omniture

Anugerah Perniagaan ASEAN (ABA) dan Sidang Kemuncak Perniagaan & Pelaburan ASEAN (ABIS) Akhiri Inisiatif ASEAN 2018 dengan Jayanya

Singapore Business Federation
2018-07-25 09:00 878
  • ABA akan iktiraf perusahaan ASEAN dengan potensi global
  • ABIS akan sediakan platform untuk komuniti perniagaan berhubung dengan pemimpin ASEAN, penyokong industri, usahawan, pemimpin pendapat utama dan pembuat keputusan.

SINGAPURA, 25 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Anugerah Perniagaan ASEAN dan Sidang Kemuncak Perniagaan & Pelaburan ASEAN masing-masing dijadual diadakan pada 12 November 2018 dan 12-13 November 2018 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands, Marina Bay Sands, Singapura. Dianjurkan bersama-sama di bawah naungan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN BAC) dan Persekutuan Perniagaan Singapura, ABA dan ABIS mengakhiri aktiviti sepanjang tahun dengan tumpuan terhadap ASEAN.

ANUGERAH PERNIAGAAN ASEAN 2018, 12 NOVEMBER 2018

Dilancarkan pada tahun 2007 oleh ASEAN BAC, Anugerah ini mengakui dan mengiktiraf perniagaan-perniagaan ASEAN yang cemerlang yang menunjukkan kemajuan ketara dalam mewujudkan dan mengukuhkan kedudukannya, dalam pelbagai sektor industri.

Menuju edisi ke-12, Anugerah ini memberi peluang kepada perniagaan-perniagaan untuk memperoleh pendedahan yang lebih besar dan untuk meluaskan jaringan mereka dalam komuniti perniagaan ASEAN dan di persada global.

Penambahan terbaharu bagi tahun ini ialah Anugerah Perniagaan Keluarga yang bertujuan untuk mengiktiraf perusahaan keluarga atas kejayaan cemerlang mereka dan pertumbuhan mampan di ASEAN. Kategori-kategori Anugerah yang lain termasuk:

  • 17 Sektor Integrasi Utama meliputi sektor-sektor utama bermula dengan sektor Berasaskan Tani, Penerbangan, Automotif, Elektronik, Tenaga, Kewangan, Perikanan, Makanan & Minuman, Rawatan Kesihatan, ICT, Infrastruktur, Logistik, Peruncitan, Berasaskan Getah, Tekstil, Pelancongan dan Berasaskan Kayu
  • Kecemerlangan PKS – Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Pekerjaan, Pertumbuhan dan Inovasi
  • Rakan-rakan ASEAN
  • Usahawan Muda
  • Usahawan Wanita
  • Perusahaan Sosial Mampan

Perniagaan-perniagaan yang berminat untuk menyertai anugerah boleh menghantar pencalonan kepada accessasean@sbf.org.sg sebelum 31 Ogos 2018. Borang pencalonan disediakan di https://www.aseanbac2018.org/asean-business-award/.

"Anugerah Perniagaan ASEAN ialah peluang sempurna untuk syarikat-syarikat ASEAN menonjolkan perusahaan perniagaan mereka dan pencapaian sebagai pemimpin industri dalam bidang mereka. Ia akan menjadi detik yang sesuai untuk mendapat pengiktirafan dengan kehadiran rakan sejawat, pelanggan dan rakan kongsi." - Prof. Annie Koh, Pengerusi Anugerah Perniagaan ASEAN 2018

Majlis Makan Malam Gala Anugerah akan diserikan oleh Puan Halimah Yacob, Presiden Republik Singapura sebagai Tetamu Kehormat dan diadakan di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands, Marina Bay Sands, Singapura.

SIDANG KEMUNCAK PERNIAGAAN & PELABURAN ASEAN 2018, 12-13 NOVEMBER 2018

Sidang Kemuncak Perniagaan & Pelaburan ASEAN (ABIS) 2018, diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN, ialah acara perniagaan dan pelaburan tahunan unggul ASEAN, yang menghimpunkan penggubal dasar utama dan pemimpin perniagaan terkemuka yang mempunyai minat terhadap ASEAN untuk membincangkan mengenai lanskap perniagaan dan pelaburan ASEAN.

