omniture

Pioneer bawakan kebebasan tanpa wayar dan mengubah pengalaman dalam kereta dengan AVH-Z9150BT terunggul

Pencerminan tanpa wayar untuk telefon Android terpilih berserta pelbagai pilihan ketersambungan turut disediakan
Pioneer Electronics AsiaCentre Pte. Ltd.
2018-07-30 16:00 1569

BANGKOK, SINGAPURA dan TEL AVIV, Israel, 30 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics AsiaCentre, peneraju bagi audio kereta selepas jualan, hari ini mengumumkan pelancaran penerima multimedia AVH-Z9150BT baharu, menampilkan ketersambungan tanpa wayar Wi-Fi terbina dalam direka khusus untuk menyokong sambungan tanpa kabel antara telefon pintar pemandu atau penumpang dan penerima. AVH-Z9150BT Pioneer membawakan pengalaman maklumat hibur kereta ke tahap seterusnya dengan menjadi penerima pertama dalam rangkaian produk Pioneer yang menyokong Apple CarPlay™ melalui USB berwayar dan tanpa wayar, serta pencerminan tanpa wayar Wi-Fi Certified Miracast untuk telefon Android terpilih.

AVH-Z9150BT
AVH-Z9150BT

"Setiap tahun, pengeluar-pengeluar melancarkan lebih banyak produk elektronik dengan pelbagai pilihan ketersambungan yang berbeza. Hasilnya, pemandu di mana-mana jua akan mengharapkan agar sistem maklumat hibur kereta mereka dapat menyaingi trend dan ciri-ciri terkini," kata En. Takao Chiba, Timbalan Pengurus Besar Bahagian Perancangan Perniagaan dan Pemasaran, Pioneer Electronics Asia Centre. "Hari ini, pengguna semakin terbiasa dengan kebebasan tanpa gangguan yang dibawakan oleh Bluetooth dan Wi-Fi kepada fungsi ketersambungan. Oleh yang demikian, kami telah mereka produk utama baharu kami untuk mengubah pengalaman dalam kereta bagi menawarkan ketersambungan tanpa wayar yang tiada tandingan dan lancar, berserta kesemua ciri kegemaran yang dihargai oleh pengguna Pioneer."

APPLE CARPLAY

AVH-Z9150BT menyediakan fungsi keserasian dengan Apple CarPlay dan menyokong sambungan kepada iPhone yang serasi menggunakan sambungan tanpa wayar atau sambungan USB berwayar. Apple CarPlay ialah cara penggunaan iPhone di dalam kereta yang lebih pintar, lebih selamat dan lebih menyeronokkan.

PENCERMINAN DENGAN PERANTI ANDROID TERPILIH

Selain menyokong Apple CarPlay, keupayaan Wi-Fi terbina dalam AVH-Z9150BT juga membolehkan pemandu menggunakan telefon Android terpilih bagi menikmati faedah-faedah teknologi tanpa wayar yang berselerakan. Dengan sokongan Wi-Fi Certified Miracast, pemandu boleh mencerminkan skrin telefon Android mereka secara tanpa wayar pada paparan skrin sentuh penerima. Ini membolehkan mereka menggunakan hampir kesemua aplikasi telefon mereka, seperti navigasi, pesanan teks dan aplikasi muzik, terus pada skrin lebih besar AVH-Z9150BT tanpa gangguan kabel dan penyambung.

LEBIH BANYAK PILIHAN KETERSAMBUNGAN DAN PENAIKTARAFAN PERKAKASAN PREMIUM

Tahun ini, Pioneer menambah lebih banyak penambahbaikan perkakasan dan ketersambungan berwayar kepada AVH-Z9150BT bagi melengkapi ciri-ciri tanpa wayar baharunya. Sebagai permulaan, ia menampilkan skrin sentuh kapasitif 7 inci yang besar, sama dari segi penampilan dan rupanya dengan skrin premium yang terdapat pada telefon pintar dan tablet unggul. Berbanding skrin rintangan versi terdahulu, skrin sentuh kapasitif AVH-Z9150BT kelihatan lebih cerah dan lebih jelas, dengan sentuhan lebih peka, menyokong sentuhan berbilang dan lebih mudah beroperasi dengan Antara Muka Pengguna Grafik baharu.

