omniture

Trina Solar sediakan modul untuk projek PV persendirian terbesar Vietnam tatkala permintaan pasaran baru muncul melonjak

Trina Solar Limited
2018-08-03 12:22 1796

CHANGZHOU, China, 3 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Pada 31 Julai lalu, Trina Solar Limited ("Trina Solar" atau "Syarikat") mengumumkan bahawa pengeluar fotovolta (PV) berkenaan menyediakan modul dwikaca PERC monohabluran 258MW kepada projek PV solar persendirian yang terbesar di Vietnam. Stesen janakuasa tersebut, terletak di Phan Rang-Thap Cham, ibu kota Wilayah Ninh Thuan, menerima pelaburan daripada firma pelaburan Vietnam yang terkemuka, Trung Nam Group. Kerja-kerja pembinaan dijadual siap pada 30 Jun 2019.

Stesen janakuasa berkenaan, disokong oleh pelaburan berjumlah kira-kira US$220 juta, meliputi kawasan seluas 264 hektar. Dengan permintaan tinggi terhadap produk PV, kemudahan berkenaan merupakan loji janakuasa angin dan solar tergabung pertama di Vietnam dan dijangka memainkan peranan penting dalam usaha transformasi negara berkenaan terhadap tenaga boleh diperbaharui. Sebagai pembekal modul, Trina Solar membezakan syarikatnya daripada rakan setaranya menerusi produk berkualiti yang diiktiraf, keupayaan dalam pengurusan rantaian bekalan dan daya saing teras dalam pasaran APAC.

Semasa majlis penandatanganan, seorang pegawai eksekutif daripada Trung Nam Group berkata, "Memandangkan ini merupakan pelaburan loji kuasa PV pertama kumpulan tersebut, Trung Nam amat teliti dalam memilih peneraju bagi teknologi, produk dan bahan mentah sebagai rakan kongsi pembekalnya."

Yin Rongfang, naib presiden dan ketua bahagian jualan dan pemasaran global di Trina Solar berkata, "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Trung Nam dalam projek janakuasa boleh diperbaharui bersepadu yang menetapkan penanda aras baharu dalam industri di Vietnam, memperlihatkan selangkah ke hadapan dalam komitmen Trina Solar terhadap pasaran baru muncul. Dengan pemahaman mendalam tentang pasaran Vietnam, kami telahpun membina kemudahan pengeluaran sel solar 1GW di negara tersebut, selain beberapa projek baharu yang sedang dibangunkan."

Beliau menambah bahawa produk-produk berjenama Trina Solar akan semakin tersedia di Vietnam, bagi membantu merangsang jualan syarikat di rantau APAC.

En. Yin membayangkan bahawa sebagai pengeluar modul global yang utama, Trina Solar telah membangunkan pasukan jualan dan operasi luar negara yang mantap dengan produk-produk berjaya terjual ke lebih 100 negara dan kawasan di seluruh dunia. Pada akhir tahun 2017, penghantaran terkumpul syarikat berjumlah 32GW, meletakkan firma di tempat pertama dalam kalangan pengeluar-pengeluar modul di seluruh dunia.

Pada tahun 2017, penghantaran global Trina Solar berjumlah sebanyak lebih 9GW, lebih 60 peratus daripadanya diserahkan ke lokasi-lokasi di luar pasaran asal pengeluar PV. En. Yin berkata, "Selain pertumbuhan berterusan di Eropah, antara pasaran-pasaran tradisional yang lain, produk-produk kami telah mendapat momentum dan semakin terkenal di Timur Tengah, Amerika Latin dan APAC sejak awal tahun. Menerusi kejayaan berterusan dalam pasaran-pasaran baru muncul, buku pesanan kami telah jauh melebihi jangkaan kami." Tatkala suku ketiga tahun 2018 tiba, modul-modul Trina Solar terus membuat jualan yang memberansangkan di seluruh dunia manakala kemudahan pengeluaran syarikat yang terletak di dalam dan luar China beroperasi pada kapasiti penuh. Trina Solar memperluas keupayaan bekalannya dengan tujuan untuk menangani peningkatan permintaan terhadap produk-produknya.

Meskipun permintaan domestik bagi pemasangan PV solar darat bagi kediaman dan berskala utiliti berkurangan disebabkan oleh dasar baharu kerajaan terhadap pasaran PV yang digubal pada 31 Mei 2018, Trina Solar mengukuhkan keupayaannya dari segi peluasan ke dalam pasaran luar negara sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan jangka panjangnya dan strategi mengimbangi tumpuannya terhadap pasaran tradisional dan pasaran baru muncul. Menerusi usaha-usaha ini, syarikat telah meningkatkan keupayaannya terhadap kawalan risiko, yang membantu mengurangkan impak akibat dasar baharu dan peningkatan peperangan perdagangan dalam beberapa pasaran yang ditembusinya. Syarikat terus memanfaatkan kekuatannya dalam pengeluaran dan pembangunan pasaran dengan tujuan untuk memberi manfaat dalam seluruh rantaian nilai, khususnya dalam pasaran-pasaran baru muncul serta seluruh rantaian bekalan luar negara, selain meningkatkan daya saing globalnya.

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts Corporate Expansion