ABIS menyediakan platform untuk komuniti perniagaan berhubung dengan pemimpin ASEAN, penyokong industri, usahawan, pemimpin pendapat utama dan pembuat keputusan. Pemimpin-pemimpin politik dari negara-negara ASEAN, Australia, China, India, Jepun, Korea, New Zealand dan AS dijangka akan menghadiri dan berucap di ABIS.

Bertemakan "Membina Masa Depan, Menghubungkan Masa Kini," sidang kemuncak ini akan membincangkan:

  • Infrastruktur/Bandar Pintar – Amalan terbaik untuk transformasi bandar pintar dan perkaitannya dengan tahap pembangunan ASEAN yang berlainan
  • Pendigitan – Penerimaan teknologi digital secara inovatif bagi mendayakan transformasi perniagaan dan merebut peluang-peluang baharu
  • Wanita dalam Perniagaan – Memperkasa wanita dalam perniagaan, memanfaatkan keupayaan yang belum diterokai demi pertumbuhan perniagaan*
  • Usahawan Muda – Generasi akan datang ASEAN, visi ASEAN mereka*
  • Perniagaan Keluarga – Masa depan perniagaan keluarga di ASEAN dan kemajuan baharu mereka*
  • Perniagaan Mampan – Amalan terbaik untuk pertumbuhan perniagaan mampan dan aplikasinya di ASEAN*
  • Perindustrian 4.0 – Menaik taraf keupayaan pembuatan ASEAN*

*Menunjukkan topik-topik tentatif

ABIS akan membawakan barisan penyampai yang terkenal daripada barisan kepimpinan politik dan perniagaan dari ASEAN dan seluruh dunia.

Lebih 1,000 peserta serantau dijangka menyertai ABIS, dengan lebih 100 organisasi pempamer dari ASEAN bagi memaparkan produk dan perkhidmatan mereka.

"ABIS ialah sidang kemuncak definitif yang membolehkan komuniti perniagaan ASEAN berkumpul, berhubung dan berkongsi pandangan antara satu sama lain untuk meneruskan matlamat perniagaan mereka. Ia merupakan satu pertemuan dengan rakan-rakan lama dan tempat untuk bertemu rakan-rakan baharu." - Dato Seri Dr Douglas Foo, Pengerusi Penganjur, ABIS2018

Untuk maklumat lanjut mengenai ABIS 2018 dan ABA 2018, sila layari www.aseanbac2018.org .

Latar Belakang Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN

Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN BAC) ditubuhkan susulan keputusan oleh Pemimpin-pemimpin ASEAN di Sidang Kemuncak ASEAN ke-7, yang dilancarkan pada April 2003, dengan mandat untuk memberi maklum balas dan bimbingan kepada sektor swasta demi meningkatkan usaha-usaha ASEAN ke arah penyepaduan ekonomi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.asean-bac.org.

Latar Belakang Persekutuan Perniagaan Singapura

Ditubuhkan pada 1 April 2002, Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) ialah mercu dewan perniagaan yang memperjuangkan kepentingan komuniti perniagaan Singapura. Menerusi 25,800 syarikat ahli, tumpuan SBF adalah untuk mengesan, mengutamakan, menganalisis dan membantu menyelesaikan isu-isu penting yang dihadapi oleh segmen perniagaan yang signifikan. Semua syarikat yang berdaftar di Singapura dengan modal saham sebanyak S$0.5 juta dan ke atas adalah ahli-ahli SBF.

Sebagai penghubung antara komuniti perniagaan Singapura dan Kerajaan, SBF menyokong penuh bagi pihak perniagaan dan tenaga kerja kami, serta di peringkat antarabangsa, untuk menggalakkan pertumbuhan dan kerancakan komuniti perniagaan kami, lalu menyumbang kepada kemakmuran Singapura.

Persekutuan ini bekerjasama erat dengan dewan perniagaan tempatan dan luar negara utama dan telah merasmikan Perikatan Persatuan & Dewan Perdagangan (TAC) untuk menjadi pendorong lebih baik untuk komuniti perniagaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sbf.org.sg.

 

Source: Singapore Business Federation
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Awards Trade show news Future Events