HONG KONG, 6 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Premia Partners, firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong yang menumpu pada ETF dan penyelesaian beta pintar, mengumumkan pelancaran dua ETF tematik yang direka bagi menyediakan pelabur dengan pendedahan yang pelbagai terhadap ekonomi pertumbuhan dan sektor pertumbuhan di Asia.
Kedua-dua ETF yang disenaraikan dalam HKEX mempunyai nisbah jumlah perbelanjaan 0.50% dan direplikasikan secara fizikal.
"US$2,000 KDNK setiap modal sering dianggap sebagai nilai ambang penting untuk negara-negara sedang membangun yang melangkah ke peringkat penggunaan. Pelabur-pelabur berminat untuk melabur dalam trend-trend sekular yang memacu ekonomi pertumbuhan baru muncul sedemikian, selain sektor-sektor pertumbuhan didayakan teknologi di Asia, yang mana demografi dan saiz populasi sering memberi kuasa kepada pertumbuhan aplikasi teknologi inovatif ke tahap berbeza berdasarkan saiznya," kata Rebecca Chua, Rakan Pengurusan Premia Partners. "Kami berasa teruja dapat bekerjasama dengan FactSet dan S&P bagi menyediakan pelabur dengan alatan yang cekap bagi merebut peluang-peluang berkenaan, melalui pendekatan sistematik berasaskan peraturan yang sebelum ini sukar didapati untuk pelabur ekuiti awam."
"Menghasilkan indeks tematik dahulunya amat mencabar kerana ia memerlukan pemahaman mendalam tentang syarikat-syarikat melebihi dasar kewangan dan sektor asas mereka," kata Nancy Zhang, Ketua Pakar Strategi, Penyelesaian Indeks Kuantitatif di FactSet. "Dengan adanya data unik seperti pengelasan industri granular dan berbilang dimensi kami, iaitu RBICS dan RBICS dengan Pendapatan, kini kami dapat menangani cabaran ini dan bersama-sama Premia, membawakan pendekatan baharu ke pasaran bagi menawan syarikat-syarikat teknologi inovatif Asia dengan cara yang sistematik dan tepat."
"Peserta-peserta pasaran telah menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap rantau ASEAN lantaran demografi yang menggalakkan dan pertumbuhan dipacu pengguna," kata Michael Orzano, Pengarah Kanan, Indeks Ekuiti Global, S&P Dow Jones Indices. "Dow Jones Emerging ASEAN Titans 100 Index diwujudkan untuk menawan aspek pertumbuhan ASEAN secara cekap dengan mengukur prestasi syarikat-syarikat terbesar dan paling kukuh dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam."
Latar Belakang Premia Partners
Premia Partners ialah sebuah firma pelaburan yang ditubuhkan di Hong Kong pada tahun 2016, oleh sekumpulan peminat yang percaya dalam mendayakan pelabur dengan instrumen pelaburan yang cekap dan menyaksikan skop yang luas bagi tujuan inovasi dalam industri ETF Asia. Pasukan ini terdiri daripada pelbagai pemimpin industri global dan serantau masa kini yang berkongsi matlamat yang sama – untuk membentuk semula lanskap ETF di Asia dengan menggunakan pengetahuan kolektif dan pengalaman pelaksanaan selain berkolaborasi dengan pakar-pakar global yang terbaik dalam kelas mereka bagi mengurus ETF dan penyelesaian beta pintar untuk para pelabur. Di Asia, dan untuk Asia – kerana di sinilah asal kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.premia-partners.com.