SHANGHAI, 7 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Ekspo Dunia Perkakas & Barangan Elektronik (AWE) 2019 bakal dilancarkan secara rasminya di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai pada 14 - 17 Mac 2019. Dengan pilihan produk dan penyelesaian yang lebih luas, elemen-elemen rentas sempadan dan pengaruh industri global, AWE bersedia menafsir semula temanya iaitu "Home For Next" ("Kediaman Masa Depan") dan membuat satu pelan induk bagaimana teknologi pintar memberi kuasa kepada kehidupan kita.
Dengan kawasan pameran yang mencatat rekod iaitu berkeluasan hampir 130,000 meter persegi, 292,600 pengunjung, ratusan sidang akhbar dan puluhan ribu produk yang baru dilancarkan, AWE 2018 mengukuhkan kedudukannya sebagai pameran perkakas rumah dan barangan elektronik utama seluruh dunia dan tidak syak lagi pastinya tandingan untuk IFA dan CES.
Diadakan pada tahun 2017, AWE 2018 Taman Teknologi membuahkan hasil. Menghimpunkan perusahaan-perusahaan Internet, syarikat-syarikat pelaburan berinovasi dan syarikat-syarikat baharu teknologi seperti Tencent, Sinovation Ventures, Lenovo, GoPro dan UBTECH, ia mempamerkan teknologi-teknologi canggih mencakupi kecerdasan buatan, pengangkutan pintar, hiburan pintar, sukan & kesihatan dan senario kehidupan pintar utama bagi menyediakan pengunjung dengan pengalaman yang luar biasa.
Kini, AWE berkembang menjadi platform komprehensif yang menggabungkan industri perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna, pembekal-pembekal di seluruh rantaian industri, pengguna, pasaran modal dan juga media. Pemimpin-pemimpin industri akan terus menonjolkan kekuatan pembuatannya yang komprehensif. Hisense meluaskan saiznya kepada separuh dewan manakala Haier pula bersiap sedia untuk mempamerkan inovasi-inovasi terkini daripada enam jenamanya di dewan pameran pada tahun 2019. Midea akan turut menggunakan seluruh dewan untuk mempamerkan produk dan penyelesaiannya dalam segmen perkakas rumah, barangan elektronik pengguna, HVAC, robot dan automasi serta logistik pintar.
Sebagai salah satu platform yang paling bertenaga dan inovatif dalam industri, pengaruh global AWE berkembang pada kadar yang stabil. Dengan kerjasama Persatuan Perkakas Dapur Moden Jerman (AMK), AWE menetapkan zon khas yang meliputi kawasan seluas lebih 1500 meter persegi untuk perusahaan Jerman. Perusahaan-perusahaan dapur yang mantap termasuk Nobilia, Schott dan ahli-ahli AMK yang lain akan mempamerkan teknologi serta penyelesaian dapur moden mereka dalam dapur bersepadu di pameran tersebut. Sidang Kemuncak Dapur Global akan turut diadakan oleh Persatuan Perkakas Rumah China, Persatuan Perkakas Dapur Moden Jerman dan Persatuan Hartanah China buat julung kalinya.
Untuk butiran:
http://en.awe.com.cn/
https://www.facebook.com/en.awe.com.cn
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Thomas Wang
+86 10 67093609
Thomas@cheaa.com