omniture

Kiraan Detik 100 Hari menuju Hengqin Life WTA Elite Trophy Zhuhai 2018 Bermula

Organizing Committee of 2018 WTA Elite Trophy Zhuhai
2018-07-23 19:26 656

ZHUHAI, China, 23 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Kiraan detik 100 hari menuju berlangsungnya Hengqin Life WTA Elite Trophy Zhuhai 2018 bermula pada 21 Julai dan diraikan oleh beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh Huafa Group, penganjur perlawanan akhir tahun ini, bertemakan "Selamat Datang ke Zhuhai, Bandar Tenis."

Majlis Kira Detik 100 Hari menuju Hengqin Life WTA Elite Trophy Zhuhai 2018
Majlis Kira Detik 100 Hari menuju Hengqin Life WTA Elite Trophy Zhuhai 2018

Bagi merayakan perlawanan akan datang itu, pengarah perlawanan WTA Elite Trophy Zhuhai, Jose Miguel Garcia dan tetamu-tetamu lain bersama-sama menekan butang pelancaran untuk melancarkan pesawat Huafa Tennis. Pelancaran pesawat tersebut diikuti dengan 50 peminat tenis terpilih yang menggunakan jari mereka untuk membuat gerak isyarat berbentuk hati dan kemudiannya mengambil bahagian dalam aktiviti mewarnakan kulit telur dengan kreatif bagi menzahirkan sokongan mereka terhadap pertandingan tenis tersebut.

Pengarah perlawanan WTA Elite Trophy Zhuhai Jose Miguel Garcia menyampaikan ucapan alu-aluan
Pengarah perlawanan WTA Elite Trophy Zhuhai Jose Miguel Garcia menyampaikan ucapan alu-aluan

WTA Elite Trophy Zhuhai telah menggamit perhatian yang luas hasil unsur-unsur inovatifnya sejak menyertai Jelajah WTA pada tahun 2015. Pertandingan ini menjadi salah satu acara tenis yang paling banyak ditonton di seluruh dunia hasil usaha oleh Huafa Sports Operations Management, pengendali perlawanan dan rakan gabungan Huafa Group, sepanjang tiga tahun yang lalu.

(Kiri) Peter Lv, pengarah eksekutif Huafa Sports, dan (Kanan) Li Dingjie, pemimpin publisiti penjenamaan bagi penaja gelaran, Hengqin Life
(Kiri) Peter Lv, pengarah eksekutif Huafa Sports, dan (Kanan) Li Dingjie, pemimpin publisiti penjenamaan bagi penaja gelaran, Hengqin Life

"WTA Elite Trophy Zhuhai ialah acara menarik dan terbukti menjadi kejayaan hebat dalam perkembangan tenis di wilayah tersebut," kata Ketua Pegawai Eksekutif & Pengerusi WTA Steve Simon. "Kami yakin bahawa WTA Elite Trophy akan terus berkembang maju dan memainkan peranan penting dalam mempromosikan sukan tenis di Asia. Kami mengharapkan satu lagi acara yang kompetitif dan membuahkan hasil bagi tahun 2018."

Bintang legenda WTA, Stefanie Graf, pemilik 22 gelaran pemain perseorangan Grand Slam dan satu-satunya pemain yang melengkapkan Golden Slam, akan terus menjadi duta global acara berkenaan buat tahun ketiga berturut-turut. Beliau akan membantu menonjolkan kepelbagaian dalam perlawanan dan dinamik bandar tuan rumah ini.

Peminat tenis akan beroleh manfaat daripada khidmat tiket yang ditingkatkan

Hengqin Life WTA Elite Trophy Zhuhai 2018 merancang untuk memulakan prajualan tiket-tiket kemasukan pada 21 Julai, manakala jualan rasmi dijadual disusuli pada 1 September. Semasa tempoh prajualan, jawatankuasa penganjur akan memperkenalkan diskaun pelanggan awal, promosi untuk peminat yang menghadiri acara-acara terdahulu dan pembeli berkumpulan, dengan diskaun mencecah sehingga 40 peratus. Tawaran istimewa ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peminat tenis menyaksikan sendiri permainan tersebut dan menyelami keterujaan perlawanan tenis wanita unggul itu. Maklumat tambahan akan disiarkan di laman sesawang rasmi acara, akaun WeChat dan kaunter tiket.

"Kini kami hanya tinggal 100 hari sebelum pertandingan bermula," kata Garcia. "Tahun ini, bandar Zhuhai sekali lagi dan buat kali keempat berturut-turut akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan akhir musim WTA. Kami ingin semua penduduk Zhuhai berpeluang untuk hadir dan menyaksikan beberapa pemain tenis terbaik di dunia bersaing merebut gelaran di Pusat Tenis Hengqin. Pada harga 100 yuan, penonton berpeluang bukan sahaja menonton perlawanan-perlawanan hebat, malah turut menikmati tawaran semua-dalam-satu yang akan disediakan di lapangan, bermula dengan persembahan muzik langsung kepada makanan enak dan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur. Kami ingin mengundang setiap orang bagi menyertai kami di stadium dan membolehkan pemain-pemain merasai kemesraan dan kecintaan peminat-peminat Zhuhai."

Jalinan kerjasama dengan Hengqin Life buat tahun kedua dengan tujuan jamin kualiti dan ketelusan perlawanan

Pada tahun 2018, Hengqin Life akan terus menjadi penaja gelaran WTA Elite Trophy Zhuhai buat tahun kedua berturut-turut. Kolaborasi berbilang negara dan berbilang wilayah antara Hengqin Life dan WTA Elite Trophy Zhuhai, yang dimeterai berdasarkan falsafah yang dikongsi bersama serta minat yang sama terhadap pertandingan dan bukannya diadakan atas tujuan komersial semata-mata.

Pengerusi Hengqin Life Lan Yadong berkata, "Hengqin Life bekerjasama dengan WTA Elite Trophy Zhuhai sebagai penaja gelaran buat tahun kedua berturut-turut. Kami menyasarkan untuk mempromosikan program-program insurans keluarga berorientasikan masa depan dengan menggabungkan jenama kami dengan harta intelek pertandingan tersebut. Semua pemegang polisi akan benar-benar mendapat faedah daripada program insurans yang 'memberi kembali kepada orang ramai' dengan sesungguhnya."

Hengqin Life WTA Elite Trophy Zhuhai 2018 berharap dapat menghimpunkan barisan peserta yang hebat, termasuk ramai juara dunia dan pemenang Grand Slam.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180723/2193033-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180723/2193033-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180723/2193033-1-c

Source: Organizing Committee of 2018 WTA Elite Trophy Zhuhai
Keywords: Sporting Events Sports Future Events