omniture

IndiGrid Perlihat Satu Lagi Suku Tahun yang Kukuh

IndiGrid
2018-07-26 15:58 2321

MUMBAI, India, 26 Julai 2018/PRNewswire/ --

Sorotan Utama

  • EBITDA Suku Pertama sebanyak INR 1,458 juta, meningkat 10% berbanding tahun sebelumnya susulan pemerolehan
  • Pengedaran Seunit (DPU) Suku Pertama sebanyak INR 3.00 selari dengan panduan DPU tahun fiskal 2019
  • Kelulusan kawal selia diterima untuk pemerolehan aset pihak ketiga pertama

IndiGrid, InvIT dalam sektor kuasa pertama di India, mengumumkan keputusannya bagi suku tahun berakhir pada 30 Jun 2018. Pendapatan disatukan mencecah INR 1,600 juta. EBITDA disatukan untuk suku tahun ialah INR 1,458 juta menghasilkan aliran Tunai Bersih Boleh Diagihkan (NDCF) sebanyak INR 851 juta.

Lembaga Sterlite Investment Managers Limited bertindak sebagai Pengurus Pelaburan IndiGrid meluluskan DPU sebanyak INR 3.00 untuk suku tahun pertama tahun fiskal 2019 dibayar sebagai faedah kepada pemegang unit. IndiGrid dilihat bersedia mencapai panduan DPU yang dinyatakan iaitu INR 12.00 bagi tahun fiskal 2019.

IndiGrid telahpun menerima kelulusan kawal selia yang diperlukan untuk menyelesaikan pemerolehan Patran Transmission Company Limited daripada Techno Electric. Pemerolehan ini dijangka akan dilaksanakan pada suku tahun ini.

Mengulas mengenai keputusan dan perkembangan suku tahun, En. Pratik Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif, IndiGrid, berkata, "IndiGrid memperlihatkan satu lagi prestasi suku tahun yang mantap dan dilihat bersedia memenuhi panduan pengagihan tahun fiskal 2019. Tidak lama lagi ia akan menyelesaikan pemerolehan pihak ketiga pertama dan mengusahakan peluang-peluang pertumbuhan lain yang menarik bagi meningkatkan pulangan pemegang unit."

Latar Belakang IndiGrid: 

IndiGrid (BSE: 540565) (NSE: INDIGRID) ialah Amanah Pelaburan Infrastruktur ("InvIT") pertama dalam sektor kuasa India. IndiGrid memiliki 5 projek kendalian yang terdiri daripada 15 elemen penjanaan pendapatan bebas yang melibatkan talian transmisi 3,360 ckms dan 2 substesen.

Untuk butiran lanjut, sila layari http://www.indigrid.co.in

Perhubungan media:
Balaji Krishnaswami
Telefon: +91-9971757474
Emel: balaji.krishnaswami@sterlite.com

Sumber: IndiGrid

Source: IndiGrid
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Earnings