Pemandu berkeluarga juga akan berasa gembira apabila mengetahui bahawa AVH-Z9150BT menawarkan fungsi dwizon, satu ciri mudah yang membolehkan pemandu memainkan audio daripada dua sumber secara serentak. Tatkala ibu bapa yang memandu menyelaraskan arah pemanduan atau audio siar, anak-anak di tempat duduk belakang boleh memainkan lagu yang mereka sukai dalam masa yang sama, tanpa sebarang gangguan.

MAKLUMAT HIBUR BERORIENTASI MASA DEPAN SAMBIL MENGEKALKAN YANG TERBAIK ANTARA YANG TERBAIK

AVH-Z9150BT
AVH-Z9150BT

Meskipun AVH-Z9150BT direka dengan teknologi tanpa wayar yang paling canggih, syarikat ini menekankan untuk menyokong bentuk-bentuk simpanan popular sambil mengekalkan ciri-ciri paling digemari pada penerima generasi terdahulu. Oleh yang demikian, AVH-Z9150BT mempunyai slot kad SD baharu yang menyokong kapasiti kad sehingga 32GB dan mempunyai port HDMI selain dua port USB dengan ciri pengecasan pantas masing-masing untuk peranti Android dan iOS. Selain itu, AVH-Z9150BT mengekalkan port untuk kabel AUX, RGB persisian dan mikrofon, berserta sokongan untuk kamera sandaran dan aksesori lain.

Pemandu juga akan berasa gembira apabila mengetahui bahawa AVH-Z9150BT dicipta dengan komponen-komponen premium yang ditala secara profesional dan bergred audiophile, serta alatan kalibrasi audio dan penambahbaikan perisian digunakan dalam semua penerima unggulannya. Platform maklumat hibur proprietari Pioneer yang amat disukai, AppRadio Mode+, turut dipasang pada AVH-Z9150BT -- memberikan pengguna iOS dan Android dengan kebolehan untuk mengawal kepelbagaian aplikasi dalam kenderaan terus daripada paparan skrin sentuh penerima. Sila rujuk www.appradiomode.com untuk maklumat lanjut.

Dengan sokongan Apple CarPlay dalam mod berwayar dan tanpa wayar, pencerminan tanpa wayar untuk peranti Android terpilih dan pelbagai pilihan ketersambungan berwayar lama dan baharu, pemandu dapat meyakini bahawa Pioneer AVH-Z9150BT akan memenuhi semua keperluan maklumat hibur mereka dengan mudah dan lancar.

Pioneer AVH-Z9150BT kini boleh didapati daripada pengedar-pengedar sah Pioneer. Memandangkan ketersediaan produk sebenar berbeza mengikut negara, sila hubungi pejabat Pioneer tempatan anda bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Imej-imej beresolusi tinggi boleh dimuat turun di sini: https://www.dropbox.com/sh/qcs30vpgi5zkgi4/AADrjwaoq7mwfr4CRAAi5w5Za?dl=0

Untuk maklumat terkini tentang produk-produk ini, sila layari halaman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

Nota-nota tambahan:

1.Jangan gunakan sistem Pioneer anda jika penggunaannya akan mengalih perhatian anda dengan apa jua cara daripada mengendalikan kenderaan secara selamat. Sentiasa patuhi peraturan pemanduan selamat. Di sesetengah negara, penggunaan sesetengah peranti sewaktu pemanduan mungkin menyalahi undang-undang. Sekiranya peraturan sedemikian diguna pakai, ia mestilah dipatuhi.

2.Penerima Multimedia Pioneer serasi dengan telefon pintar Android dan iPhone tertentu sahaja  

3.Apple CarPlay disediakan melalui Apple iPhone 5 atau tidak lama lagi melalui iOS 7.1 atau lebih tinggi dan memerlukan kabel Lightning kepada USB. Untuk ketersediaan di negara anda, sila layari http://www.apple.com/ios/carplay.

4.Keserasian dengan AppRadio Mode +, AppRadioLIVE dan aplikasi pihak ketiga berbeza mengikut model iPhone/ Android dan versi perisian mereka.

5.Wi-Fi Certified Miracast memerlukan peranti yang serasi. Maklumat lanjut disediakan di www.wi-fi.org/discover-wi-fi/miracast.

