omniture

Microland dan Clifford Chance Raikan Lapan Tahun Perkongsian

Microland
2018-07-27 18:59 2180

LONDON, 27 Julai 2018 /PRNewswire/ --

Menyokong Strategi 'Penyerahan Terbaik' yang mencipta nilai terhebat untuk pelanggan 

Microland, pemecut digital untuk perusahaan global, hari ini mengumumkan ia berjaya melengkapkan 8 tahun penglibatan dengan Clifford Chance LLP, ahli 'Magic Circle' dan antara firma undang-undang yang paling berprestij di dunia. Penglibatan ini berkembang dengan ketara dari segi saiz, skop dan kerelevenan terhadap perniagaan dengan lebih 6000 kakitangan berkhidmat secara meluas di 23 negara. Skop penglibatan ini mencakupi program-program Operasi dan Transformasi berkisarkan IT termasuk Pusat Data, Awan, Meja Perkhidmatan, Perkhidmatan & Jaringan Pengguna Akhir.

generated by system

"Kami, di Microland sangat menghargai hubungan kami dengan Clifford Chance dan berbesar hati menjadi rakan kongsi IT mereka yang dipercayai dan berjangka panjang. Kepimpinan mereka dalam industri perundangan, kepakaran tinggi dalam hal ehwal perundangan, capaian global dan dorongan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka selari dengan dedikasi kami untuk menyediakan pengalaman pengguna yang terbaik dalam kelasnya. Menuju ke hadapan, Pemecut Digital Generasi Seterusnya seperti Platform Pengurusan Berbilang Awan, Pengautomatan dan Analitik terbenam, instrumen dan rangka kerja AI dan Pembelajaran Mesin digabungkan dengan penyerahan berterusan Operasi IT yang terbaik dalam kelasnya akan dimanfaatkan demi mencapai pengalaman pelanggan yang luar biasa dan bakal meningkatkan produktiviti peguam," kata Pradeep Kar, Pengasas, Pengerusi dan Pengarah Urusan, Microland.

"Microland menjadi rakan kongsi bernilai untuk kami selama bertahun-tahun. Kepakaran IT dan keupayaan teknologi mereka adalah amat penting dalam Strategi IT kami yang hasilnya memberi nilai yang lebih hebat kepada pelanggan kami. Dengan meningkatnya perubahan teknologi dan pertimbangan keselamatan siber dalam industri perundangan, Clifford Chance mendepani dengan strategi Digital pada tunjang operasi IT kami. Saya yakin Microland akan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan perjalanan ini," kata Paul Greenwood, Ketua Pegawai Maklumat di Clifford Chance, dalam kunjungan beliau ke pejabat Korporat Microland di Bengaluru.

Latar Belakang Microland: 

Microland mempercepatkan usaha perjalanan Transformasi Digital untuk perusahaan global dengan mendayakan mereka dalam menyediakan hasil perniagaan bernilai tinggi kepada pelanggan mereka. Beribu pejabat di Bangalore, India, Microland mempunyai lebih 3,800 ahli profesional merentasi pejabat-pejabatnya di Australia, Eropah, India, Timur Tengah dan Amerika Utara. Microland membolehkan perusahaan global menjadi lebih tangkas dan inovatif menerusi penyepaduan antara teknologi baru muncul dan aplikasi kecerdasan pengautomatan, analitik dan prediktif dalam proses perniagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut: https://www.microland.com

Perhubungan Media:
Arun Kiran
arunrk@microland.com

Source: Microland
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements