omniture

Kavalan dianugerahkan "Cemerlang Emas" di Pertandingan Wain & Minuman Beralkohol Antarabangsa 2018

Kavalan
2018-08-06 09:43 1651

TAIPEI, Taiwan, 6 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Kavalan, penyuling wiski yang terkemuka di Taiwan, telah menerima tiga anugerah Emas/Cemerlang Emas di Pertandingan Wain & Minuman Beralkohol Antarabangsa 2018, yang dianggap sebagai pertandingan Wiski dan Wain yang paling kompetitif.

Kavalan dianugerahkan dengan "Cemerlang Emas" dan "Emas" di Pertandingan Wain & Minuman Beralkohol Antarabangsa 2018
Kavalan dianugerahkan dengan "Cemerlang Emas" dan "Emas" di Pertandingan Wain & Minuman Beralkohol Antarabangsa 2018

Ketua Pegawai Eksekutif Kavalan, En. YT Lee berkata bahawa "Kavalan Oloroso Sherry Oak" yang dimatangkan dalam tong Oloroso Sherry Sepanyol terbaik telah menerima gred yang tertinggi seumpamanya, iaitu Cemerlang Emas. Beliau turut berkata ia merupakan minuman yang jernih dan rumit dengan berbilang lapisan buah-buahan kering, rasa kekacang dan rempah ratus berserta sedikit marzipan dan rasa vanila diberikan kepadanya.

"Di Daerah Yilan, lokasi letaknya kilang penyulingan kami, kami memanfaatkan air paling tulen, iklim subtropika yang unik serta dedikasi dan kesungguhan pasukan Kavalan untuk menghasilkan wiski berkualiti tertinggi," kata En. Lee.

"Kavalan Distillery Reserve Peaty Cask," dan "Kavalan Solist ex-Bourbon Single Cask," dimatangkan dalam tong Bourbon berkualiti tertinggi turut menjadi pemenang pingat Emas bagi tahun ini.

Dalam pertandingan anugerah utama yang lain tahun ini, Kavalan dianugerahkan dengan gelaran "Penyuling Terbaik Tahunan" 2018 SFWSC, meneruskan pengumpulan bilangan pingat terbesar seumpamnya di San Francisco, termasuk trofi "Terbaik dalam Kelas" dan catatan rekod 9 "Emas Berganda". Akhir sekali, Pengerusi Kavalan, En. Tien Tsai Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif En. Yu-Ting Lee merupakan yang pertama daripada semua negara yang bertutur dalam bahasa Mandarin serta bapa dan anak lelaki pertama yang disenaraikan dalam "Dewan Kemasyhuran" World Whiskies Awards (WWA) di London pada Mac ini.

Latar Belakang Kavalan Whisky

Kilang Penyulingan Kavalan di Daerah Yilan telah mempelopori seni pembuatan wiski malt tunggal di Taiwan sejak tahun 2005. Wiski kami, dimatangkan dalam kelembapan dan haba yang kuat, bersumberkan air lebur daripada Snow Mountain dan ditingkatkan oleh bayu laut dan gunung yang dingin. Kesemua ini digabungkan bagi menghasilkan rasa utama Kavalan yang penuh berkrim. Mengambil nama lama Daerah Yilan, kilang penyulingan kami disokong oleh lebih 40 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman di bawah syarikat induk, King Car Group. Kami telah berjaya mengumpul lebih 280 anugerah emas atau anugerah lebih tinggi daripada pertandingan-pertandingan paling kompetitif dalam industri dan boleh didapati di lebih 60 negara.

Perhubungan Media:

Kellie Du 
+886-3922-9000 #7165
kellie@kingcar.com.tw

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180803/2203702-1  

 

Source: Kavalan
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Awards