omniture

Laporan Tajaan Yardi Perincikan Pelaburan Teknologi Hartanah Asia

Yardi
2018-07-31 17:52 735

HONG KONG, 31 Julai 2018 /PRNewswire/ --

Tinjauan dedahkan peningkatan ketersediaan dan keinginan terhadap alatan dalam talian di rantau berkenaan 

Pada lewat tahun 2017, Yardi menaja satu tinjauan dan laporan disiapkan oleh sumber risikan perniagaan hartanah Cina Mingtiandi tentang keadaan industri hartanah Asia, yang berkembang $867 bilion di China, Hong Kong dan Singapura pada tahun 2016 serta menyumbang kira-kira sebanyak 20% daripada produk domestik kasar China. Kebanyakan responden tinjauan bekerja di China, Hong Kong dan juga Singapura.

Dapatan utama daripada tinjauan:

  • Lebih 55% responden melihat Asia mengikuti Barat dari belakang dari segi penerimaan teknologi dalam industri hartanah; kurang 12% melihat Asia sebagai peneraju
  • Hampir 77% menganggap hartanah mengikuti industri-industri lain dari segi penerimaan teknologi; kurang 6% menganggap syarikat-syarikat hartanah sebagai peneraju
  • Lebih 83% menganggap akses kepada maklumat adalah satu keperluan kompetitif
  • Lebih 42% mengurus pengurusan pajakan, jualan dan hartanah pada lembaran hamparan
  • 43% mengenal pasti keengganan dalaman untuk berubah sebagai penghalang tunggal terbesar untuk menerima pakai alatan dalam talian demi menambah baik aliran kerja dan menyelaraskan operasi

Syarikat-syarikat dan penyedia-penyedia teknologi bergerak pantas untuk menyelaraskan teknologi hartanah Asia dengan seluruh pelosok dunia. Syarikat-syarikat teknologi pengurusan hartanah di rantau Asia Pasifik telah menerima $7.8 bilion untuk pelaburan sejak tahun 2013, menyumbang sebanyak 60% bagi pelaburan teknologi pengurusan hartanah global pada ketika itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai trend penggunaan teknologi hartanah Asia, muat turun laporan Mingtiandi.

Latar Belakang Yardi 

Yardi® membangunkan dan menyokong perisian pengurusan pelaburan dan hartanah yang utama dalam industri untuk semua jenis dan saiz syarikat hartanah. Ditubuhkan pada tahun 1984, Yardi berpangkalan di Santa Barbara, California dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia daripada pejabat-pejabat di Asia, Australia, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Utara. Untuk maklumat lanjut, layari yardi.com/asia.

Sumber: Yardi

Source: Yardi
Keywords: Internet Technology Real Estate Survey, Polls & Research