omniture

SHISEIDO Raikan Pelancaran Global Koleksi Mekap Baharu Di Tokyo, Jepun

SHISEIDO Makeup
2018-08-02 18:02 2742

Kecantikan Diimaginasi Semula. Kecantikan Dijana Ketulusan Jiwa.

TOKYO, 2 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Menjelang pelancaran rasmi peringkat globalnya pada 15 Ogos ini, SHISEIDO, jenama yang sinonim dengan kecantikan, seni dan budaya, memperkenalkan koleksi mekap yang diimaginasi semula secara sepenuhnya di lokasi asal jenama tersebut dan pusat global gerakan J-Beauty: Tokyo. Rakan-rakan, peminat-peminat dan wajah-wajah jenama, termasuk Artis Warna Global SHISEIDO yang baru diumumkan, Patrick Ta; Duta APAC SHISEIDO, Pony; pelakon wanita, penari dan Artis Kempen Mekap SHISEIDO Sonoya Mizuno; pelakon wanita Rowan Blanchard; penggaya rambut selebriti Jen Atkin; jurugambar, Petra Collins; peragawati dan pereka Emi Suzuki; peragawati, Yuka Mannami; dan penulis blog kecantikan Thai PearyPie, berhimpun di TOLOT, sebuah galeri seni kontemporari di Shinonome, untuk meraikan koleksi rintis yang dibangunkan berkisarkan empat tekstur utama.

Foto oleh Keith Tsuji/Getty Images untuk SHISEIDO
Foto oleh Keith Tsuji/Getty Images untuk SHISEIDO

 

Foto oleh Keith Tsuji/Getty Images untuk SHISEIDO
Foto oleh Keith Tsuji/Getty Images untuk SHISEIDO

Aspek moden, minimalis, berwawasan, ekspresif, mewah dan kreatif yang sama rata, rangkaian SHISEIDO Makeup baharu ini dikelaskan kepada empat kategori tekstur -- Gels, Inks, Powders dan Dews -- serta termasuk 21 produk dalam 125 warna yang menggabungkan teknologi canggih, ketukangan dan bahan-bahan tempatan dengan lancar. "Kami mengambil pendekatan inovatif terhadap mekap yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana jenama lain," kata Jill Scalamandre, Presiden, bareMinerals, BUXOM dan Global Development Shiseido Makeup.

Dalam TOLOT, empat tekstur tersendiri yang mencakupi koleksi baharu ini ditonjolkan melalui penggunaan teknologi penderiaan termaju dan LED. Hala tuju kreatif keseluruhan dan reka bentuk aspek jenama ini dipimpin oleh Pengarah Seni SHISEIDO Keisuke Hori dengan kerjasama artis dan pengarah teknikal Takahiro Matsuo, dan pengasas Lucent (sekumpulan pakar yang mencipta pengalaman interaktif yang mengekspresikan konsep-konsep melalui teknologi).

Yoshiaki Okabe, Pegawai Korporat Jenama SHISEIDO dan jenama-jenama Prestij Global, membawa Sonoya Mizuno dan Patrick Ta menyusuri aspek tersebut bagi menjelaskan kepentingan koleksi mekap baharu dan kaitan pentingnya dengan penjagaan kulit. "Seluruh rangkaian produk adalah luar biasa dari segi rumusannya manakala teksturnya amat hebat. Ia benar-benar menawarkan pengalaman mekap sensori dari perspektif Jepun," kata Okabe. Para tetamu berpeluang menikmati sedikit juadah daripada Mokomeshi, sebuah syarikat katering berpangkalan di Tokyo. Setiap hidangan yang disajikan diilhamkan oleh salah satu daripada empat kategori tekstur. Aktiviti-aktiviti lain termasuk sentuhan solekan tambahan oleh jurusolek SHISEIDO dan studio potret VIP oleh pengarah dan jurugambar, Mike Rosenthal.

"Apabila orang ramai memikirkan tentang kecantikan Jepun, mereka memikirkan SHISEIDO. Jelas sekali bahawa pelancaran mekap ini seharusnya diraikan di Tokyo terlebih dahulu. Secara peribadi, melihatkan bagaimana semua ini dapat dijayakan membuatkan saya berasa amat bangga," kata Okabe.

Pautan untuk memuat turun imej-imej resolusi tinggi Getty Images: https://www.image.net/smurelaunch_tokyo2018

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau SHISEIDO Makeup baharu sila hubungi:

Alice Hampton, Naib Presiden Komunikasi Global SHISEIDO Makeup dan bareMinerals, di AHampton@sac.shiseido.com atau +1 (646) 919-0566

Desiree Lestingi, Pengarah Komunikasi Global SHISEIDO Makeup, di DLestingi@sac.shiseido.com atau +1 (732) 757-2552.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180801/2201593-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180801/2201593-1-b

Source: SHISEIDO Makeup
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion New products/services