omniture

CIFF Shanghai 2018 dengan Tema Baharu & Susun Atur Baharu: Cipta Kehidupan Di Rumah Yang Lebih Baik

China International Furniture Fair (Shanghai)
2018-08-01 16:23 1217

GUANGZHOU, China, 1 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- CIFF Shanghai kali ke-42 bakal diadakan di Pusat Pameran & Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) di Hongqiao, mulai 10 hingga 13 September 2018, menjadi tuan rumah kepada lebih 1,200 pempamer dan melibatkan jumlah kawasan pameran seluas 400,000 meter persegi dengan susun atur dioptimumkan.

The 42nd CIFF Shanghai will be held at the National Exhibition & Convention Center (Shanghai) in Hongqiao, from 10 to 13 September 2018, hosting more than 1,200 exhibitors and covering a total exhibition area of 400,000 square metres of optimized layout.
The 42nd CIFF Shanghai will be held at the National Exhibition & Convention Center (Shanghai) in Hongqiao, from 10 to 13 September 2018, hosting more than 1,200 exhibitors and covering a total exhibition area of 400,000 square metres of optimized layout.

Tahun 2018 merupakan tahun penting buat CIFF; peringkat utama pertumbuhannya adalah perikatan strategik yang dimeterai antara dua syarikat gergasi dalam sektor perabot, iaitu CFTE dan Red Star Macalline, untuk bersama-sama mengendalikan CIFF (Shanghai) September.

Kerjasama silang antara dua perusahaan utama dalam industri tersebut telah memulakan pusingan baharu pembangunan yang berkualiti tinggi untuk CIFF-Shanghai dan membawa perspektif serta peluang baharu kepada industri perabot.

Bagi memenuhi keperluan orang ramai demi kehidupan yang lebih baik, edisi ke-42 CIFF Shanghai akan menangani topik "suatu Contoh Kehidupan Kediaman Global" dan akan menjadi lonjakan ke hadapan yang sebenar dari segi kualiti, perkhidmatan dan acara, menggabungkan sumber-sumber kualiti global, memperkaya produk dan bentuk pameran, menawarkan peluang gaya hidup baharu, menetapkan trend perabot rumah, merangsang penambahbaikan pasaran penggunaan perabot rumah global serta memastikan daya tenaga industri masa depan.

CIFF Shanghai menyediakan Perabot Import di Dewan 3 dan Perabot Mewah Tersuai di Dewan Utara bagi mempromosikan penambahbaikan penggunaan dalam industri perabot rumah.

Ia turut seiring dengan trend penggunaan reka bentuk, kemewahan sederhana dan gaya neo-Cina dengan Perabot Bergaya di Dewan 4 dan Perabot Berkualiti di Dewan 5. Pameran ini turut memanfaatkan kedudukan utama Shanghai dalam reka bentuk di China dengan mewujudkan Zon Inovasi Reka Bentuk.

CIFF Shanghai menonjolkan kelebihan pelbagai tema dalam rantaian industri dengan menawarkan sektor-sektor seperti Jentera Perabot & Jentera Kerja Kayu, Hiasan Rumah & Tekstil Rumah, Kawasan Luar & Riadah serta Pameran Pejabat.

Zon-zon Kawasan Luar & Riadah serta Hiasan Rumah & Tekstil Rumah dikelolakan di Dewan 1.1 & 2.1 bagi memenuhi keperluan penyumberan sehenti untuk perabot rumah dengan produk yang lebih pelbagai.

Pameran Pejabat di Dewan 8.2 melibatkan perabot pejabat komersial dan hotel; manakala sektor Jentera Kerja Kayu, dinamakan semula sebagai "Pameran Jentera Perabot & Jentera Kerja Kayu Antarabangsa Shanghai" hasil usaha sama dengan Adsale Exhibition Services Co. yang akan ditempatkan di Dewan 7.1 dan 8.1, menggandakan keluasan ruang pameran berbanding tahun lalu.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180731/2199889-1

Source: China International Furniture Fair (Shanghai)
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news Future Events