DUBLIN, 8 Ogos 2018/PRNewswire/ --
Tullamore D.E.W. telah memenangi Trofi Wiski Seluruh Dunia di Pertandingan Wain & Minuman Beralkohol Antarabangsa unutk Malt Tunggal 18 Tahunnya.
Anugerah yang menjadi rebutan, Trofi Wiski Seluruh Dunia belum pernah dimenangi oleh wiski Ireland sejak tahun 2009.
Kini memasuki tahun ke-49, IWSC tahunan diwujudkan oleh ahli kimia wain Anton Massel yang mana pada tahun 1969, beliau mendapat idea untuk mewujudkan pertandingan wain dan minuman beralkohol yang bukan sahaja berasaskan penghakiman organoleptik tetapi kesemua penyertaan perlu menjalani analisis kimia.
John Quinn, Duta Jenama Global Tullamore D.E.W. berkata: "Hebat rasanya dapat melihat anugerah berprestij ini diberikan kepada Wiski Ireland dan pastinya kami berasa amat gembira kepada Tullamore DEW Malt Tunggal 18 Tahun kami telah terpilih. Empat tong pematangan (bourbon, Oloroso sherry, port dan madeira) memberikannya kerumitan halus dengan nota epal yang dibakar dengan baik serta buah-buahan kering yang enak ditonjolkan."
Rangkaian malt tunggal Tullamore D.E.W. telahpun mengumpul pelbagai anugerah yang mengagumkan. Tullamore D.E.W. Malt Tunggal 18 Tahun turut dianugerahkan dengan anugerah Master di pertandingan Master Wiski Ireland Global 2016. Tullamore D.E.W. Malt Tunggal 14 Tahun memenangi pingat Emas dalam Master Wiski Ireland Global 2016 dan Anugerah Cabaran Minuman Beralkohol Antarabangsa 2016.
Catatan untuk Editor:
Latar Belakang Tullamore D.E.W.
Tullamore D.E.W. ialah jenama wiski Ireland yang kedua terbesar di dunia dengan jualan globalnya mencecah lebih satu juta (9L) kotak setahun. Terkenal di seluruh dunia menerusi rasanya yang halus, wiski Ireland Tullamore D.E.W. disuling tiga kali dan merupakan adunan ketiga-tiga jenis wiski Ireland - bijian, malt dan sulingan pot. Kelembutan yang manis dalam wiski bijian, rasa rempah lembut daripada sulingan pot dan rasa buah-buahan daripada malt menciptakan keunikan rasa yang membezakan Tullamore D.E.W. daripada semua wiski Ireland yang lain. Rangkaian wiski Tullamore D.E.W. yang memenangi anugerah termasuk Tullamore D.E.W. Asli, Tullamore D.E.W. Simpanan Khas 12 Tahun, Tullamore D.E.W. Trilogi 15 Tahun, Tullamore D.E.W. Malt Tunggal 14 Tahun, Tullamore D.E.W. Malt Tunggal 18 Tahun, Tullamore D.E.W. Matang Tong Sider Tullamore D.E.W. Phoenix dan Tullamore D.E.W. Matang Tong Rum XO.
Tullamore D.E.W. menjadi sebahagian daripada keluarga William Grant & Sons pada tahun 2010.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Feilim Mac an Iomaire - Pengurus Komunikasi Jenama Global:
Feilim.MacanIomaire@wgrant.com
+353-86-775-4959