omniture

Pengecaman Wajah Herta Menonjol di Biometric Rally 2018 oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS

Herta
2018-07-25 01:08 465

BARCELONA, Spain, 25 Julai 2018 /PRNewswire/ --

Herta menyerlah di Biometric Rally 2018, tajaan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) dengan kerjasama NIST

Herta tunjukkan kecemerlangan dalam Biometric Rally 2018 Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS.

generated by system

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS dengan kerjasama NIST, menganjurkan Biometric Tecnology Rally yang mana sebanyak 11 buah syarikat mengambil bahagian. Ujian dijalankan pada Mac 2018, di Kemudahan Ujian Maryland (MdTF), sebuah makmal gabungan DHS.

Menerusi Biometric Technology Rally 2018, Herta muncul sebagai 3 vendor pengecaman wajah terbaik, antara yang mendapat skor tertinggi untuk kecekapan, kepuasan pelanggan dan prestasi.

Peserta-peserta perhimpunan disediakan dengan galeri yang mempunyai 3,000 imej melibatkan sekitar 300 orang dan setiap peserta perlu memadankan wajah individu tersebut satu demi satu tatkala mereka melepasi tempat pemeriksaan pengecaman wajah. Ujian tersebut mengukur purata masa transaksi, kegagalan memproses imej, peratusan pelanggan yang berpuas hati dan keberkesanan dalam menyediakan pengenalan yang positif dalam sela masa antara 5 dan 20 saat.

Herta mereka bentuk penyelesaian khusus untuk ujian nisbah satu kepada banyak (1:n) walaupun kepakarannya adalah nisbah banyak kepada banyak (n:m) seperti dalam beberapa projek utamanya untuk meningkatkan keselamatan bandar-bandar selamat atau stadium sukan. Senario tersebut mensimulasikan titik kawalan lapangan terbang yang mana penyelesaian ini membandingkan gambar pasport pengembara dengan imej yang dirakam melalui kamera CCTV. Herta menggunakan teknologi pengenalan wajah waktu nyatanya untuk memenuhi keperluan Rally tersebut dan ia berjaya melangkaui nilai purata untuk kebanyakan metrik serta mencapai kadar 95% pengenalan wajah yang berjaya dalam masa kurang daripada 5 saat, berbanding purata 65%.

Alex Collado-Castells, Ketua Pegawai Teknologi Herta dan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan perhimpunan tersebut, menjelaskan bahawa ujian berkenaan amat membuahkan hasil dan ia membantu untuk membuktikan sejauh mana teknologi syarikat menonjol antara pesaing-pesaing lain dan bagi melihat apa yang diingini oleh pihak kerajaan apabila melibatkan penyelesaian tempat pemeriksaan.

"Ia merupakan satu pengalaman yang menginspirasikan, yang mana kami perlu bekerja dalam suasana yang amat tertekan bagi mereka bentuk penyelesaian khusus untuk ujian yang memperlihatkan kes penggunaan dunia sebenar," kata Collado-Castells. "Ujian tersebut memberikan metrik yang amat berguna yang selari dengan kehendak dan keperluan kerajaan semasa. Herta menunjukkan prestasi cemerlang dari segi kecekapan, kepuasan pelanggan dan prestasi, tiga matlamat utama Rally."

Biometric Technology Rally 2018 merupakan eksperimen pertama yang menguji penyelesaian teknologi berbeza antara satu sama lain, namun demikian lebih banyak perhimpunan sedang dirancang bagi menyemak aplikasi teknologi masa depan untuk keperluan DHS. Keputusan daripada Biometric Technology Rally 2018 boleh dilihat di http://mdtf.org/rally/.

Latar Belakang Herta 

Herta ialah peneraju dunia bagi pembangunan penyelesaian pengecaman wajah termaju. Berpangkalan di Barcelona dan mempunyai pejabat-pejabat di Madrid, London, Los Angeles, Montevideo dan Singapura, syarikat berkenaan menawarkan penyelesaian yang pantas, tepat dan berorientasikan pengguna akhir untuk pengawasan video, kawalan akses dan keperluan pemasaran. Projek-projek antarabangsanya melibatkan aplikasi bandar selamat, lapangan terbang, stesen kereta api dan metro, penjara, bank, kasino, stadium sukan, pusat membeli belah, ketenteraan, polis dan forensik. Herta mempunyai rakan kongsi di 50 negara dan lebih 150 penyepadu yang diperakui di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di http://www.hertasecurity.com/en.

 

Source: Herta
Keywords: Biometrics Computer/Electronics Semiconductors Awards