SHANGHAI, 1 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Mobike, salah sebuah syarikat perkongsian basikal yang terbesar di dunia, menambah e-basikal dalam kumpulannya yang menggunakan penyelesaian tayar bersepadu berbusa yang inovatif daripada The Dow Chemical Company.
E-basikal baharu mempunyai tayar yang dilancarkan di ibu pejabat Beijing Mobike pada 5 Julai lalu. Tayar ini merupakan hasil perkongsian antara Dow dan Hangzhou Zhongce Rubber untuk membangunkan penyelesaian tayar berasaskan campuran Kopolimer Blok Olefin (OBC) INFUSE™, Elastomer Poliolefin ENGAGE™ dan EPDM NORDEL™ Dow.
Mobike E-bike dioptimumkan demi kemudahan tunggangan, yang mana penunggang dapat menyokong berat basikal dengan satu kaki apabila berhenti. Ia turut menggabungkan banyak reka bentuk mesra pengguna seperti pemegang telefon bimbit dan tempat duduk yang boleh dilaras dengan mudah. E-basikal ini mempunyai kelajuan setinggi 20 kilometer sejam yang akan membantu memenuhi keperluan perjalanan banyak penduduk yang perlu bergerak sejauh tiga hingga lima kilometer.
"Berbanding tayar pneumatik biasa atau tayar sekeping, tayar OBC bersepadu berbusa dapat mengurang berat tayar sebanyak 20-30%, penyumbang penting kepada usaha pengurangan berat keseluruhan," kata Xudong Huang, Pengarah Bersekutu II TS&D APAC Elastomer dan Infrastruktur, Pengguna, Pengangkutan (ICT) untuk P&SP. "Dengan prestasi keupayaan cuaca yang unggul, tayar OBC boleh bertahan terhadap pelbagai iklim yang buruk manakala daya tahan yang baik memberi penampanan hentakan yang lebih baik demi menjamin pengalaman tunggangan yang lebih menyeronokkan."
Kelajuan basikal yang lebih pantas memberi cabaran baharu kepada ketahanan tayar termasuk prestasi kerintangan koyakan dan impak yang lebih ketat, selain prestasi kebergunaan yang lebih baik bagi melawan haba yang terhasil semasa berbasikal.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bahan-bahan khusus dan elastomer prestasi Dow, layari: https://www.dow.com/elastomers/products/
Latar Belakang Dow Packaging and Specialty Plastics
Dow Packaging and Specialty Plastics, satu unit perniagaan DowDuPont Materials Science, menggabungkan kekuatan teras R&D, capaian seluruh dunia, rangkaian produk yang luas serta kepakaran industri untuk menyediakan teknologi berprestasi tinggi kepada pasaran pengguna akhir dalam pempakejan makanan, produk kebersihan diri, infrastruktur, barangan pengguna dan pengangkutan. Dow Packaging and Specialty Plastics ialah salah satu pengeluar resin polietilena, resin khusus dan pelekat yang terbesar di dunia, serta merupakan penginovasi dan rakan usaha sama utama dalam seluruh rantaian nilai bagi pembangunan aplikasi mampan serta reka bentuk kitar hayat ekonomi pusingan untuk plastik.
Latar Belakang Dow
Dow Chemical Company (Dow) menggabungkan pengetahuan sains dan teknologi untuk membangunkan penyelesaian sains bahan utama yang penting untuk kemajuan manusia. Dow mempunyai salah satu kit alat bantuan paling mantap dan paling meluas dalam industri, dengan teknologi yang mantap, penyepaduan aset, skala dan keupayaan berdaya saing yang membolehkannya menangani isu global yang rumit. Portfolio perniagaan bahan canggih, perantaraan perindustrian dan plastik Dow yang didorong pasaran dan menerajui industri membawakan rangkaian luas produk dan penyelesaian berbeza yang berasaskan teknologi kepada pelanggan dalam pasaran yang pesat berkembang seperti pempakejan, infrastruktur, dan penjagaan pengguna. Dow ialah subsidiari DowDuPont (NYSE:DWDP), syarikat induk yang terdiri daripada Dow dan DuPont yang bertujuan untuk membentuk tiga syarikat yang kuat, bebas, dan didagang awam dalam sektor pertanian, sains bahan serta pengkhususan. Maklumat lanjut boleh didapati di www.dow.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180731/2199887-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180731/2199887-1-b
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180416/2105671-1LOGO