omniture

Menarini Ricerche bakal Taja Ujian Percubaan Kanser dalam Leukemia Mieloid Akut di AS

Menarini Ricerche
2018-08-06 11:12 1420

ROME, 6 Ogos 2018/PRNewswire/ --

Menarini Ricerche, sebuah syarikat Menarini Group, hari ini mengumumkan penajaan kajian Fasa I/II yang masih berterusan yang mengkaji MEN1703/SEL24 bagi merawat pesakit yang menghidap AML relaps/refraktori (R/R) di AS telah dipindahkan daripada Selvita kepada Menarini Ricerche pada 30 Jun 2018.

Selvita S.A. dan Menarini Group memeterai satu perjanjian pelesenan global untuk SEL24/MEN1703 pada 28 Mac 2017. Menarini Ricerche mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap aktiviti-aktiviti pembangunan klinikal selepas tempoh kolaborasi yang amat produktif dengan Selvita. "Kami berbesar hati dengan pencapaian kejayaan cemerlang yang amat penting ini dalam kolaborasi kami bersama Selvita. Bersama-sama rakan kongsi kami di Selvita, kami berharap dapat berkembang maju dalam pembangunan MEN1703/SEL24 dan meluaskan pengetahuan kami tentang potensinya untuk menambah baik kehidupan pesakit yang menghidap AML," kata Andrea Pellacani, M.D., Ph.D. (Pengurus Besar, Menarini Ricerche).

MEN1703/SEL24 ialah dwiperencat kinase PIM/FLT3 yang tersedia secara oral dan pertama dalam kategorinya dengan profil aktiviti unik yang kini dikaji bagi tujuan rawatan AML dan dengan data praklinikal yang mencadangkan potensi aktiviti dalam malignansi hematologi dan tumor pepejal.

Latar Belakang Menarini 

Menarini Group ialah sebuah syarikat farmaseutikal Itali, berada di tempat ke-13 di Eropah daripada 5,345 syarikat dan syarikat ke-35 di dunia daripada 21,587 syarikat, dengan nilai pusing ganti sebanyak lebih 3.6 bilion Euro dan menggaji lebih 17,000 kakitangan. Menarini Group sentiasa mengejar dua objektif strategik: penyelidikan dan pengantarabangsaan dan menyatakan komitmen padu terhadap penyelidikan dan pembangunan onkologi. Sebagai sebahagian daripada komitmen berkenaan terhadap onkologi, Menarini, membangunkan empat ubatan onkologi baharu yang sedang dikaji. Dua daripadanya ialah biologik, iaitu antibodi anti-CD157 MEN1112 dan biologik berkonjugat toksin, antibodi anti-CD205 MEN1309. Di samping itu, baru-baru ini Menarini menambah dua molekul kecil ke dalam rancangan onkologinya, dwiperencat kinase PIM dan FLT3 MEN1703 dan perencat PI3K MEN1611, yang masih dalam peringkat pembangunan klinikal untuk merawat pelbagai tumor hematologi dan/atau tumor pepejal. Menarini bergiat aktif secara komersial dalam bidang-bidang terapeutik yang paling penting menerusi produk-produk untuk kardiologi, gastroenterologi, pneumologi, penyakit berjangkit, diabetologi, keradangan dan analgesik.

Dengan 16 tapak pengilangan dan 7 pusat Penyelidikan dan Pembangunan, Menarini Group mempunyai kehadiran yang kukuh di seluruh Eropah dan Asia, Afrika, Amerika Tengah dan Selatan. Produk-produk Menarini boleh didapati di 136 negara di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.menarini.com

Latar Belakang Selvita 

Selvita S.A. ialah sebuah syarikat penemuan ubatan peringkat klinikal yang terlibat dalam usaha penyelidikan dan pembangunan terapi-terapi kanser baharu, selain penyediaan perkhidmatan penemuan ubatan bersepadu. Ibu pejabat Selvita terletak di Krakow, Poland, dengan pejabat-pejabat di AS (Greater Boston, San Francisco Bay), serta UK (Cambridge). Kini, Selvita mempunyai beberapa projek yang berada dalam peringkat penemuan awal atau akhir. Pelanggan penemuan ubatan Selvita termasuk pelbagai syarikat farmaseutikal dan bioteknologi bersaiz besar dan sederhana dari AS dan juga Eropah. Syarikat tersenarai dalam Bursa Saham Warsaw (WSE:SLV).

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://selvita.com/

Sumber: Menarini Ricerche

Source: Menarini Ricerche
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Licensing/marketing agreements