SHENZHEN, China, 9 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- TIENS Group, salah sebuah syarikat yang terkemuka dalam industri Rawatan Kesihatan, memperkenalkan Kedai Pengalaman Pelanggan berteknologi tinggi baharu di Shenzhen. Li Jinyuan, pengasas dan pengerusi TIENS group, mengumumkan pembukaan rasmi kedai pertamanya di dunia pada 3 Ogos di Daerah Luohu, Shenzhen. Kedai ini menawarkan pengalaman pelanggan yang unik melalui kombinasi antara teknologi canggih dan pemasaran berasaskan pengalaman, lalu membolehkan pengunjung meneroka dunia TIENS Group dan mempelajari bagaimana produk-produk syarikat memberi impak positif kepada kehidupan pengguna global. Tarikh pelancaran dipilih agar bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-23 syarikat.
Pengalaman pelanggan baharu yang interaktif daripada TIENS adalah sebahagian daripada strategi "Satu Tubuh, Berbilang Sayap" oleh syarikat bagi tujuan peluasan global. Sebagai sebuah syarikat multinasional besar, Li dan TIENS mengiktiraf keperluan untuk perniagaan mereka menjadi lebih responsif terhadap pasaran, pengguna dan juga keperluan mereka. Bagi memenuhi cabaran ini, TIENS Group mengkaji trend-trend terkini dari segi teknologi dan tingkah laku pengguna. Dapatan mereka menunjukkan ramai pengguna memilih untuk mempelajari tentang produk melalui pengalaman interaktif yang membentuk asas kepada Kedai Pengalaman TIENS.
Para pengunjung ke Kedai Pengalaman TIENS diasyikkan dengan teknologi futuristik bermula ketika melangkah masuk ke kedai. Para tetamu dapat mengalami produk-produk kesihatan dan gaya hidup khusus TIENS melalui kaedah-kaedah interaktif seperti komputer berskrin sentuh dan demonstrasi produk secara langsung. TIENS Group menganalisis serentak tingkah laku pengunjung melalui analisis pengecaman wajah dan data raya bagi mewujudkan strategi-strategi jualan dan pemasaran omnisaluran khusus yang memenuhi keperluan pelanggan mereka.
Menurut Zhang Zhongtao, presiden TIENS Group untuk Rantau Besar China, usaha ini memperlihatkan kemuncak inovasi berterusan selama lebih dua dekad lamanya. Kata Zhang, "Di bawah bimbingan Pengerusi kami, Li Jinyuan dan strategi 'Satu Tubuh, Berbilang Sayap', TIENS Group mencipta satu model demi kehidupan dan masa depan yang lebih baik."
Peggy Liu (Liu Yu), ketua perancangan dan operasi strategik global untuk TIENS Group, bersetuju dengan sentimen Zhang. Kata Liu, "Dua puluh tiga tahun yang lalu, TIENS bermula dari China menyusuri laluan ke arah inovasi dan membawa strategi 'Satu Tubuh, Berbilang Sayap' kami ke negara-negara seluruh dunia. Kini, kami membawakan falsafah kami terus kepada pengguna dengan penciptaan Kedai Pengalaman TIENS. Untuk ribuan pengguna global, Kedai Pengalaman TIENS menandakan bermulanya "Era Gabungan Gaya Hidup", yang mana teknologi berfungsi demi memperbaiki kehidupan kita."