omniture

Unsur tempatan Wuxi menyerlah di Kejohanan Lawan Pedang Dunia 2018

Fencing Championships Organizing Committee
2018-07-26 17:15 2515

WUXI, China, 26 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Majlis perasmian Kejohanan Lawan Pedang Dunia 2018 telahpun diadakan di Wuxi, wilayah Jiangsu Timur China pada 22 Julai lalu.

Unsur tempatan Wuxi menyerlah di Kejohanan Lawan Pedang Dunia 2018
Unsur tempatan Wuxi menyerlah di Kejohanan Lawan Pedang Dunia 2018

Membawakan kombinasi unsur-unsur muzik ketimuran yang amat dikenali dan sukan, kejohanan ini menonjolkan keindahan dan kepuitisan sukan.

Tarian-tarian dipersembahkan oleh Wuxi Song and Dance Troupe. Satu representasi teater, Tai Hu Mei (Keindahan Tasik Taihu), dipentaskan berserta muzik dengan skrin LED menayangkan pemandangan Wuxi.

Dikenali sebagai ibu kota erhu China, Wuxi menonjolkan daya penariknya menerusi lagu erhu yang paling popular Erquan Yingyue (Bulan Dipantulkan pada Mata Air Er-quan). Ditulis oleh ahli muzik rakyat buta Wuxi, Hua Yanjun, ia dipersembahkan oleh pemain erhu terkenal, Deng Jiandong dan para pelajar dari Sekolah Rendah Donglin dan Sekolah Rendah Lianyuanjie.

Kejohanan ini, yang berlangsung sehingga 27 Julai, akan menyaksikan kira-kira 1,370 pemain pedang terkemuka dunia dari 108 negara dan wilayah bersaing dalam 12 acara individu dan berpasukan menggunakan pedang epee, foil dan sabre.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180725/2195606-1

Source: Fencing Championships Organizing Committee
Keywords: Sporting Events Sports