omniture

GAC Motor Sambut Ulang Tahun ke-10 dengan Pelancaran Intipati Jenama Baharu

GAC Motor
2018-07-24 16:36 623

GUANGZHOU, China, 24 Julai 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto yang paling pesat berkembang di China, meraikan ulang tahun ke-10 menerusi pelancaran budaya dan intipati jenama baharu, "Jalan Menuju Kehebatan" ("The Road to Greatness"), menandakan era baharu dalam industri automobil China tatkala mereka menyasarkan untuk mendorong inovasi melangkaui sempadan semasa.

Intipati jenama baharu GAC Motor - Jalan Menuju Kehebatan.
Intipati jenama baharu GAC Motor - Jalan Menuju Kehebatan.

Tahun lalu, GAC Motor melancarkan beberapa projek jenama korporat dan penaiktarafan budaya, yang melibatkan temubual dengan pemegang kepentingan utama, bagi menilai semula pembangunan jenama GAC Motor, daya saing terasnya, budaya korporat dan imej jenama.

"Sedari awal lagi, dengan penubuhan jenama ini, GAC Motor telah bercita-cita tinggi. Selepas 10 tahun menjalani pembangunan, syarikat berupaya menetapkan penanda aras baharu melibatkan pembuatan berkualiti tinggi di China," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor di majlis ulang tahun ke-10 itu. "Walau bagaimanapun, industri automotif global terus berubah-ubah. Menerusi revolusi teknologi dan perindustrian baharu yang sedang muncul, akan adanya cabaran-cabaran baharu, matlamat baharu dan keperluan lebih tinggi untuk syarikat tatkala kami melangkah ke era 10 tahun akan datang."

GAC Motor mengumumkan intipati jenama baharu - Jalan Menuju Kehebatan - di majlis tersebut.
GAC Motor mengumumkan intipati jenama baharu - Jalan Menuju Kehebatan - di majlis tersebut.

Bagi mendepani cabaran ini dan mendorong pembangunan terus mara ke hadapan, GAC Motor memperkenalkan budaya korporat dan imej jenama baharu yang bertujuan untuk menyediakan asas kukuh untuk pembuatan, pembangunan produk masa depan yang menepati operasi berskala global. Yu Jun berkata tatkala beliau mengumumkan budaya jenama baharu dan nilai-nilai korporat GAC Motor di bawah intipati jenama "Jalan Menuju Kehebatan" ("Road to Greatness") semasa acara tersebut.

Yu Jun, Presiden GAC Motor
Yu Jun, Presiden GAC Motor

Sebagai jenama milik persendirian pertama Guangzhou Automobile Group, GAC Motor ditubuhkan pada 21 Julai 2008.

Sepanjang sepuluh tahun lalu, GAC Motor telah menghimpunkan bakat-bakat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) terkemuka dunia dengan tujuan untuk mencipta sistem pembuatan bertaraf dunia; lalu menjadi pembuat auto Cina pertama bagi menampung pasaran sedan, SUV dan van mini berharga sederhana hingga mewah dengan susun atur lengkap bagi kenderaan Kelas C mewah.

Berpegang teguh pada strategi 'mengutamakan kualiti' bagi memenangi kepercayaan dan kredibiliti pelanggan, GAC Motor berada pada kedudukan pertama antara semua jenama Cina dalam Initial Quality Study (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik selama lima tahun berturut-turut. GS4 daripada GAC Motor merupakan SUV kompak domestik Cina yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam IQS J.D. Power selama dua tahun berturut-turut.

Sejak ditubuhkan GAC Motor bergiat aktif mengambil bahagian dalam projek-projek sosial. Ia bertindak sebagai kenderaan perkhidmatan rasmi untuk pelbagai acara antarabangsa seperti Sukan Asia Guangzhou 2010 dan Forum Fortune Global 2017. Selain itu, GAC Motor menandatangani memorandum kerjasama dengan Pentadbiran Taman Negara Sanjiangyuan dan WWF melibatkan projek untuk bersama-sama membina taman negara pertama China yang bertujuan untuk merealisasikan kewujudan bersama yang harmoni antara manusia dan alam semula jadi.

Di peringkat antarabangsa, GAC Motor mewujudkan operasi jaringan jualan dan perkhidmatan bertaraf global di 15 negara merentasi Asia, Eropah, Afrika dan benua Amerika, dengan Pusat-pusat R&D di Silicon Valley, dan Los Angeles yang masing-masing menjalankan operasinya pada tahun 2017 dan 2018; Menonjolkan pencapaian R&Dnya dan produk terkini di pameran auto antarabangsa seperti NAIAS, GAC Motor turut menjadi jenama Cina pertama yang hadir di NADA, lalu memperlihatkan kepada dunia berhubung promosi pengantarabangsaan GAC Motor.

"GAC Motor ialah sebuah syarikat yang sentiasa berkembang maju. Kejayaan yang dicapai sepanjang 10 tahun pertama kami meletakkan asas untuk fasa pembangunan kami yang seterusnya," kata Yu. "Matlamat kami untuk dekad seterusnya akan didorong oleh nilai-nilai teras kami, 'Berani berimpian, mempunyai keberanian dan terus berusaha.' 'Berani untuk berimpian' untuk terus maju ke hadapan dengan matlamat untuk menjadi peneraju dalam industri; 'mempunyai keberanian' untuk menggalas tanggungjawab bagi mengeluarkan kereta-kereta unggul untuk pengguna kami; 'terus berusaha' untuk meneruskan momentum melalui kemajuan berterusan."

Pada masa depan, melalui usaha-usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh dalam inovasi dan berpegang pada prinsip yang bertumpu-kualiti, GAC Motor akan komited terhadap misi untuk membawakan pengguna global kehidupan mobiliti yang menyeronokkan.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 antara kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan pertama antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan serta jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor 
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Perhubungan Media:
Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180723/2193268-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180723/2193268-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180723/2193268-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation New products/services