omniture

Mundipharma Bertindak Balas Pantas terhadap Wabak HFMD di Pulau Pinang

Mundipharma
2018-07-26 16:40 714

GEORGE TOWN, Malaysia, 26 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Sebagai tindak balas kepada wabak HFMD yang semakin meningkat di Pulau Pinang, pertubuhan rawatan kesihatan antarabangsa, Mundipharma, bergerak pantas untuk menyediakan akses kepada ubat penting yang terbukti secara klinikal dapat membunuh virus yang menyebabkan penularan HFMD serta mendidik orang ramai mengenai langkah-langkah pencegahan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin, berkata, "Kini kami telah melepasi paras bahaya."

Sebagai sokongan kepada usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurus wabak HFMD, Mundipharma telahpun menyumbang sebanyak lebih 1,000 botol Pencuci Kulit BETADINE® untuk kanak-kanak yang terkena wabak berkenaan di kawasan tersebut minggu lalu, di bawah program CSR MundiCares dan banyak lagi yang bakal menyusul. Di samping itu, Mundipharma menjamin bahawa farmasi-farmasi seluruh Pulau Pinang mempunyai bekalan produk yang mencukupi.

Menurut Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, sebanyak 2,170 kes direkodkan di negeri ini setakat 18 Julai, yang menunjukkan peningkatan lebih 50% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ditunjukkan oleh kaedah pengujian Eropah, EN 14476, yang menilai sekiranya antiseptik memenuhi keperluan minimum aktiviti mikrobisida, Pencuci Kulit BETADINE® terbukti dapat membunuh virus-virus Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dengan masa mula tindakan yang lebih pantas (Sawhney 2016). Titer virus bagi kedua-dua virus HFMD, Enterovirus 71 dan Coxsackievirus A16 dikurangkan masing-masing dalam tempoh 30 dan 60 saat oleh Pencuci Kulit BETADINE®.

HFMD disebarkan daripada seorang individu kepada individu yang lain melalui sentuhan langsung, maka teknik mencuci tangan juga adalah langkah pencegahan yang penting. Mundipharma bekerjasama dengan guru-guru prasekolah bagi mendidik mereka dan kanak-kanak di Pulau Pinang tentang teknik mencuci tangan yang betul. Ia turut menyiarkan dan mempromosikan video pendidikan mengenai topik ini melalui saluran YouTube BETADINE® di Malaysia.

Pengurus Besar Mundipharma Asia Tenggara, Suresh Pragasam berkata: "Perkongsian awam-swasta adalah amat penting dalam rawatan kesihatan, dengan itu kami berasa gembira dapat berkolaborasi dengan Kementerian Kesihatan untuk membantu mengurangkan wabak HFMD ini. Tindak balas pantas semasa situasi ini adalah amat penting, dengan itu saya berasa bangga kerana berupaya membawa kumpulan pertama ubatan yang disumbangkan kepada tadika-tadika yang terjejas dengan pantas dan menggiatkan usaha-usaha pendidikan kami. Kami akan terus memantau situasi di Pulau Pinang dan seluruh negara dengan teliti serta mengambil tindakan seperti mana yang diperlukan."

Orang ramai digalakkan untuk menyemak bahawa produk rawatan HFMD berdaftar dengan pihak berkuasa untuk sokongan klinikal yang betul sebelum membeli (cth. Pencuci Kulit BETADINE®).

Latar Belakang BETADINE®

Rangkaian produk BETADINE® dipercayai oleh hospital-hospital di seluruh dunia selama lebih 60 tahun untuk mencegah dan merawat jangkitan. Ia merupakan jenama dipercayai dalam kalangan pengguna di rumah untuk merawat luka kecil dan melecet, sakit tekak, jangkitan wanita. Ini dapat menghentikan masalah-masalah kecil daripada meningkat menjadi isu besar. Kajian in-vitro menunjukkan bahawa ubat-ubatan BETADINE® yang mengandungi Povidone-Iodine dapat membunuh pelbagai jenis bakteria, virus dan kulat yang menyebabkan jangkitan, termasuk strain rintang antibiotik. BETADINE® mempunyai empat kategori produk utama dalam Antiseptik, Penjagaan Luka, Penjagaan Tekak / Mulut dan Penjagaan Wanita.

®: BETADINE ialah Tanda Dagangan Berdaftar

Latar Belakang Mundipharma 

Syarikat-syarikat bersekutu bebas Mundipharma ialah entiti-entiti milik persendirian yang mencakupi pasaran-pasaran farmaseutikal dunia. Mundipharma ialah contoh utama syarikat yang sentiasa menyediakan produk-produk berkualiti tinggi di samping berpegang pada nilai-nilai yang menonjolkan syarikat berkenaan. Misi kami adalah untuk meringankan penderitaan pesakit yang mengalami kesakitan berkaitan kanser dan bukan kanser dan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dengan ketara. Mundipharma berdedikasi untuk menyediakan pesakit yang mengalami penyakit yang teruk dan melemahkan dengan manfaat pilihan rawatan baharu dalam bidang-bidang seperti kesakitan, onkologi, penjagaan sokongan onkologi, oftalmologi, penyakit pernafasan dan rawatan kesihatan pengguna.

Untuk maklumat lanjut sila layari: www.mundipharma.com.my

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150302/8521501264LOGO

 

Source: Mundipharma
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Children-related news Corporate Social Responsibility