omniture

thyssenkrupp Umum Menara Tinggi Ujian Lif Baharu di Atlanta

thyssenkrupp elevator AG
2018-07-27 16:21 1485

ESSEN, Jerman dan ATLANTA, 27 Julai 2018/PRNewswire/ --

thyssenkrupp Elevator, salah sebuah syarikat lif yang terbesar di dunia dan peneraju pasaran di Amerika Utara, bakal membina ibu pejabat baharu yang bertaraf dunia berhampiran The Battery Atlanta di Cobb County, Georgia.

generated by system

generated by system

thyssenkrupp Elevator Americas Complex akan menempatkan lebih 900 kakitangan sepenuh masa dan setelah siap, akan menyediakan tiga kemudahan yang diterajui oleh menara ujian lif canggih setinggi 128 meter, yang tertinggi seumpamanya di A.S. dan salah satu yang tertinggi di dunia. Ia akan terletak berhampiran stadium bola sepak Atlanta Braves.

Mempunyai 18 aci, menara ujian tersebut akan digunakan untuk menguji konsep baharu dan menjalankan ujian rintis produk yang akan mengubah industri lif.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif thyssenkrupp Elevator, Andreas Schierenbeck: "Menara ujian baharu kami di Atlanta akan menjadi bukti kepada komitmen thyssenkrupp untuk melabur dalam jaringan pusat inovasi globalnya, yang semuanya telah menjalin hubungan yang semakin mendalam bersama mahasiswa dan universiti berhampiran," kata beliau. "Dalam jaringan menara ujin berkelajuan tinggi hebat kami di Jerman dan China, kemudahan baharu di Atlanta akan menjadi makmal ketiga untuk teknologi-teknologi futuristik seperti lif tanpa tali pertama dunia, MULTI serta lif dua kabin setiap aci, berkapasiti tinggi dan terbukti, TWIN."

Penyiapan dijangka pada awal tahun 2022.

Latar belakang kami:
Dengan jualan mencecah €7.7 bilion pada tahun fiskal 2016/2017 dan mempunyai pelanggan di 150 negara, thyssenkrupp Elevator mengukuhkan kedudukannya sebagai salah sebuah syarikat lif yang terkemuka di dunia dari peringkat bawah hanya dalam tempoh 40 tahun dengan mengguna pakai keupayaan kejuruteraan unik thyssenkrupp. Menggaji lebih 50,000 kakitangan berkemahiran tinggi, syarikat menawarkan produk dan perkhidmatan inovatif yang direka untuk memenuhi keperluan pelanggan. Portfolionya melibatkan lif, eskalator dan ruang pejalan kaki bergerak, jambatan pelepasan penumpang, lif tangga serta penyelesaian perkhidmatan yang disesuaikan.

Imej Akhbar:
https://transfer.thyssenkrupp.info/public/t68492o_9d626848332bdbd9072bae

Jasmin Fischer
Ketua Perhubungan Media
jasmin.fischer@thyssenkrupp.com
http://www.thyssenkrupp-elevator.com

Source: thyssenkrupp elevator AG
Keywords: Construction/Building Internet Technology