, mengambil bahagian dalam upacara perayaan yang bermula pada sebelah tengah hari 14 Julai dan didahului dengan pihak penganjur dan para tetamu melancarkan pesawat kertas bersama-sama sebagai isyarat simbolik bagi mengalu-alukan pelancaran penerbangan tanpa henti London-Sanya dan ekspresi harapan mereka agar laluan baharu ini akan membantu bandar tersebut mengukuhkan pertukaran sumber budaya dan pelancongan dengan London.

Sanya menganjurkan beberapa aktiviti interaktif semasa jerayawara selama dua hari itu, termasuk DIY pencuci mulut dan minuman tempatan istimewa Hainan, sesi mempelajari sedikit sebanyak asas bahasa dan kaligrafi Cina, dengan tujuan untuk menggalakkan tetamu menjadi lebih berminat dengan budaya tradisional Cina dan beberapa makanan tempatan Hainan. Para tetamu turut diundang untuk menghasilkan lukisan bagaimana mereka membayangkan Sanya di papan lukisan berbentuk luncur angin dan mengambil gambar serta menuliskan nama mereka pada pasport gergasi selain menerima jemputan untuk menjelajah ke Sanya. Delegasi berkenaan mengenakan pakaian yang menampilkan unsur-unsur destinasi tropika serta pakaian tradisional yang biasanya dipakai oleh golongan minoriti etnik Sanya, di samping mempromosikan beberapa tawaran pelancongan dan menjelaskan manfaat-manfaat akses tanpa visa yang diluluskan baru-baru ini serta perkhidmatan penerbangan tanpa henti yang baru dilancarkan, semasa acara tersebut.

Jerayawara ini memuncak dalam upacara perayaan. Wakil-wakil daripada Miss World, pengendali perkhidmatan pelancongan British yang terkemuka Thomas Cook dan cawangan China National Travel Service Group di UK menyumbang sentuhan British pada reruai promosi Sanya. Persembahan lagu-lagu Miss England yang memuji-muji keindahan destinasi tropika Cina membuatkan penonton bertepuk tangan dan bersorak ketika penyanyi menghabiskan setiap lagu.

Datuk bandar Sanya A Dong turut menjemput pengembara dari UK, mengalu-alukan mereka mempertimbangkan untuk menghabiskan percutian seterusnya di lokasi yang dianggap oleh ramai pelancong Cina sebagai syurga pantai tropika. Pelancaran penerbangan terus London-Sanya ialah perkhidmatan tanpa henti antara benua pertama Hainan susulan lanjutan akses tanpa visa kepada pelancong yang mengunjungi wilayah tersebut, satu dasar baharu yang dijangka akan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan komunikasi selain pertukaran sumber ekonomi, budaya dan pelancongan antara Hainan dan UK. Sanya juga akan terus menambah baik aspek-aspek yang ketara dan tidak ketara dalam industri pelancongannya, meningkatkan lagi bandar tersebut menjadi destinasi percutian yang didambakan untuk pengembara dari UK dan Eropah Barat.

Fiona Plumpton, Ketua Perkhidmatan Biro Konvensyen berkata Sanya ialah sebuah bandar yang patut dikunjungi dan beliau mendapat lebih banyak kesedaran tentang China melalui budaya, sumber semula jadi dan hidangan makanan yang lazat yang dipamerkan dalam acara jerayawara tersebut. Beliau turut melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan Sanya atas usaha-usaha promosi yang dijalankan. Beliau turut melontarkan pandangan bahawa laluan tanpa henti baharu akan memudahkan perdagangan, pertukaran budaya dan kerjasama dua hala antara kemudahan-kemudahan pelancongan di kedua-dua negara.

Acara jerayawara selama dua hari itu berjaya menarik sejumlah besar individu dari kawasan London dan seluruh Britain yang mengambil kesempatan untuk mengenali sedikit sebanyak budaya Sanya dan mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai syurga tropika tepian pantai China.

Persembahan wakil Miss World tarik perhatian ramai
Persembahan wakil Miss World tarik perhatian ramai

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pemasaran Suruhanjaya Kemajuan Pelancongan Sanya.

TEL: +86 898 8827 0227
Emel: marketing@sanyatour.gov.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180716/2187288-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180716/2187288-1-b

Source: Sanya Tourism Development Committee
Keywords: Airlines/Aviation Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Travel New products/services