omniture

Honor 10 Dilancar Secara Rasmi di Indonesia - Model Kemegahan Paling Inovatif pada 2018 dengan Fotografi AI dan Reka Bentuk Kaca Aurora Indah

Honor
2018-08-03 19:53 2110

Dengan tiga ciri khusus yang utama, Honor yakin Honor 10 akan menjadi salah satu telefon pintar paling digemari dan menjadi pilihan pengguna Indonesia

JAKARTA, Indonesia, 3 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Honor, e-jenama telefon pintar yang terkemuka, secara rasminya memperkenalkan Honor 10 sebagai telefon pintar kemegahannya bagi tahun 2018 di hadapan lebih 250 rakan media, rakan kongsi serta peminat di Jakarta, Indonesia. Pelancaran tersebut menjayakan konsep "Kecantikan dalam AI", perintis dalam membawakan pengalaman pengguna yang serba baharu dalam fotografi telefon pintar, selain mendedahkan tiga teknologi telefon pintar rintis yang penting dan terkemuka dalam industri.

James Yang, Presiden Honor Indonesia
James Yang, Presiden Honor Indonesia

Ciri khusus yang pertama ialah teknologi AI 2.0 termaju, diaplikasikan khususnya kepada kamera dwikanta telefon pintar tersebut. Kedua ialah reka bentuk CMF[1] Honor 10, kaca 3D belakang dengan salutan optik berskala-nano yang menakjubkan, terdiri daripada 15 lapisan warna berkilauan, direka oleh The Paris Aesthetics Center. Ketiga ialah Turbo GPU, teknologi pemecutan pemprosesan grafik revolusioner dengan penyepaduan perkakasan-perisian canggih yang meningkatkan kecekapan pemprosesan grafik pada telefon bimbit dengan ketara, yang akan menyediakan pengguna dengan pengalaman mudah alih yang lebih lancar dan lebih pantas. Berbekalkan tiga inovasi rintis yang utama, Honor 10 akan tersedia pada harga IDR 6.999.000 untuk prapesanan di Lazada mulai 6 hingga 10 Ogos pada jam 11:00 pagi.

Kami percaya rahsia kejayaan adalah mudah: menyediakan pengguna dengan produk yang benar-benar bagus! Itulah yang kami usahakan dengan bersungguh-sungguh di Honor," kata James Yang, Presiden Honor Indonesia. "Namun demikian, kami bukan sekadar membuat produk yang bagus, malah kami ingin bersama-sama mencipta gaya hidup baharu bersama orang muda seluruh dunia. Melalui pengenalan Honor 10, produk tiada tandingan pada nilai yang tidak dapat ditandingi, kami percaya bahawa kami dapat mencapai matlamat kami untuk menjadi salah satu daripada tiga jenama telefon pintar terbaik di Indonesia dalam tempoh tiga tahun akan datang."

Honor percaya dengan kuasa penciptaan bersama. Hari ini, Honor mengumumkan perkongsiannya dengan rakan kongsi permainan, Gameloft; aplikasi penstriman langsung, Bigo Live, Live.me, Nonolive, Kittylive, Uplive, 17; dan aplikasi filem pendek, Kwai Go. Melalui jalinan kerjasama yang erat bersama rakan kongsi strategik dan komuniti Honor, Honor akan terus bersama-sama mencipta pengalaman jenama yang unik untuk pengguna teknologi digital di Indonesia.

"Kami berasa amat teruja untuk berkolaborasi dengan Honor sebagai e-jenama telefon pintar terkemuka yang terus mencipta peranti yang mengagumkan. Honor 10 pastinya menjadi Telefon yang dapat disesuaikan dengan sempurna bagi mengalami permainan Gameloft! Turbo GPU (Unit Pemprosesan Grafik) direka untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan prestasi umum apabila bermain permainan grafik-intensif. Penambahbaikan sedemikian pastinya dapat memberikan pengalaman permainan yang ingin ditawarkan oleh Gameloft kepada penggunanya," kata Arthur Constant, Pengurus Negara Gameloft Indonesia.

Dengan peranti inovatif dan strategi penyasaran yang tepat, Honor terus menerajui industri dalam pasaran asalnya sebagai e-jenama telefon pintar No. 1 di China, dan pada masa yang sama berkembang pesat ke luar negara, termasuk Indonesia. Jenama ini mencapai peningkatan sebanyak 150% berbanding tahun sebelumnya dari segi jumlah jualan antarabangsa di luar China pada separuh pertama tahun 2018. Di Indonesia, Honor baru sahaja mengeluarkan keputusan jualan separuh tahunnya dengan pencapaian luar biasa menerusi pertumbuhan bulanan 100% pada separuh pertama tahun 2018. Pada Mei tahun ini, Honor berjaya mengatasi Apple untuk menjadi jenama telefon pintar No. 2 di Rusia dari segi jumlah jualan. Jenama ini juga merupakan vendor telefon pintar yang paling pesat berkembang di India dengan peningkatan 300% dari segi jumlah jualan dan pendapatan pada separuh pertama tahun 2018.

Ciri-ciri Utama Honor 10 

Kamera AI 2.0
Kamera belakang 24MP + 16MP
Kamera AI dwikanta 24MP+16MP Honor 10 dibangunkan dan disokong oleh pemproses Unit Pemprosesan Neural (NPU) dalam cipset Kirin 970, yang bermakna ia dapat mengenal pasti lebih 500 senario dalam 22 kategori pada waktu nyata. Ia dapat menunjukkan garisan pelbagai objek di sekitarnya, seperti langit, tumbuhan, orang mahupun air terjun dengan tepat serta mengenal pasti lokasinya serta merta.

