HAIKOU, China, 23 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Hainan Airlines dan BBC Global News hari ini menandatangani satu perjanjian baharu yang penting di majlis penandatanganan khas di ibu pejabat BBC bertempat di London bagi meraikan perkongsian mereka.
Yufei Wang, Naib Presiden, Penjenamaan, Hainan Airlines dan Jim Egan, Ketua Pegawai Eksekutif, BBC Global News, mengulas mengenai kepentingan perkongsian komersial yang strategik ini yang akan menyaksikan BBC StoryWorks, bahagian pemasaran kandungan memenangi anugerah BBC Global News, menghasilkan kandungan digital dan video untuk Hainan Airlines sempena pelancaran laluan baharu dan keindahan destinasinya.
Jim Egan berkata: "Kami berbesar hati kerana dapat meneruskan perkongsian kami dengan jenama Cina yang begitu berprestij seperti Hainan Airlines. Kami berharap dapat bekerjasama erat dengan mereka, membangunkan dan menyediakan pelbagai pilihan kandungan kreatif yang akan menghidupkan jenama dan perkhidmatan mereka untuk audiens global kami."
Yufei Wang berkata: "Secara kiasannya, Hainan Airlines membina jambatan udara yang menghubungkan bandar-bandar dan kawasan-kawasan berbeza di seluruh dunia, manakala BBC Global News membina jambatan budaya yang menyampaikan kepelbagaian dunia dalam bentuk laporan yang unik dan asli. Kerjasama kami bukan sahaja akan dapat menggalakkan pertukaran budaya dan penyepaduan antara China dan UK, tetapi juga membantu memupuk hubungan yang sihat dan lebih erat antara kedua-dua negara. Dengan sokongan kandungan yang dicipta oleh BBC StoryWorks, kami berharap dapat mengukuhkan pengaruh kami di seluruh dunia dengan menjadikan lebih ramai pengembara menyedari tentang perkhidmatan kami."
BBC WORLD NEWS DAN BBC.COM
BBC World News dan BBC.com, platform berita berbahasa Inggeris 24 jam antarabangsa BBC yang dibiayai secara komersial, dimiliki dan dikendalikan oleh BBC Global News Ltd. BBC World News television disediakan di lebih 200 negara dan wilayah seluruh dunia serta lebih 454 juta isi rumah dan 3 juta bilik hotel. Kandungan saluran ini turut disediakan di 178 kapal persiaran, 53 syarikat penerbangan termasuk 13 syarikat penerbangan yang mengedarkan saluran secara langsung dalam pesawat dan 23 rangkaian telefon bimbit. BBC.com menawarkan berita antarabangsa yang mutakhir, analisis dan rencana mendalam, termasuk BBC Capital, BBC Culture, BBC Future dan BBC Travel, untuk komputer peribadi, tablet dan peranti mudah alih kepada lebih 95 juta pelayan unik setiap bulan.
BBC STORYWORKS
BBC StoryWorks ialah bahagian pemasaran kandungan BBC Global News dengan pasukan-pasukan ditempatkan di New York, London, Dubai, New Delhi, Beijing, Singapura dan Sydney, menjamin akses kepada jaringan kecemerlangan kreatif global serta pengetahuan serantau berkepakaran. Ia bekerjasama dengan pelanggan untuk membangunkan dan menyediakan kandungan berjenama komersial serta tajaan editorial BBC merentasi platform digital dan TV BBC Global News serta perkhidmatan digital yang disediakan oleh BBC Studios dan BBC World Service.
Hainan Airlines
Baru-baru ini, Hainan Airlines dinamakan sebagai syarikat penerbangan lima bintang SKYTRAX untuk tahun kelapan berturut-turut oleh laman semakan dan penarafan syarikat penerbangan dan lapangan terbang global yang terkemuka, SKYTRAX menerusi Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia SKYTRAX 2018. Syarikat penerbangan ini mendaki kedudukan bagi menduduki tempat kelapan dalam senarai 10 syarikat penerbangan unggul SKYTRAX 2018. Susulan kejayaannya dalam membolehkan syarikat penerbangan ini mematuhi sepenuhnya piawaian antarabangsa, Hainan Airlines secara aktif menyertai pengusaha-pengusaha lain dalam sektor penerbangan awam untuk menyokong pembangunan negara di samping menumpu pada pembangunan pasaran penerbangan antarabangsa untuk bandar-bandar hab baharu Cina. Pada separuh pertama tahun 2018, syarikat memperkenalkan beberapa perkhidmatan antarabangsa berjarak jauh, antaranya Haikou-Sydney, Shenzhen-Brussels, Shenzhen-Madrid, Changsha-London dan Shenzhen-Tianjin-Vancouver. Pelancaran laluan-laluan berikutnya, termasuk Guangzhou-Tel Aviv, Shenzhen-Zurich dan Shenzhen-Vienna, dijadual disusuli pada separuh kedua tahun ini.
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180720/2192262-1-LOGO