omniture

Robot Pendidikan STEAM Makeblock Menang Family Choice Awards 2018

Makeblock
2018-08-03 12:58 2043

SAN DIEGO, California, 3 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka, Makeblock mengumumkan bahawa robot-robot pendidikannya, mBot dan Codey Rocky telah memenangi Family Choice Awards 2018 untuk penyelesaian pengekodan gabungan-perisian-perkakasan serta cirinya yang mesra pemain baharu.

Ini merupakan pengiktirafan global kedua untuk mBot setelah menerima Sijil Kokoa Finland 2018. Tahun ini, Makeblock turut berkolaborasi dengan Vernier Software & Technology berhubung kursus piawaian CSTA untuk mBot, Pengekodan dengan mBot: Modul aktiviti-aktiviti Kenderaan Pandu Sendiri.

Anugerah tersebut turut memberi tambahan kepada 7 gelaran antarabangsa yang diraih Makeblock seperti Anugerah Gold Edison, Anugerah IF Design Jerman, Anugerah CES Innovation, Anugerah Red Dot Product Design Jerman, Anugerah IDEA Gold Amerika, Anugerah K-Design Gold Korea dan Anugerah Good Design Jepun.

Family Choice Awards merupakan sebahagian daripada Family Magazines, mengiktiraf produk, perkhidmatan dan sumber terbaik untuk semua ahli keluarga termasuk haiwan peliharaan yang disayangi. Selama 22 tahun, Family Choice Awards menjadi salah satu program anugerah pengguna mesra keluarga yang paling menjadi rebutan di Amerika Syarikat.

"Makeblock memperkasa orang ramai untuk merealisasikan idea-idea dengan menyediakan lebih 500 komponen mekanikal, robot pintar, perisian berkuasa dan juga pertandingan robotik antarabangsa. Dengan misi 'untuk membawa pendidikan ke tahap seterusnya', kami berdedikasi untuk menurunkan batas penciptaan dan membantu kanak-kanak untuk menikmati keseronokan penciptaan," kata Jasen Wang, pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Makeblock.

Kenali Pemenang-pemenangnya

Makeblock mBot
Makeblock mBot

mBot ialah kit robot boleh diatur cara tahap awal untuk pendidikan STEAM. Ia mudah dipasang dan kanak-kanak boleh mempelajari tentang mekanik dan elektronik melalui projek-projek amalinya. mBot didatangkan dengan 3 mod pratetap: pengelakan rintangan, ikutan garisan dan kawalan jauh. Untuk pengekod, mBot beroperasi melalui mBlock5, perisian pengaturcaraan grafik, membolehkan kanak-kanak mengatur cara robot mereka untuk melakukan pelbagai tugasan dengan fungsi seret-dan-lepas yang mudah. mBot disokong dengan mengemas kini buku teks pengekodan dan tutorial dalam talian bagi menawarkan pengalaman pembelajaran yang berterusan. Disediakan di Amazon.

Makeblock Codey Rocky
Makeblock Codey Rocky

Codey Rocky ialah robot pintar untuk pemain baharu bagi mempelajari tentang pengekodan dan AI. Ia menggabungkan perkakas robotik yang mudah digunakan dengan perisian pengaturcaraan grafik mBlock5, menawarkan kanak-kanak dengan pengalaman yang mesra pengguna dan menghiburkan bagi mencipta baris kod pertama mereka. Apabila mereka meningkat maju, Codey Rocky membantu kanak-kanak meluaskan kemahiran pengekodan mereka dengan penukaran pantas daripada grafik kepada Python melalui mBlock5. mBlock5 turut menyediakan AI dan IoT. Disediakan di Amazon.

Latar Belakang Makeblock

Makeblock Co., Ltd, ditubuhkan pada tahun 2013, ialah penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka. Menyasarkan pasaran pendidikan dan hiburan STEAM untuk sekolah, institusi pendidikan dan keluarga, Makeblock menyediakan penyelesaian perkakasan, perisian, kandungan yang paling lengkap serta pertandingan robotik unggul, dengan matlamat untuk mencapai penyepaduan teknologi dan pendidikan yang mendalam. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti @Makeblock melalui Facebook atau Twitter, atau layari www.makeblock.com.

Latar Belakang Family Choice Awards

Family Choice Awards adalah sebahagian daripada Family Magazines, dimulakan bagi mengiktiraf produk, perkhidmatan dan sumber terbaik untuk semua ahli keluarga termasuk haiwan peliharaan yang disayangi. Selama 22 tahun, Family Choice Awards ialah salah satu program anugerah pengguna mesra keluarga yang paling menjadi rebutan di Amerika Syarikat.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180802/2202647-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180802/2202647-1-b

Source: Makeblock
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Awards STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)