Ciri ini disokong oleh teknologi Segmentasi Imej Semantik yang pertama dalam industri, yang membolehkan Honor 10 mengenal pasti berbilang objek dalam satu imej. Ciri inilah yang menjadikan Honor 10 benar-benar menonjol berbanding produk lain. Ciri-ciri Honor 10 yang pertama dalam industri ini mengaplikasikan parameter kawasan khusus pada setiap foto dalam waktu nyata apabila mengambil gambar, menjadikan setiap foto yang diambil mendapat gaya profesional dengan hanya satu klik.

Kamera depan 24MP
Teknologi AI 2.0 pada Honor 10 bukan sahaja menyokong kamera belakangnya, tetapi juga kamera depan 24MP yang menjadikan peranti ini dapat berperanan sebagai teman swafoto pintar anda. Ia menyokong pengecaman wajah 3D, mengoptimumkan butiran wajah dan mengesan lebih seratus titik wajah mengikut ketepatan tahap piksel.

Kamera depan Honor 10 turut menyokong kesan pencahayaan studio dengan pelbagai keadaan pencahayaan. Pengecaman wajah yang termaju dan tepat memastikan bokeh yang tepat dan merakam ciri-ciri halus pada wajah setiap orang, walaupun dengan rakaman swafoto berkumpulan.

Penstabilan Imej Automatik (AIS)
Honor 10 akan menerima penaiktarafan perisian AIS, peningkatan imej yang meminimumkan kabur serta mengurangkan gegaran pada peranti ketika mengambil foto dan video. Dalam masa 0.2 saat, perisian ini dapat mengesan sekiranya peranti dipegang tangan dengan ketepatan 98% dan menetapkan pendedahan dan pembingkaian menggunakan pengecaman pemandangan AI secara automatik.

Reka bentuk 'avant-garde'
Kaca Aurora, bersinar dari setiap sudut
Proses yang diambil untuk mencapai kemasan minimalis Honor 10 bukanlah mudah, ia merupakan hasil daripada beberapa teknik perindustrian bertaraf dunia dan proses-proses kejuruteraan yang sofistikated, yang memerlukan tahap ketepatan dan kehalusan terbaik. Reka bentuk kaca Honor 10 diperbuat dengan 15 lapisan kaca 3D pada bahagian belakang dan reka bentuk ini menonjolkan bahagian belakang telefon yang berwarna warni.

Warna-warna anggun dan bergaya direka oleh The Paris Aesthetics Center
Dirangkumkan dengan sejarah seni dan dunia digital, Honor 10 membawakan kombinasi warna-warna mengagumkan kepada pengguna, iaitu Phantom Blue dan Phantom Green.[2] Kedua-dua warna ikonik dan inovatif ini dicipta di The Paris Aesthetics Center, yang mana daya kreativiti dan semangat jurutera-jurutera dan para pereka Honor dapat dilaksanakan.

Ciri-ciri bergaya semua-dalam-satu: Honor FullView dan Sensor Cap Jari Ultrasonik Di Bawah Kaca
Honor 10 merangkumkan sensor cap jari ultrasonik penetapan depan yang pertama dalam industri di bawah kaca dan skrin FullView FHD+ 5.84-inci dengan paparan kurang-bezel 19:9 serta nisbah skrin-kepada-badan 86%.

Pengalaman Dinaik Taraf dan Mesra
Pemproses NPU
Honor 10 dikuasakan oleh pemproses NPU terbina dalam bebas. Storan 4GB RAM dan 64GB/128GB ROM memberikan ruang mencukupi untuk menyimpan semua detik menyeronokkan anda yang direkodkan dalam galeri, aplikasi dan fail. Honor 10 turut didatangkan dengan Honor Super Charge[3] 5V/4.5A dengan bateri 3,400 mAh (nilai biasa), ia boleh mengecas 50% kuasa dalam masa 25 minit.

EMUI 8.0
Honor 10 menggunakan EMUI 8.1 terkini, yang memberikan penaiktarafan keseluruhan dalam fungsi dan keupayaan perisian, khususnya menampilkan fungsi Easy Talk, yang dapat mengurangkan hingar latar belakang dalam persekitaran berangin apabila anda sedang bercakap bebas tangan di jalanan, ia turut meningkatkan volum berbisik untuk perbualan senyap.

Turbo GPU
Turbo GPU ialah teknologi pemecutan pemprosesan grafik bersepadu perkakasan-perisian. Ia membina semula rangka kerja pemprosesan grafik tradisional pada sistem lapisan bawah, lalu meningkatkan pengalaman pengguna dengan ketara. Kemajuan teknologi ini dapat meningkatkan kecekapan pemprosean grafik sebanyak 60%, sambil mengurangkan penggunaan tenaga SoC (Sistem pada Cip) sebanyak 30%, seraya membawa permainan mudah alih ke tahap seterusnya.  

[1] Warna, Pengeluaran, Kemasan (CMF) dalam reka bentuk perindustrian

[2] Ia turut disediakan dalam warna Midnight Black.

[3] Berdasarkan ujian daripada makmal Honor.

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Honor secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui:

Platform media sosial Honor Indonesia:
https://www.facebook.com/HonorID/  
https://twitter.com/Honor_Indonesia
https://www.instagram.com/honor_indonesia/

Platform Honor global:
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/honorglobal

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180803/2202844-1

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Equipment New products/services