omniture

42Gears Diberi Kedudukan Berwawasan dalam Magic Quadrant Gartner untuk Instrumen UEM 2018

42Gears Mobility Systems
2018-07-27 14:46 2229

BANGALORE, India, 27 Julai 2018 /PRNewswire/ -- 42Gears Mobility Systems, penyedia penyelesaian UEM bertaraf global, mengumumkan ia telah diberi kedudukan sebagai Berwawasan dalam 'Laporan Magic Quadrant untuk Instrumen UEM' pertama seumpamanya oleh Gartner. Kedudukan ini adalah berdasarkan kesempurnaan visi dan kebolehan pelaksanaan yang ada pada 42Gears.

Gartner menyifatkan UEM sebagai kategori instrumen baharu yang dapat bertindak sebagai antara muka pengurusan tunggal untuk peranti mudah alih, komputer peribadi dan peranti lain. Gartner mengesyorkan pemimpin-pemimpin I&O agar menjangkakan dan merancang untuk menggantikan pengurusan mobiliti perusahaan serta instrumen pengurusan pelanggan dengan UEM bagi menyokong OS moden.

42Gears menyokong penggunaan peranti berskala besar di seluruh dunia. Ia terlibat dalam pelaksanaan senarai tindakan yang rumit dengan pelbagai OS dan faktor bentuk. 42Gears sentiasa menumpu pada inovasi dan penyepaduan teknologi yang penting untuk mengurus tempat kerja digital. UEM 42Gears ialah platform yang komprehensif/holistik dan bertumpu pengguna untuk mengurus titik akhir, termasuk peranti mudah alih, komputer meja dan Internet Komunikasi Benda (IoT).

Onkar Singh, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, 42Gears, berkata, "Kami membayangkan platform kami dapat memenuhi semua keperluan tempat kerja digital pada satu instrumen pengurusan bersepadu. Pasukan kami bekerja keras untuk membangunkan teknologi, lalu membolehkan pelanggan kami mengalami penglibatan kakitangan yang lebih baik dan meningkatkan produktiviti. Onkar menambah, "42Gears menumpu untuk memanfaatkan pencapaian cemerlang mobiliti perusahaan termaju dan menggabungkannya di bawah satu platform. Pengiktirafan dalam Gartner Magic Quadrant adalah pengesahan visi kami."

Untuk membaca laporan terperinci, klik di sini.

Kajian; Gartner, Magic Quadrant for Unified Endpoint Management Tools, Chris Silva et al, 23 Julai 2018

Penafian 

Gartner tidak mengendorskan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak memberi nasihat kepada pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, dinyatakan atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang 42Gears 

42Gears ialah penyedia Pengurusan Titik Akhir Seragam yang terkemuka, menawarkan penyelesaian SaaS dan Dalam-premis untuk menjamin, memantau dan mengurus pelbagai titik akhir yang luas berasaskan platform Android, iOS, Windows, wearOS, macOS dan Linux. Produk-produk 42Gears dipercayai oleh ribuan pelanggan di seluruh dunia dalam vertikal-vertikal seperti rawatan kesihatan, pengangkutan, logistik, pembuatan, pendidikan dan peruncitan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.42gears.com.

Untuk maklumat lanjut hubungi: manisha.singh@42gears.com

Source: 42Gears Mobility Systems
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications