omniture

Shisen Hanten by Chen Kentaro sambut tahun ketiga sebagai restoran Cina berbintang Michelin tertinggi di Singapura

Mandarin Orchard Singapore
2018-07-31 18:02 1543

SINGAPURA, 31 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Shisen Hanten by Chen Kentaro di Mandarin Orchard Singapore dianugerahkan dengan dua bintang menerusi The MICHELIN Guide Singapore 2018, menjadikannya tahun ketiga berturut-turut sebagai restoran Cina berbintang Michelin tertinggi di Singapura.

Cef Eksekutif Shisen Hanten, Chen Kentaro
Cef Eksekutif Shisen Hanten, Chen Kentaro

 

"Kami amat bersyukur kerana sekali lagi menerima penghormatan ini," kata Cef Eksekutif Kentaro. "Tatkala kami mengekalkan kedudukan kami antara restoran-restoran terbaik dunia yang membawa lambang Michelin, kami berasa lebih terdorong untuk menggiatkan usaha kami dan kekal relevan dalam arena makanan yang luar biasa menariknya di Singapura."

"Kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa pasukan-pasukan hebat di Shisen Hanten by Chen Kentaro dan Mandarin Orchard Singapore serta pelanggan-pelanggan setia kami yang terus menerima Shisen Hanten dengan sokongan mereka."

Bermula sejak seabad yang lalu, The MICHELIN Guide memilih restoran-restoran dan hotel-hotel terbaik di 28 negara yang kini dalam liputannya. Menyediakan pameran makanan gourmet di seluruh dunia, ia menonjolkan kedinamikan kulinari sesebuah negara, selain trend baharu dan cef-cef muda yang baru muncul. Mencipta nilai untuk restoran-restoran melalui penghormatan yang diberikan olehnya setiap tahun, The MICHELIN Guide menyumbang kepada prestij gastronomi tempatan, seraya menjadikan bandar-bandar dan negara-negara lebih menarik kepada pelancong.

Meskipun formula yang tepat untuk memperoleh penghormatan bintang Michelin yang dihormati kekal menjadi rahsia yang tersimpan rapi, umum mengetahui bahawa pemeriksa-pemeriksa dari pelbagai negara menentukan penilaian tanpa nama mereka berdasarkan kualiti bahan-bahan yang digunakan, penguasaan rasa dan teknik memasak, personaliti cef terhadap masakan, nilai untuk wang dan kekonsistenan antara kunjungan.

Penarafan dua bintang disifatkan sebagai "sebuah restoran yang wajar diterokai, memberikan gambaran masakan yang lazat dan hidangan berkualiti yang luar biasa yang disajikan dengan mahir dan teliti."

Shisen Hanten by Chen Kentaro meraikan citarasa hidangan makanan Szechwan tradisional. Diperkenalkan julung kalinya di Singapura pada tahun 2014, restoran ini merupakan hasil legasi kulinari yang dibanggakan, bermula dengan penubuhan restoran Szechwan pertama Jepun pada tahun 1958 oleh Chen Kenmin yang dianggap sebagai "Bapa masakan Szechwan di Jepun".

Cef Eksekutif Chen Kentaro, cucu lelaki Chen Kenmin dan anak lelaki Iron Chef selebriti Chen Kenichi yang digelar sebagai "The Szechwan Sage," berbangga kerana dapat membuahkan hasil visi datuk beliau untuk menyumbang kepada penghargaan hidangan makanan Szechwan yang lebih hebat melalui hidangan istimewa Shisen Hanten.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shisen Hanten by Chen Kentaro, layari shisenhanten.com.sg.

Perhubungan Akhbar

Janice Azupardo 
Naib Presiden Serantau, Penjenamaan & Komunikasi
Meritus Hotels & Resorts
janice.azupardo@meritushotels.com

Francine Loh 
Pengurus, Komunikasi Pemasaran
Mandarin Orchard Singapore, by Meritus
francine.loh@meritushotels.com
Tel: +65 6831 6140

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180725/2195934-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180726/2195934-1LOGO

Source: Mandarin Orchard Singapore
Keywords: Food/Beverages Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Restaurants Travel Awards