omniture

Ujian Rintis Berasaskan Rantaian Blok untuk Pertukaran Data Klinikal Diumum oleh Grapevine World Dengan Kerjasama University of Southampton dan Tiani Spirit

Grapevine World
2018-08-01 03:59 604

VIENNA, 1 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

Grapevine World ialah satu ekosistem terpencar untuk pertukaran dan penggunaan data kesihatan yang lancar dengan cara yang seragam dan selamat. Dengan kerjasama University of Southampton dan Tiani Spirit, satu platform didayakan rantaian blok baharu menggunakan platform awan Microsoft Azure yang dipercayai untuk mengesan provenans data rawatan kesihatan dibangunkan untuk memecah halangan data dan memudahkan akses serta kebolehan untuk menggunakan data kesihatan oleh golongan profesional.

Kepentingan data perubatan, asal usul dan kualitinya telah lama diiktiraf dalam kajian klinikal. Provenans data ialah asas bagi kualiti data, biasanya dilaksanakan dengan menawan jejak manipulasi data menurut ruang dan masa secara automatik.

Ujian rintis ini bertujuan untuk menunjukkan nilai dalam menggabungkan standard kebolehoperasian yang terbukti di pasaran dalam pertukaran data kesihatan (IHE) dan teknologi rantaian blok (Hyperledger Fabric) untuk menjejaki dan menilai provenans data kesihatan. Ujian rintis ini akan bertindak sebagai ujian percubaan untuk menilai potensi penyelesaian bagi pemadanan percubaan klinikal untuk salah satu pengguna awal Grapevine, syarikat farmaseutikal Forbes 100 (diminta untuk kekal tidak dinamakan ketika pengumuman dibuat).

"Susulan pelaksanaan ujian rintis yang berjaya dengan pengguna awal kami, kami berasa teruja kerana mendapat minat yang kukuh daripada pelbagai organisasi kesihatan dan sains hayat untuk seterusnya menerima pakai penyelesaian kami. Mendapat manfaat daripada capaian global Microsoft dan sokongan padu daripada komuniti kebolehoperasian, kami dapat memenuhi keperluan pasaran yang semakin meningkat dan akan bersama-sama menangani kekangan had semasa untuk mencapai komuniti rawatan kesihatan yang benar-benar terhubung," tekan Wernhard Berger, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan dan Pengasas Bersama Grapevine World.

Kes penggunaan "pemadanan percubaan klinikal" hanya bertindak sebagai tapak pelancaran awal untuk platform Grapevine, yang direka untuk memudahkan akses data yang dipersetujui untuk pelbagai jenis organisasi dengan keperluan terhadap data kesihatan berskala luas (universiti, syarikat perubatan, syarikat bioteknologi dan sebagainya).

Dikuasakan oleh Azure, lebih mudah bagi Grapevine untuk mengatasi cabaran privasi, keselamatan, prestasi dan kebolehskalaan yang mencegah banyak projek berasaskan rantaian blok daripada sampai ke peringkat pengeluaran, dan mengehadkan penerimaan oleh dunia sebenar teknologi baru muncul dalam rawatan kesihatan.

"Rantaian blok mempunyai potensi hebat untuk konsortium rawatan kesihatan bagi berkolaborasi untuk menambah baik kualiti penjagaan, merendahkan kos dan meningkatkan pengalaman pesakit serta pekerja kesihatan. Dikuasakan oleh Microsoft Azure, Grapevine dapat menangani banyak cabaran yang mencegah banyak projek berasaskan rantaian blok daripada sampai ke peringkat pengeluaran dan mengehadkan penerimaan oleh dunia sebenar teknologi baru muncul dalam rawatan kesihatan. Azure memberikan keupayaan keselamatan dan pematuhan berasaskan awan yang utama dalam industri bagi memperkasa konsortium rawatan kesihatan untuk memanfaatkan rantaian blok ke tahap potensi penuhnya demi membantu menambah baik rawatan kesihatan." David Houlding CISSP CIPP, Pemimpin Utama Rawatan Kesihatan, Microsoft Azure.

Ketahui lebih lanjut bagaimana penyelesaian bersama ini dapat memberi manfaat kepada organisasi anda di http://www.grapevineworldtoken.io/clinical-trial-pilot.

Hubungi: Kate Alippa, kate@7marketzgroup.com , +357-96545696

Source: Grapevine World
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Internet Technology New products/services Blockchain