omniture

Rawatan Alzheimer Inovatif dari China Selesai Ujian Percubaan Klinikal Fasa 3

Green Valley rancang hantar permohonan rawatan kepada Pentadbiran Ubat-Ubatan Negara China Tahun Ini
Shanghai Green Valley Pharmaceutical Co., Ltd
2018-07-20 22:14 727

SHANGHAI, 20 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Shanghai Green Valley Pharmaceutical Co., Ltd. (Green Valley) hari ini mengumumkan bahawa Kajian Fasa 3 bagi Kapsul Sodium Oligomannurarate (GV-971) terhadap penyakit Alzheimer ringan hingga sederhana telah mencapai titik akhir utamanya.

Ujian percubaan klinikal secara rawak, dwibuta dan dikawal oleh plasebo di China ini bertujuan untuk menilai tahap keselamatan dan kecekapan GV-971, ubatan oliogosakarida berbilang sasaran, terhadap peserta kajian yang menghidap penyakit Alzheimer ringan hingga sederhana (skor MMSE antara 11 hingga 26). Untuk bahagian rawatan, subjek mengambil 450mg GV-971 secara oral dua kali sehari selama 36 minggu. Titik akhir utama menunjukkan bahawa perubahan yang lebih baik diperhatikan terhadap skor Skala Penilaian Penyakit Alzheimer-kognitif (ADAS-cog) selepas rawatan GV-971 selama 36 minggu berbanding kawalan plasebo. Data menunjukkan bahawa GV-971 menambah baik ketakmampuan kognitif dengan ketara. Berhubung kadar kejadian buruk yang berlaku, GV-971 menunjukkan profil yang sama dengan kawalan plasebo, tiada ketaknormalan pengimejan berkaitan amiloid (ARIA) diperhatikan.

Penyakit Alzheimer ialah gangguan neurodegeneratif kronik yang dicirikan oleh kehilangan fungsi kognitif secara progresif. Menurut Alzheimer's Disease International, terdapat kira-kira 48 juta pesakit di seluruh dunia yang menghidap penyakit Alzheimer dan bilangan ini dijangka mencecah 130 juta menjelang tahun 2050 lantaran peningkatan pesat penduduk yang semakin meningkat usia.

Green Valley merancang untuk menghantar permohonan kebenaran pemasaran GV-971 bagi rawatan penyakit Alzheimer ringan hingga sederhana kepada Pentadbiran Ubat-Ubatan Negara China lewat tahun ini.

Source: Shanghai Green Valley Pharmaceutical Co., Ltd
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries