omniture

Zoom: Membuat Penghantaran dengan Senyuman Keramahan dalam Pelayanan Last Mile Deliveries di Asia Tenggara.

Zoom
2018-07-25 08:00 1016

Berusaha bangunkan platform lebih baik melalui kakitangan bermotivasi

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Zoom, syarikat logistik baharu yang berasal dari Malaysia, bakal mengembalikan semula senyuman melalui penghantaran Last Mile Deliveries dengan model perniagaan yang tertumpu pada pengalaman pelanggan. Dalam tempoh dua tahun sejak Zoom dilancarkan, lebih 200 syarikat telah mendaftar, 80% daripadanya terdiri daripada pengguna harian, termasuk Zalora, DHL Express, Blibli, Bhinneka dan aCommerce, syarikat tersebut telah mencapai tahap kepuasan pelanggan yang mengagumkan.

Co-founders (from left to right ) Jeevan Kumar, Sean Lee, Mohd Hafiz, & Devan Kumar ( standing at the circle) and their fleet of Zoomers
Co-founders (from left to right ) Jeevan Kumar, Sean Lee, Mohd Hafiz, & Devan Kumar ( standing at the circle) and their fleet of Zoomers

Asia Tenggara ialah tapak semaian untuk ekosistem syarikat baharu, dengan penggunaan teknologi meneraju proses penambahbaikan dan mencipta peluang pekerjaan baharu dalam industry. Walau bagaimanapun, teknologi juga melemahkan interaksi sesama manusia. Syarikat Zoom menyedari kebanyakkan syarikat logistik baharu mengukur tahap kepuasan pelanggan terhadap kelajuan penyerahan semata-mata dengan mengenepikan aspek yang lain. Zoom juga telah mengenal pasti permintaan pasaran untuk penghantaran professional adalah berorientasikan pelanggan atas permintaan pelanggan.

"Kami bukan sekadar sebuah syarikat teknologi," kata Jeevan Kumar, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Zoom. "Meskipun secara asasnya kami merupakan sebuah syarikat dipacu teknologi, kami juga berorientasikan kepuasan pelanggan. Ketaksuban dalam penggunaan teknologi yang canggih telah menyebabkan sentuhan tenaga kerja manusia tidak terasa. Oleh itu, kami telah mengetahui bahawa pelanggan lebih menghargai servis kita sekiranya penghantaran barang itu disampaikan dengan cara khidmat pelanggan yang terbaik".

Para pelanggan mempunyai dua permintaan fizikal untuk perniagaan: iaitu produk yang dikawal secara langsung oleh mereka; dan individu yang membuat penghantaran produk tersebut. Zoom telah mencipta khusus model perniagaan unik yang mengelakkan pergantungan terhadap penunggang penghantaran bebas. Oleh itu, Zoom menggaji penunggang penghantaran secara langsung bagi menjamin piawaian kualiti perkhidmatan, sebelum penyerahan pertama dibuat. Kini, terdapat lebih 1,000 penunggang penghantaran di seluruh Malaysia dan Indonesia yang memenuhi keperluan pasaran masing-masing.

Zoom sentiasa memastikan semua penunggang penghantaran, yang juga dikenali sebagai 'Zoomer' mengikuti program latihan intensif selama 2 minggu dan diikuti oleh latihan susulan, bertujuan untuk meningkatkan daya profesionalisme dan mutu khidmat pelanggan.

"Bantuan yang bagus sukar diperolehi!" kata Mohd Hafiz, Pengasas Bersama dan Ketua Pengurusan Kenderaan. "Kami menghargai penunggang penghantaran kami sebagai individu dan kami ingin mencipta kerjaya untuk kakitangan kami, dan bukan sekadar pekerjaan sementara. Semua penunggang penghantaran boleh mengembangkan kerjaya mereka; bermula daripada penunggang penghantaran, kepada pemimpin pasukan, seterusnya pengurus."

Zoom kini sedang mengumpul pembiayaan siri A sebanyak US$10 juta. Justeru itu, mereka akan meluaskan perniagaan mereka di Indonesia, termasuk Surabaya, Bandung, Yogyakarta dan Medan. Kini, pusat operasi di Vietnam juga sedang diusahakan.

Layari laman syarikat mereka www.zoomitnow.co untuk butiran lanjut.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180720/2192228-1

 

Source: Zoom
Keywords: Internet Technology Transportation Trucking and Road Transportation Corporate Expansion