omniture

Kemaskinian Besar untuk Black Desert Online SEA pada Ogos

Pearl Abyss
2018-08-02 10:00 836

SEOUL, Korea Selatan, 2 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Pearl Abyss mengumumkan bahawa akan adanya begitu banyak perkara-perkara baharu dan menarik yang bakal menanti Pengembara pada bulan Ogos ini. Dunia Black Desert Online SEA kini lebih besar. Belayarlah dan terokailah Lautan Besar, berdepanlah dengan pelbagai raksasa laut baharu dan temuilah cara serba baharu untuk menikmati permainan ini. Bukan sahaja Pengembara berpeluang membina bot baharu untuk pengembaraan mereka di Lautan Besar, mereka juga bakal menerima ganjaran memandangkan kemas kini grafik dan rakaman semula audio bakal dibuat dalam masa terdekat. Dalam masa tiga minggu yang singkat, Pengembara berpeluang bermain Black Desert Online SEA dengan grafik yang lebih mengagumkan dan runut bunyi yang dirakam semula demi meningkatkan pengalaman imersif mereka.

Explore the Great Ocean in Black Desert Online SEA
Explore the Great Ocean in Black Desert Online SEA

 

JUNGLE BEAST ผู้ชนะในการประกวดออกแบบเครื่องแต่งกาย
JUNGLE BEAST ผู้ชนะในการประกวดออกแบบเครื่องแต่งกาย

Bagi merayakan kemas kini baharu yang hebat itu, kini Pearl Abyss menawarkan diskaun 30% untuk semua pakej. Maklumat terperinci tentang diskaun pakej boleh didapati di sini.

Bukan itu sahaja. Kostum Jungle Beast yang dibuat oleh Pengembara Thai, yang memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Rekaan Kostum Global, akan disertakan dalam permainan. Pengguna-pengguna Berserker yang berminat dengan kostum menawan ini patut meninjaunya. Untuk maklumat lanjut mengenai kemas kini dan acara lain yang sedang berlangsung, sila semak laman sesawang.

Latar Belakang Black Desert Online

Black Desert Online ialah MMORPG aksi dunia terbuka yang mempunyai visual canggih dan pertempuran berasaskan kemahiran yang menakrifkan semula bagaimana kita melihat suatu genre. Black Desert Online mempunyai sistem penyesuaian watak sepenuhnya yang paling maju berbanding mana-mana permainan yang kini terdapat dalam pasaran. Ciri ini membolehkan pengguna untuk keluar dari kebiasaan dan menghasilkan watak-watak unik yang benar-benar menonjolkan setiap pemain. Kawalan intuitifnya, dunia yang dicipta begitu indah dan peribudaya luas akan mengujakan pemain baharu dan lama bagi permainan MMO serta RPG aksi, umumnya. Permainan ini dilancarkan dengan jayanya di lebih 150 negara, disediakan dalam 12 bahasa dan mempunyai lebih 9.5 juta pengguna berdaftar. Versi mudah alih dan konsol dijadual untuk dilancarkan di seluruh dunia pada tahun 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai Black Desert Online, sila layari https://www.sea.playblackdesert.com/

HUBUNGI: Christine Sun, Perhubungan Awam Global, 82-10-7255-8016, absolutsun@pearlabyss.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180730/2198728-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180730/2198728-1-d

Source: Pearl Abyss
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Future Events