omniture

Penari Balet Utama San Francisco Ballet, Yuan Yuan Tan, muncul dalam program kebudayaan Cina popular The Reader

The Reader
2018-07-26 08:52 2189

BEIJING, 26 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Penari balet Cina Yuan Yuan Tan baru-baru ini muncul sebagai penyampai dalam saluran televisyen seluruh negara Cina, The Reader CCTV-1, satu siri bertumpu budaya yang popular, bagi berkongsi pandangan yang diperoleh oleh beliau sewaktu bertahun-tahun menjalani latihan tarian.

San Francisco Ballet prima ballerina Yuan Yuan Tan reading during her appearance on the Chinese cultural program The Reader
San Francisco Ballet prima ballerina Yuan Yuan Tan reading during her appearance on the Chinese cultural program The Reader

Tan mula belajar menari semasa di prasekolah. Pada usia 10 tahun, kemahiran beliau diperhatikan oleh Shanghai Ballet School dan beliau diundang untuk menyertai program latihan mereka. Sepanjang bertahun-tahun bergelar pelajar, beliau memenangi pingat emas dalam beberapa pertandingan balet antarabangsa. Kini, Tan ialah penari balet utama termuda dan penari Cina pertama yang berjaya mencapai taraf tersebut dalam sejarah San Francisco Ballet, salah sebuah daripada tiga syarikat balet yang terkemuka di Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan penari Asia pertama yang menyertai World Star Show di Prague. Tan dilahirkan dan dibesarkan di China, negara Timur, namun beliau mengagumkan dunia dengan penguasaan beliau dalam tarian Barat yang lemah gemalai.

Pada tahun 2004, Tan ditampilkan pada muka depan Time sebagai salah seorang "Hero of Asia" manakala pada tahun 2017, beliau diiktiraf dengan anugerah "You Bring Charm to the World" ("Anda Bawakan Daya Penarik kepada Dunia") daripada HKSTV. Pada 9 April 2018, Tan memenangi Anugerah San Francisco Mayor Art dan pada hari yang sama turut diisytiharkan sebagai "Hari Yuan Yuan Tan" untuk penduduk San Francisco.

Tan menyertai San Francisco Ballet ketika beliau berusia 18 tahun. Sebelum itu, syarikat tersebut belum pernah mempunyai penari utama Asia. Peluang yang tidak dijangkakan muncul apabila Tan diminta untuk menguasai "Stravinsky Violin Concerto" Balanchine dan beliau hanya mempunyai satu malam untuk bersedia. Dengan penguasaan asas-asas yang kukuh dan keazaman beliau, beliau berjaya mempersembahkannya pada hari berikutnya. Sepanjang setahun setengah selanjutnya, beliau mengambil peranan dalam banyak persembahan penting termasuk "Sleeping Beauty" dan "Swan Lake" serta menjadi penari utama hanya selepas dua tahun.

Tan menganggap dirinya sebagai darwis yang berputar-putar, mengimbangi pergelutan abadi antara keindahan yang ingin beliau tonjolkan dan keperitan yang perlu ditanggung. Beliau telah mengabadikan hidup beliau kepada tarian balet. Persembahan Tan semasa episod The Reader beliau menerima puji-pujian di China. Peminat-peminat dalam talian di seluruh negara amat menyokong beliau, memuji beliau sebagai "kebanggaan China yang tiada galang ganti di persada global". Kami berharap Tan akan meneruskan perjalanan beliau mengelilingi dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180723/2193123-1

Source: The Reader
Keywords: Art Entertainment Television Asian-related news