omniture

Tercari-cari Panduan Fesyen Lestari? Musim Bunga menuju Musim Panas dengan Idea Fesyen dan Maklumat Terkini Industri Didayakan oleh TENCEL(TM)

Lenzing Group
2018-07-19 10:13 1036

HONG KONG, 19 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Fesyen lebih daripada sekadar kelihatan bergaya. Berupaya berasa selesa dan melakukan perkara yang baik adalah sama penting, atau mungkin lebih penting. Tatkala kebimbangan berkisarkan impak alam sekitar dalam industri fesyen terus meningkat, kelestarian dilihat semakin penting dalam amalan belian pengguna.

Sejak Februari lalu, beberapa jenama jualan program penjenamaan bersama TENCEL™ (jenama istimewa Lenzing untuk tekstil) berjaya diperkenalkan bersama-sama jenama-jenama ikonik, termasuk jenama fesyen berpangkalan di Los Angeles Bella Dahl dan jenama pakaian global ONLY. Di samping itu, Lenzing turut menjadi tumpuan dalam perbincangan mengenai fesyen yang lestari dalam menjadi bualan tentang rantaian nilai mampan di pelbagai acara industri.

 "Kami komited untuk membangunkan industri fesyen yang lestari dan bersama-sama rakan kongsi rantaian nilai dan jenama jualan, kami akan membawakan koleksi berjenama TENCEL™ lebih dekat dengan pemegang kepentingan dan pengguna di seluruh dunia. Produk tekstil yang dibuat oleh TENCEL™ membuat sumbangan penting terhadap penambahbaikan jejak alam sekitar untuk industri tekstil. Kajian menunjukkan pengguna yang membeli produk berjenama TENCEL™ berkemungkinan membelinya sekali lagi, mendayakan pengalaman pengguna yang sejajar dengan slogan jenama kami, 'rasa begitu selesa," kata Robert van de Kerkhof, Ketua Pegawai Komersial, Lenzing Group. Lebih banyak program penjenamaan semula sedang dirancang dan bakal diperkenalkan beberapa bulan akan datang.

Berikut merupakan gambaran keseluruhan tawaran pakaian lestari didayakan TENCEL™ yang terkini:

Pakaian didayakan TENCEL™ Bella Dahl Tawar Keselesaan Tertinggi kepada Peminat Fesyen

Bella Dahl, jenama popular berpangkalan di Los Angeles, baru-baru ini memasukkan gentian Lyocell berjenama TENCEL™ dalam rangkaian produk mereka, yang memberikan fabrikasi unik dan proses pencucian yang menghasilkan sentuhan ultra lembut dan kemasan yang licin. Komited untuk melindungi bumi, Bella Dahl mengguna pakai fabrik terbiodegradasi dan pelarut tidak toksik, yang dikitar semula semasa penghasilan produk-produknya.

ONLY Perkenal Rangkaian Produk Black Forever Ekologikal dengan Warna Berkekalan

ONLY memasukkan gentian berjenama TENCEL™ dalam rangkaian produk Black Forever ekologikal yang menggunakan penyelesaian lestari baharu. Konsep ini, yang menampilkan inovasi canggih dengan fabrik hitam yang memberikan ketahanan luar biasa dan warna berkekalan, akan dilancarkan pada Julai 2018 di seluruh kedai Eropah dan dalam talian.

TENCEL™ Active Perkasa Pakaian Agar Seiring dengan Gaya Hidup Aktif

Bergiat aktif bukan sekadar sebahagian daripada kehidupan, ia merupakan suatu cara hidup. Bagi memastikan pengguna kelihatan bergaya, berasa selesa dan dapat melakukan perkara baik tatkala di tengah-tengah kekalutan gaya hidup yang pesat, TENCEL™ Active merupakan penyelesaian menyeluruh untuk pembuat pakaian yang ingin menembusi pasaran pakaian aktif yang sedang berkembang. Dengan asal usul botani, TENCEL™ Active menakrifkan standard baharu kelestarian dan keselesaan alami untuk orang ramai yang gemar untuk kekal aktif.

Bagi menyokong fokus industri yang terus meningkat ke arah kelestarian, TENCEL™ turut memimpin perbincangan berkaitan fesyen lestari melalui acara-acara industri di Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Lenzing Galakkan Pereka Cina Baru Muncul di Guangzhou

Lenzing dan Indigo Tank berpangkalan di Guangzhou bersama-sama menganjurkan Pertunjukan Fesyen T WAVE di Guangzhou, China bagi menggalakkan kolaborasi erat dengan komuniti reka bentuk fesyen dan memperkasa pereka muda. Acara tersebut merupakan platform penting untuk mempamerkan pakaian kontemporari daripada pereka-pereka baru muncul dan bagi meningkatkan pengiktirafan antarabangsa reka bentuk pakaian tempatan di China.

Lenzing Pacu Pengurangan Jejak Karbon di Vancouver dan adakan Inisiatif Makes Fashion Circular di Copenhagen

Pada Mei, Lenzing mengambil bahagian dalam acara Planet Textiles di Vancouver dan Sidang Kemuncak Fesyen Copenhagen bagi mendorong perubahan positif dalam industri berkenaan. Di Planet Textiles, Lenzing turut serta bersama-sama pemegang kepentingan dalam perbualan berkisarkan perubahan kolaboratif berkaitan pengurangan jejak karbon. Di Copenhagen, Lenzing menyertai beberapa nama terbesar dalam industri fesyen di bawah inisiatif Make Fashion Circular bagi mewujudkan industri yang berkembang pesat berasaskan prinsip-prinsip ekonomi pusingan.

Selain itu, Lenzing turut memperkenalkan beberapa inisiatif global bagi memacu kesedaran industri terhadap kelestarian.  

Lenzing Terus Pacu Ketelusan Rantaian Nilai dan Bawakan Kisah TENCEL™ ke Asia

Dengan meningkatnya permintaan pengguna terhadap produk yang dihasilkan secara beretika, mampan dan telus, baru-baru ini Lenzing memperkenalkan platform Perkhidmatan E-Penjenamaan baharu yang membolehkan rakan kongsi rantaian nilai dan pelanggan memperkenalkan penggunaan gentian Lenzing mereka dan mewujudkan kempen penjenamaan bersama bagi meningkatkan ketelusan produk dan menambah baik nilai produk. Susulan pelancaran TENCEL™ pada Februari, Lenzing membawa TENCEL™ ke Fibers & Yarns 2018 oleh Tecoya Group di Mumbai India dan Indo Intertex, pameran perdagangan Tekstil dan Bukan Tenun B2B2C terbesar di Indonesia. Semasa Indo Intertex, Lenzing turut menyediakan peserta Indo Project Runway dengan bahan-bahan tekstil seperti fabrik tenunan TENCEL™.

Source: Lenzing Group
Keywords: Chemical Fashion Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers Retail Textiles Corporate Social Responsibility New products/services