omniture

Pameran Hiasan Bangunan Antarabangsa (Guangzhou) China ke-20 yang Diperluas Tarik Hampir 180,000 Pembeli

The China (Guangzhou) International Building Decoration Fair
2018-07-23 08:39 305

GUANGZHOU, China, 23 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Hiasan Bangunan Antarabangsa (Guangzhou) China ((Pameran CBD (Guangzhou) 2018) kali ke-20 yang menampilkan lebih 2,000 pempamer yang menempati kawasan pameran seluas 416,000 meter persegi, telah menerima seramai 179,413 pembeli, satu peningkatan sebanyak 17.76 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pameran Hiasan Bangunan Antarabangsa (Guangzhou) China ke-20 yang Diperluas Tarik Hampir 180,000 Pembeli
Pameran Hiasan Bangunan Antarabangsa (Guangzhou) China ke-20 yang Diperluas Tarik Hampir 180,000 Pembeli

Sudahpun menjadi pameran perdagangan terbesar dunia untuk hiasan rumah dan bahan-bahan binaan, CBD 2018 menaik taraf landasan pembentukan semula yang tersuai agar ia bukan sahaja menawarkan perkhidmatan belian sehenti kepada pembeli tetapi juga menyediakan akses kepada penyelesaian lengkap untuk orang ramai yang tercari-cari pakej hiasan isi rumah yang disesuaikan.

"Kami berasa amat berbangga dengan keputusan Pameran CBD (Guangzhou) ke-20 ini," kata En. Liu, Presiden Jawatankuasa Penganjur. "Penaiktarafan kami tahun ini adalah satu kejayaan besar bersama pengunjung. Kami mendapati banyak syarikat dalam bidang perabot dan sistem keselamatan kini menumpu pada penyesuaian perabot isi rumah. Produk-produk rentas sempadan dan silang kategori yang dipamerkan di Pameran CBD (Guangzhou) 2018 memperlihatkan ekosistem perabot isi rumah dan hiasan bangunan lengkap yang dapat memenuhi keperluan syarikat-syarikat."

Dengan kawasan pameran meliputi lebih 150,000 meter persegi, Pameran CBD (Guangzhou) 2018 membawakan penyesuaian semua-dalam-satu, pembentukan semula seluruh rumah dan penyesuaian bilik mandi kepada pembeli, dengan menyediakan penyelesaian dan produk terkini daripada lapan syarikat awam yang terbesar di dunia dalam sektor ini, termasuk:

  • Suofeiya Home Collection
  • Oppein
  • Holike
  • Homekoo
  • Piano
  • Goldenhome
  • OLO
  • ZBOM

Di samping jenama-jenama terkemuka dalam bidang kelengkapan penyesuaian, kediaman pintar, pintu kayu/hiasan kayu seluruh rumah, pintu dan tingkap, perkakas serta dapur dan bilik mandi, pameran ini mengadakan 40 acara dan forum yang mencakupi trend industri, reka bentuk, risikan pasaran, pembangunan jenama dan strategi pengagihan utama, mewujudkan ruang untuk inovasi global dalam seluruh industri.

Pameran hiasan antarabangsa utama seterusnya, CBD-IBCTF (Shanghai), akan berlangsung mulai 26 hingga 28 Mac 2019 di Pusat Konvensyen dan Pameran Kebangsaan (Shanghai) dan akan mempamerkan produk dan perkhidmatan yang lebih canggih.

Latar Belakang Pameran CBD

Diasaskan pada tahun 1999, Pameran CBD dianjurkan dua kali setiap tahun, dengan CBD-IBCTF (Shanghai) diadakan pada bulan Mac dan Pameran CBD (Guangzhou) diadakan pada bulan Julai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cbd-china.com 

Hubungi: 
Cik Jane Dong
+86-20-89128208

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180720/2192247-1

Source: The China (Guangzhou) International Building Decoration Fair
Related Links:
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Real Estate Trade show news