omniture

IAS 2018: Beckman Coulter Life Sciences Umum Pemenang Anugerah CARES HIV/AIDS Global Pertama

Beckman Coulter Life Sciences
2018-07-23 13:00 506

AMSTERDAM, 23 Julai 2018 /PRNewswire/ --

Iktiraf 'keprihatinan, dedikasi dan komitmen' individu biasa 

Pekerja komuniti belia Afrika berusia 28 tahun, Evah Namakula telah memenangi anugerah CARES HIV/AIDS pertama, yang mengiktiraf individu biasa yang menunjukkan 'keprihatinan, dedikasi dan komitmen' terhadap masyarakat mereka dalam usaha memerangi penyakit tersebut. Cik Namakula menjadi sebahagian daripada upacara penganugerahan global 2018 di mesyuarat Persatuan Aids Antarabangsa, Amsterdam (23-27 Julai), reruai #407. Maklumat Media CARES.

Ia mempunyai dua kategori iaitu individu dan organisasi. Anugerah pertama tersebut menumpu pada dedikasi individu biasa di Afrika, kawasan yang paling banyak dijangkiti HIV/AIDS - Cik Namakula (individu) dan sebuah organisasi Hillcrest AIDS Centre Trust (HACT), sebuah badan amal Afrika Selatan yang menjaga mereka yang kurang bernasib baik. Organisasi ini menerima geran sebanyak $5500 USD daripada Beckman Coulter Life Sciences melalui Yayasan Beckman Coulter. Ini dibuat atas nama pemenang individu, namun demikian, kerja-kerja mereka tidak boleh dikaitkan.

Panel penilaian bebas menggambarkan pencapaian Cik Namakula sebagai 'luar biasa' terhadap komuniti Uganda tempatan beliau untuk menghapuskan stigma HIV/AIDS. Beliau juga merupakan duta belia global untuk Reach Out Integrity (ROI) Afrika bagi memupuk tanggungjawab kesihatan dan seksual dalam kalangan orang muda dan turut menubuhkan badan amal beliau sendiri, IGNITE. Evah juga merupakan sebahagian daripada Inisiatif Pemimpin Afrika Muda (YALI) yang ditubuhkan oleh Presiden Barack Obama untuk memperkasa kemahiran kepimpinan dalam kalangan belia Afrika. Sebagai sukarelawan YALI, beliau telah menjadi mentor kepimpinan dalam komuniti-komuniti dan sekolah-sekolah tempatan, membantu membina kemahiran pengucapan awam.

Diilhamkan oleh keazaman ibu dan adik beradik beliau, Evah berkata: "Saya telahpun giat berkempen namun hanya ketika bertugas di makmal hospital tempatan saya barulah saya menyedari bagaimana saya dapat menggunakan pengetahuan perubatan saya untuk membantu mengurangkan mitos yang dialami orang muda dalam komuniti saya terhadap HIV/AIDS."

"Evah ialah seorang wanita muda yang menginspirasikan dan jejak langkah beliau sukar ditandingi," kata Samuel Boova, Pengarah Pembangunan Perikatan Beckman Coulter, High Burden HIV Markets. "Beliau sememangnya pemimpin muda yang ingin dipupuk oleh Presiden Obama untuk membangunkan Afrika pada masa depan. Kami berbesar hati bukan sahaja kerana menjadikan beliau sebagai pemenang pertama, tetapi kerana mendapat sokongan beliau untuk melancarkan inisiatif global ini.

"Anugerah berkenaan memberikan satu platform kepada kerja-kerja yang dilakukan oleh wira tak didendang, mereka yang menunjukkan dedikasi, komitmen dan keberanian individu atau mereka yang telah membawa perubahan dalam perjuangan menentang HIV/AIDS."

Source: Beckman Coulter Life Sciences
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Awards Not for profit Trade show news