6.Main balik video melalui Miracast didayakan hanya apabila kenderaan dihentikan dan brek parkir dihubungkan.

7.Fungsi Bluetooth® memerlukan telefon mudah alih didayakan Bluetooth yang serasi.

8.Ciri-ciri Bluetooth mungkin tidak disokong oleh semua peranti didayakan Bluetooth yang serasi, dan/atau fungsi ciri-ciri sedemikian mungkin terhad dalam peranti tertentu atau syarikat telekomunikasi tanpa wayar tertentu.

9.AppRadio LIVE memerlukan penerima multimedia yang serasi dengan Pioneer AppRadio Mode. Model-model tertentu adalah berbeza mengikut kawasan.

10.  Pioneer tidak menjamin keserasian dengan semua peranti storan besar USB dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pada pemain media, telefon pintar atau peranti lain semasa menggunakan penerima tersebut.

11.  Sokongan Codec FLAC adalah untuk fail-fail yang disimpan dalam pemacu ibu jari USB.

12.  Main balik HD penuh, untuk peranti USB, tidak disokong oleh sesetengah codec yang serasi.

13.  Apple CarPlay melalui sambungan berwayar boleh diakses melalui kabel iPhone pengguna atau kabel CD-IU52 pilihan daripada Pioneer. Peranti USB Type-C mungkin memerlukan penyesuai atau kabel tambahan yang diperakui oleh Google.

14.  Maklumat untuk menghubungkan telefon pintar Android dengan USB Type-C™ kepada penerima Pioneer – Untuk penerima audio dan multimedia yang mempunyai ciri-ciri main balik media Android dan kawalan melalui AOA dan/atau MTP disyorkan agar penerima audio dan multimedia untuk disambungkan terus kepada telefon hanya menggunakan CD-CU50, atau kabel USB Type-A kepada USB Type-C™ yang diperakui (sebaik-baiknya ukuran panjang kurang daripada 1 m). Penerima AV yang mempunyai Android Auto™, disyorkan agar penerima AV disambungkan terus kepada telefon menggunakan kabel sambungan USB Type-A yang dibekalkan oleh Pioneer dan CD-CU50, atau hanya CD-CU50, atau kabel USB Type-A kepada USB Type-C™ yang diperakui (sebaik-baiknya ukuran panjang kurang daripada 1 m). Dalam sesetengah keadaan, sambungan antara penerima Pioneer dan telefon menggunakan kabel USB Type-C™ konvensional mungkin tidak berfungsi.

15.  Android dan Android Auto ialah tanda dagangan Google Inc.

16.  Android Auto tersedia dalam telefon Android yang beroperasi menggunakan Android 5.0 (Lollipop) atau lebih tinggi dengan pelan data. Ketersediaan Android Auto mungkin berbeza bergantung pada negara anda dan model telefon. Sila layari http://www.android.com/auto untuk maklumat lanjut.

17.  AppRadioLIVE, AppRadio, PIONEER DAN MIXTRAX ialah tanda dagangan berdaftar Pioneer Corporation.

18.  Apple, iPod, iPhone, Siri, CarPlay dan logo CarPlay ialah tanda dagangan Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.

19.  Logo Wi-Fi CERTIFIED, Wi-Fi CERTIFIED Miracast dan Miracast ialah tanda dagangan berdaftar Wi-Fi Alliance.

20.  BLUETOOTH ialah tanda dagangan berdaftar Bluetooth SIG, Inc.

21.  SPOTIFY dan logo Spotify adalah antara tanda dagangan berdaftar Spotify AB. Peranti digital mudah alih yang serasi dan langganan premium diperlukan, bagi mengetahui lokasi yang menyediakannya, layari http://www.spotify.com.

22.  Semua jenama lain, nama produk atau logo mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing.

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer ialah dalam audio visual kereta. Pioneer menyasarkan untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas jualan yang utama untuk jenama-jenama kereta terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hibur yang komprehensif di dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan yang bersifat inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pioneer.com.sg.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180717/2188977-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180717/2188977-1-b
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180717/2188977-1LOGO

Source: Pioneer Electronics AsiaCentre Pte. Ltd.
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services