omniture

Artprice: Laporan Pasaran Seni Global Separuh Pertama 2018 - Semua Penunjuk Positif

Artprice.com
2018-08-06 08:29 877

PARIS, 6 Ogos 2018/PRNewswire/ --

Separuh Pertama 2018: Pasaran Seni tonjol pemulihan umum lebih 18% 

  1. Pusing ganti lelong global Seni Halus* meningkat 18%, berjumlah $8.45 bilion
  2. Bilangan transaksi kekal stabil dengan 262,000 lot terjual, meningkat 2.5% berbanding pada separuh pertama 2017
  3. AS mencatatkan peningkatan besar-besaran sebanyak 48%, dengan jumlah pusing ganti mencecah $3.3 bilion
  4. China**, dengan pusing ganti $2 bilion, mengurangkan kadar tak terjualnya sebelum separuh kedua yang muktamad
  5. UK, dengan pusing ganti lelong meningkat 18% kepada $1.9 bilion, hanya di belakang China
  6. EU menyumbang kepada pertumbuhan: Perancis +8%, Jerman +17%, Itali +22%
  7. Seni Moden, tunjang utama nilai tinggi dalam pasaran, menyumbang sebanyak 46% daripada pusing ganti keseluruhan
  8. Modigliani dan Picasso kedua-duanya memberikan hasil melebihi paras $100 juta
  9. Zao Wou-Ki ialah pelaksana terbaik China pada separuh pertama 2018 dengan jumlah jualan mencecah $155 juta
  10. Indeks harga global Seni Kontemporari meningkat 27%, menjadi pesaing serius untuk S&P 500

*Jualan awam Seni Halus (Catan, Arca, Lukisan, Fotografi, Cetakan, Pemasangan)

**Dengan kerjasama Art Market Monitor of Artron (AMMA)

Kesimpulan umum… 

Di seluruh dunia, Pasaran Seni berkembang sebanyak lebih 18% pada separuh pertama tahun 2018, meneruskan pertumbuhan yang dilihat pada separuh pertama tahun 2017 (+9%) dan mengesahkannya pada separuh kedua tahun 2017 (+32%).

Angka-angka global 

Di tahap global, lebih 262,000 lot Seni Halus dilelong pada enam bulan pertama tahun 2018, menghasilkan jumlah produk sebanyak $8.45 bilion (termasuk yuran). Artprice, peneraju dunia dalam maklumat Pasaran Seni sejak tahun 1987, secara sistematik menganalisis dan mengasimilasi keputusan lebih 3,532 jualan lelong di seluruh dunia. Laporan separuh tahun ini mencakupi jualan awan Seni Halus. (catan, arca, lukisan, fotografi, cetakan dan pemasangan).

Baca Laporan Pasaran Seni Global Separuh Pertama 2018 Artprice.com secara dalam talian di:  

https://www.artprice.com/artprice-reports/global-art-market-in-h1-2018-by-artprice-com

Menurut thierry Ehrmann, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Artprice, "Sejak tahun 2000, Pasaran Seni telah menunjukkan tahap kematangan yang sangat tinggi, menangkis krisis NASDAQ, akibat kejadian 9-11, perang Iraq kedua dan pastinya krisis kewangan dan ekonomi yang belum pernah terjadi sebelum ini yang bermula pada tahun 2007. Sejak itu, ia telah beroperasi berlatarbelakangkan kadar faedah negatif yang menjejaskan nilai simpanan dan terbaharu, dalam konteks global ketegangan geopolitik yang semakin meningkat. Sepanjang 18 tahun ini, Pasaran Seni  berjaya menyesuaikan kepada realiti, bukan sahaja mengelakkan kejatuhannya sendiri ketika berdepan dengan krisis kewangan, tetapi hakikatnya mewujudkan tempat perlindungan pelaburan sebenar yang selamat tanpa membentuk buih spekulatif." 

Pulangan menarik daripada seni sepanjang beberapa tahun lalu telah mengatasi banyak pelaburan lain dan Pasaran Seni menjadi pasaran yang bebas, cair dan cekap di semua benua.

500 seniman Terbaik mengikut produk jualan menunjukkan bahawa selama bertahun-tahun, China telah memperoleh bahagian yang banyak dalam Pasaran Seni dan kini mempunyai 128 daripada 500 seniman paling banyak diberi nilai di dunia, jauh meninggalkan Amerika Syarikat (82) dan Great Britain (27).

10 Negara Teratas mengikut Pusing Ganti Lelong Separuh Pertama 2018 

Negara - Pusing Ganti - (Bahagian Pasaran) 

Baca laporan penuh 

Data berkenaan pasaran Seni Cina adalah hasil kolaborasi Artprice selama 7 tahun dengan rakan kongsi institusi Cina, Artron Group dan AMMA (Art Market Monitor by Artron), di bawah pimpinan Wan Jie.

Biarpun konteks ekonomi agak tidak memuaskan, pasaran seni global telah menunjukkan tanda-tanda keapungan, dipacu oleh kombinasi hebat antara logik pelaburan, pembelian spekulatif, minat dalam pengumpulan dan permintaan yang tidak dapat dipenuhi terhadap karya-karya seni utama daripada muzium-muzium baharu di seluruh dunia.

