omniture

GAC Motor Lancar Sedan GA8 dan SUV GS8 Istimewa di Azerbaijan

GAC Motor
2018-08-01 04:16 1088

Dorong pembangunan jenama antarabangsa dengan kualiti bertaraf dunia

BAKU, Azerbaijan, 1 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, jenama auto yang terkemuka di China, secara rasminya melancarkan gandingan bintangnya, sedan GA8 dan SUV GS8 di Azerbaijan, membawakan lebih banyak pilihan automobil mewah kepada pelanggan tempatan dan terus mempercepatkan strategi pembangunan jenama global GAC Motor.

Dua model istimewa daripada portfolio produk mewah GAC Motor, GA8 dan GS8 menonjolkan tahap tertinggi pembangunan dan pengilangan automobil di China dan telah mendorong syarikat menuju segmen pasaran mewah dalam industri.

Dengan kualiti dan pembinaannya yang unggul, GA8 dan GS8 adalah padanan sempurna untuk pasaran ini. Terletak di bahagian selatan Pergunungan Caucasus, Azerbaijan dikelilingi oleh banjaran gunung yang luas dengan pelbagai iklim dan persekitaran geografi. Oleh yang demikian, pengguna tempatan paling mengambil berat tentang prestasi dinamik, ketahanan dan keselamatan. Produk-produk berkualiti tinggi daripada GAC Motor menjamin prestasi yang andal ketika menghadapi keadaan jalan raya dan cuaca yang berbeza.

Permintaan terhadap kereta-kereta mewah, baharu dan dilengkapi dengan baik semakin berkembang dalam pasaran-pasaran baru muncul seperti Azerbaijan. GAC Motor bukan sahaja akan mengisi kekosongan pasaran, malah turut mempercepatkan strategi peluasan globalnya.

GAC Motor’s signature sedan, the GA8
GAC Motor’s signature sedan, the GA8

GA8 ialah keluaran terlaris antara sedan mewah Cina dan menjadi tarikan dalam industri-industri pengilangan mewah China. Selain reka bentuk luarnya yang tersusun, sedan ini turut cemerlang dari segi fungsi dan keselesaan tunggangan dengan ciri-ciri seperti:

  • Enjin bercas turbo 320T/280T generasi kedua serba baharu dengan kotak gear Aisin 6AT yang utama;
  • Sistem ampaian empat roda bebas sepenuhnya dan sistem stereng kuasa elektrik berketepatan EPS;
  • Konsep reka bentuk 2.0 skulptur cahaya dan bayang-bayang serta badan kereta yang diselaraskan dengan lampu besar permata LED sepenuhnya;
  • Kemudahan dalaman mewah dilengkapi dengan panel dalaman kayu ros, tempat duduk lapisan kulit NAPPA dan trim pintu yang mempunyai gegebar berlian kecil-kecilan dengan kulit asli.
GAC Motor’s flagship luxury 7-seat SUV, the GS8
GAC Motor’s flagship luxury 7-seat SUV, the GS8

Selain itu, SUV tujuh tempat duduk mewah istimewa daripada GAC Motor, GS8, menjadi antara model-model SUV tujuh tempat duduk paling laris terjual dalam pasaran Cina sejak dilancarkan dan berupaya mengendalikan rupa bumi yang rumit hasil daripada ciri-ciri termasuk:

  • Enam mod pemanduan semua rupa bumi;
  • Sistem pacuan semua roda pintar generasi kedua i-4WD berserta sistem ampaian empat roda bebas sepenuhnya dan penapis gegaran casis berprestasi tinggi;
  • Konfigurasi keselamatan pintar termasuk sistem peringatan penyimpangan laluan, pemantauan titik buta, sistem pengimejan meletak kenderaan 360 darjah dan fungsi meletak kenderaan automatik;
  • Skrin LCD 10 inci Harman bertaraf dunia dan panel instrumen LCD 7 inci daripada Continental AG.

GA8 dan GS8 telahpun dilancarkan dalam beberapa pasaran antarabangsa termasuk Timur Tengah, Amerika Selatan dan Afrika, dan GAC Motor merancang untuk membawanya ke dalam lebih banyak pasaran global pada masa terdekat.

Yu Jun, President of GAC Motor
Yu Jun, President of GAC Motor

Dengan kualiti produk bertaraf dunia, GAC Motor berkembang ke dalam pasaran-pasaran yang termasuk dalam projek "Jalur dan Jalan" China pada kadar yang stabil, dan telahpun melancarkan produk di 15 negara setakat ini. Menurut Yu Jun, presiden GAC Motor, syarikat turut bersiap sedia untuk memulakan operasi dalam pasaran-pasaran maju. Lewat tahun ini, GAC Motor akan mengadakan pameran di Pameran Motor Paris Mondial dan Salon Automobil Antarabangsa Moscow.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Perhubungan Media:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180730/2198825-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180730/2198825-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180730/2198825-1-c

 

Source: GAC Motor
Keywords: Auto New products/services