omniture

Suning.com Lapor Prestasi Cemerlang Separuh Pertama 2018, Tingkatkan Jualan, Pendapatan dan Keuntungan

Suning
2018-08-02 20:47 1933

- Pendapatan Kendalian Meningkat 32.29 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada RMB 110.78 bilion
- Keuntungan Bersih Meningkat 1,957.38 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada RMB 5.99 bilion
- Jumlah Jualan Komoditi Meningkat 44.63 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada RMB 151.3
2 bilion

NANJING, China, 2 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Suning.com (002024.SZ,) ("Syarikat"), sebuah syarikat Fortune Global 500 dan peniaga pintar dalam talian-ke-luar talian (O2O) yang terbesar di China yang dimiliki oleh Suning Holdings Group ("Kumpulan") telah mengeluarkan laporan prestasi separuh tahun untuk Januari hingga Jun 2018, menunjukkan bahawa Syarikat telah menjana pendapatan kendalian berjumlah RMB 110.786 bilion (US$16.374 bilion(1)), meningkat 32.29% berbanding tahun sebelumnya. Laporan ini menunjukkan bahawa Syarikat terus meningkat maju hasil daripada strategi jualan pintar dalam talian-ke-luar talian ("O2O").

Ibu pejabat Suning di Nanjing, China
Ibu pejabat Suning di Nanjing, China

Selain itu, Suning.com menjana keuntungan bersih sebanyak RMB 5.997 bilion (US$886 juta), termasuk cukai, meningkat 1957.38% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah jualan komoditi mencecah RMB 151.319 bilion (US$22.365 bilion), meningkat 44.63% berbanding tahun sebelumnya.

"Kami berasa amat gembira dengan keputusan separuh pertama kami. Ia menjadi bukti komitmen pasukan kami terhadap strategi jualan pintar Syarikat," kata Hou Enlong, Ketua Pegawai Operasi Suning.com. "Zaman e-dagang semata-mata telahpun berakhir. Pada dekad mendatang, kita bakal menyaksikan lebih banyak perniagaan dalam talian-ke-luar talian menembusi pasaran, lalu menghubungkan senario penggunaan yang berbeza. Suning akan terus berkhidmat kepada pelanggan menerusi perkhidmatan dalam talian dan luar talian omnisaluran yang lebih 'nyata' dan 'boleh didekati' dan memenuhi keperluan pelanggan kami tanpa mengira masa dan ruang."

Suning.com telah menggembleng usaha untuk mengukuhkan strategi pemasarannya bagi mencipta pengalaman yang lebih bersepadu, menjurus kepada lonjakan kepantasan dalam pertumbuhan perniagaan dalam taliannya. Dalam separuh pertama tahun 2018, jumlah transaksi barangan dalam talian Syarikat mencecah RMB 88.322 bilion (US$13.05 bilion), meningkat 76.51% berbanding tahun sebelumnya. Setakat 30 Jun 2018, Suning.com mempunyai kira-kira 357 juta pengguna berdaftar. Sepanjang Jun 2018, aplikasi Suning.com menyaksikan peningkatan 64.34% berbanding tahun sebelumnya dari segi bilangan pengguna aktif bulanan.

Dengan bantuan perniagaan O2O dan sistem awan, Kumpulan memiliki sejumlah 4,813 kedai fizikal jualan langsung dan 765 kedai francais awan runcit Suning setakat 30 Jun 2018. Selain itu, Suning turut membuka 732 kedai serbaneka dengan sambungan internet dalam usaha untuk terus mengembangkan perniagaannya di bandar-bandar peringkat lebih rendah dan kawasan pedalaman di China.

Menurut angka-angka daripada Biro Statistik Kebangsaan, dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2018, China menyaksikan pertumbuhan yang lebih perlahan dalam pasaran barangan pengguna dengan sejumlah RMB 18 trilion (US$2.660 trilion) dalam jumlah jualan runcit bagi barangan pengguna, meningkat 9.4% berbanding tahun sebelumnya. Meskipun prospek industri agak negatif, Suning telah mencapai kejayaan hebat dalam menggabungkan strategi jualan pintarnya dalam seluruh operasi dalam talian dan luar talian Syarikat di seluruh negara.

Selain subsidiari jualan Suning, bahagian Logistik dan Perkhidmatan Kewangan Suning turut meneruskan pertumbuhan yang pesat. Setakat Jun 2018, bahagian Logistik Suning dan Tian Tian Express memiliki sejumlah 7.35 juta meter persegi gudang dan kemudahan simpanan dengan lebih 23,416 lokasi pengagihan. Pendapatan Logistik Suning (tidak termasuk Tian Tian Express) menyaksikan peningkatan 118.49% berbanding tahun sebelumnya. Dalam tempoh pelaporan, Perkhidmatan Kewangan Suning (perniagaan pembayaran, pembiayaan rantaian bekalan, dsb.) menyaksikan pertumbuhan 48% berbanding tahun sebelumnya dari segi bilangan ahli berdaftar yang menghubungkan kad bank dengan akaun mereka.

Latar Belakang Suning

Diasaskan pada tahun 1990, Suning Holdings Group (Suning) ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam masing-masing di China dan Jepun. Pada tahun 2017, Suning menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan milik persendirian yang terkemuka di China dengan jualan tahunan mencecah US$65.7 bilion (RMB 412.95 bilion). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentasi Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit untuk Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan terasnya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Media & Hiburan, Sukan, dan Pelaburan, yang mana Suning.com berada dalam senarai Fortune Global 500.

Untuk maklumat lanjut, layari www.suningholdings.com.

(1) Dihitung pada kadar pertukaran 6.7656 RMB kepada 1 USD

 

Source: Suning
Related Stocks:
Shenzhen:002024
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Earnings