Pemacu pertumbuhan ini sangat bergantung pada akses mudah terhadap maklumat Pasaran Seni yang andal seperti yang disediakan oleh Artprice (perintis dan peneraju dunia dalam bidang tersebut) dan telah dirangsang oleh seluruh siri fenomena yang mendasarinya. Ini termasuk kesedaran yang tersebar dengan pesat bahawa setiap aspek penyertaan dalam pasaran seni, termasuk jualan dalam talian, dapat dilaksanakan melalui Internet (98% peserta terhubung kepada Internet); perkembangan kewangan bernilai tinggi pasaran seni dirangsang oleh kestabilan dan ketelusannya; peningkatan pesat dalam populasi pembelian karya seni daripada kira-kira 500,000 selepas tahun 1945 kepada sekitar 90 juta pada tahun 2018; pengurangan ketara dalam purata usia pengusaha pasaran dan peluasan geografi utama pasaran kepada hampir seluruh Asia, Lingkungan Pasifik, India, Afrika Selatan, Timur Tengah dan Amerika Selatan.

Satu lagi pemacu besar-besaran Pasaran Seni ialah industri muzium era baharu (700 muzium baharu setiap tahun) yang menjadi realiti ekonomi ketara pada abad ke-21. Lebih banyak muzium dibuka antara tahun 2000 dan 2014 berbanding dua abad terdahulu.

Sangat memerlukan karya seni berkualiti muzium, sektor ini ialah salah satu pemacu utama pertumbuhan luar biasa Pasaran Seni. Pasaran Seni kini matang dan cair, menawarkan hasil antara 10% hingga 15% setiap tahun terhadap karya seni bernilai lebih $100,000.

Dengan mengambil kira data makroekonomi dan mikroekonomi ini, 18 tahun lalu telah mengesahkan potensi Pasaran Seni sebagai tempat selamat menangani pergolakan ekonomi dan kewangan, lalu menjana hasil yang besar dan berulang.

Dengan bank-bank pusat yang berusaha dalam persekitaran kadar faedah yang negatif, prestasi Pasaran Seni dilihat amat baik secara perbandingan setelah menunjukkan pertumbuhan sebanyak 2,108% dalam pusing ganti lelong tahunan bagi segmen Kontemporari sepanjang 18 tahun lalu. Pasaran Seni global turut menunjukkan pertumbuhan linear dalam nilai purata bagi karya seni (Lama, Moden dan Kontemporari) sebanyak lebih 25% sepanjang tempoh yang sama. Sekiranya kita hanya melihat pada segmen Kontemporari, kadar perkembangannya melebihi 88%.

Pulangan ini tidak hanya dikhususkan untuk seniman-seniman "ulung" sahaja. Kami mendapati adanya purata hasil tahunan yang besar sebanyak lebih 9% terhadap karya seni yang terjual melebihi aras €20,000.

Artprice100® menunjukkan kadar kemajuan melebihi 360% sejak tahun 2000. Latar Belakang Artprice100®:

https://www.actusnews.com/fr/ARTPRICE/cp/2018/01/31/artprice-launches-its-blue-chip-art-market-index-artprice100-reg-designed-for-financiers-and-investors

Pasaran Seni ialah pasaran yang cekap, bersejarah dan bertaraf global yang mana keupayaannya untuk menentang krisis ekonomi dan geopolitik kini tidak dapat dinafikan lagi.

20 Seniman TERBAIK - Separuh pertama 2018  

Seniman - Pusing ganti - Bilangan karya terjual - Keputusan terbaik 

Baca laporan penuh 

10 keputusan lelong terbaik pada separuh pertama 2018  

Seniman - Karya - Harga - Tarikh - Pengendali Lelong

Baca laporan penuh

Hak cipta http://www.artprice.com thierry Ehrmann 1987/2018

Latar Belakang Artprice: 

Artprice tersenarai dalam Eurolist oleh Euronext Paris, SRD long only dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.

Terokai Artprice melalui video: https://www.artprice.com/video

Artprice ialah peneraju global bagi bank data untuk harga karya seni dan indeks karya seni. Ia mempunyai lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan merangkumi lebih 700,000 seniman. Artprice Images(R) memberi akses tanpa had kepada sumber Pasaran Seni terbesar di dunia: pustaka dengan 126 juta imej atau cetakan karya seni dari tahun 1700 hingga ke hari ini, berserta ulasan daripada sejarawan seni Artprice.

Artprice kekal memperkayakan bank datanya dengan maklumat daripada kira-kira 6,300 pengendali lelong dan ia menyiarkan aliran berterusan bagi trend pasaran seni untuk agensi-agensi berita utama di dunia serta kira-kira 7,200 penerbitan akhbar antarabangsa. Bagi 4,500,000 ahlinya, Artprice memberi akses kepada Pasaran Seragam yang utama di dunia untuk membeli dan menjual karya seni. Artprice sedang mempersiapkan rantaian bloknya untuk Pasaran Seni. Ia merupakan Laporan Tahunan Pasaran Seni Artprice untuk tahun 2017 berlabel BPI (label Perancis kebangsaan saintifik) diterbitkan Mac 2018 lalu: https://www.artprice.com/artprice-reports/the-art-market-in-2017

Siaran akhbar Artprice:  

http://serveur.serveur.com/Press_Release/pressreleaseen.htm

https://twitter.com/artpricedotcom

Berita Artmarket:

https://twitter.com/artpricedotcom & https://twitter.com/artmarketdotcom

https://www.facebook.com/artpricedotcom 

http://artmarketinsight.wordpress.com/

Terokai Alkimia dan alam Artprice http://web.artprice.com/video, yang mana ibu pejabatnya merupakan Muzium Seni Kontemporari yang terkenal, The Abode of Chaos:

https://vimeo.com/124643720

Muzium Seni Kontemporari The Abode of Chaos melalui Facebook: https://www.facebook.com/la.demeure.du.chaos.theabodeofchaos999

Hubungi: ir@artprice.com

Sumber: Artprice.com

Source: Artprice.com
Related Stocks:
EuronextParis:PRC
Related Links:
Keywords: Art Computer/Electronics Publishing/Information Service Web Site